Semua orang tahu tahun 2009 ialah tahun ekonomi merudum di seluruh dunia sehinggakan Barrack Obama pun mengatakan tahun 2009 ialah "tahun malapetaka bagi Amerika Syarikat". Berita minggu lalu Panasonic, Melaka telah menutup operasinya dan seramai 10,000 orang telah menganggur. Intel di Penang juga telah tutup operasinya dan 6,000 orang telah kehilangan punca rezeki. Di Johor pula,menurut seorang sahabat saya yang bekerja di Titan kilang yang terbesar di Pasir Gudang juga sudah menawarkan VSS!
Contoh di atas ialah kilang-kilang gergasi di Malaysia, manakala berpuluh dan mungkin beratus lagi kilang-kilang lain akan shut down pada tahun ini dan apakah pakibatnya? Dijangka 200,000 orang pekerja akan kehilangan punca rezeki mereka!
Jika sektor industrian kita hampir tidak bermaya, begitu juga dengan sektor perladangan di mana harga kelapa sawit dan getah merudum dengan begitu teruk sekali.Adakah sektor-sektor lain akan selamat dari zamanekonomi jatuh ini? Tentu tidak, semua akan merasai kesannya. Semua peniaga akan berkurangan untung atau rugi kerana kuasa beli yang kurang dan persaingan makin bertambah apabila yang kehilangan pekerjaan tetap tadi mulai mencuba nasib dengan berniaga dan mula berjimat dalam belanja.Industri pembinaan juga akan turut perlahan apabila kurang projek. Bank juga akan turut merasa tempiasnya kerana ramai yang tidak mampu membayar pinjaman,jurujual kereta juga tidak mendapat komisyen hasil jualan kereta. Yang mungkin selamat ialah pekerja di sektor awam dan badan berkanun.
Tentulah mangsa ekonomi jatuh ni iaitu pekerja yang dibuang akan pening kepala memikirkan bagaimana nak terus survive dengan hutang rumah,hutang kereta, belanja anak sekolah, belanja dapur dan pelbagai jenis hutang lain.
Apa yang patut dibuat jika kita di buang kerja?
1. Kita mesti redho dengan Qada dan Qadar Ilahi. Jangan terlampau stress dengan memohonlah dengan Allah dimurahkan rezeki. Mungkin hari ini hari kita di bawah, Insyallah dengan kurniaan Allah kita masih boleh terus survive. Apa yang penting hidup mesti diteruskan disamping bekalan untuk Akhirat.
2. Ubah cara hidup kita dari segi berbelanja. Tukar jenama mahal ke jenama yang murah dan buatan tempatan dan sekaligus boleh "boikot Israel".Belajar berjimat cermat dalam kehidupan seharian untuk bil-bil utiliti seperti elektrik,air dan telekomunikasi. Susun belanjawan kita semula dari benda yang penting didahulukan dan benda-benda yang kurang penting seperti astro juga mungkin tidak perlu di masa ini.Untuk perokok, mungkin sudah tiba masanya kita berhenti menghisap rokok.
3. Gunakan wang yang ada dengan cara berhemah.Wang pampasan yang kita terima JANGAN mengambil risiko dengan berjudi nombor ekor, melabur di skim-skim cepat kaya dan pelaburan internet.
4. Jangan menambah hutang sedia ada dengan hutang baru. Jangan gunakan kad kredit, seeloknya gunakanlah wang tunai.
5. Jumpa dengan Pegawai Bank, jika anda mahu mengecilkan bayaran ansuran kereta dan rumah anda.
6. Pergi ke Pusat AKDK untuk menguruskan semula pinjaman bank kita.
7. Mengambil kursus-kursus yang disediakan untuk penganggur. Saya tidak pasti namanya tapi saya pernah lihat di TV ada jabatan khas disediakan untuk membantu para penganggur dengan kemahiran tertentu.
8. Jika anda berminat untuk berniaga, belajarlah dari peringkat asas dahulu, jangan main terjah sahaja. Boleh melawat website MECD untuk mendapatkan input keusahawanan. http://www.mecd. gov.my/
9. Mungkin anda boleh mencuba perniagaan baru seperti perniagaan internet. Ada pelbagai program yang boleh kita cari duit seperti google adsense, clickbank dan sebagainya. Anda boleh download percuma panduan clickbank di-> Rahsia Clickbank. Boleh lawati blog Cari Duit Internet untuk maklumat lanjut.
10. Balik kampung dan usahakan tanah orang tua kita seperti menanam sayur, menternak lembu kambing dan pasarkan sendiri di Pasar Tani.
11. Mengambil semula semua peluang pekerjaan yang selama ini dibolot oleh warga negara lain seperti menoreh,memotong kelapa sawit, kerja-kerja pembinaan dan sebagainya.
Sebenarnya banyak lagi cara untuk kita terus cari rezeki. Ingatlah rezeki,ajal dan maut di tangan Tuhan. Janganlah berputus asa dan sentiasa berfikiran dan bersikap positif supaya kita dapat hidup bahagia di dunia dan akhirat. Insyaallah.
Sumber dari email...
5 maklumbalas:
risau ni
jangan risau .. masih ada kesempatan utk kita mencari jalan penyelesaian.. cuma jgn terlalu bergantung pada sesuatu ... usahakan sendiri sudah pasti membuatkan diri rasa lebih afdal dan selesa dan tenang. . =)
DCLR tk beli lgi....
dah berparty, lama2 msti lah berpeluh
xpe2..yang penting,
jgn mudah putus asa utk cari kerja dan cari pengalaman yg baru..
orang kita nak ke cari kerja kat kilang? .. kerja kat ladang.. ade ke miszue?? peratusannya adalah kecil .... huuuu....!
Post a Comment