
Noordin Mat Top masih hidup..

Jalan Berlubang
10 mei 2009... hari yang malang untuk aku kerana terlibat dalam kemalangan motorsikal. Kejadian berlaku ketika aku melalui jalan jalan Pudu untuk pergi Times Square untuk membeli-belah.. hancur musnah harapan aku nk cari kasut bola yang baru bagi menggantikan kasut aku yang dah koyak pada hari tu..
Ape yang membuatkan aku bengang bila melihat motorsikal yang amat aku sayangi ( Yamaha 125Z) terbaring hancur dibahagian sebelah kiri hanya disebabkan kegagalan aku mengelak "JALAN BERLUBANG"..... nasib baik aku hanya cedera ringan kat bahagian siku ngan lutut jer... Aku agak mesti lubang tu dah ade mangsa sebelum aku berdasarkan cakap seorang lalaki cina yang membantu aku.. kenapa masalah yang simple ni leh jadi kt kawasan yang dianggap termaju di Malaysia ni??
Dari ape yang aku perhatikan, lubang tu ade kesan diturap.. tapi kalau diturap tar yang berkualiti, takkan lah lubang tu akan terbentuk balik?? ataupun semasa lubang tu diturap, ade lori atau bas yang lenyek lubang tu smpi ianya terbentuk balik... macam2 benda yang aku pikirkan pasal lubang yang satu ni..
Ape2 sekalipun.. aku haraplah sangat pihak yang berkaitan memantau jalan2 yang ade kat seluruh malaysia ni, janganlah kita menambah stastistik kemalangan yang dah sedia tinggi kat negara yang kita sayangi ni. Aku takut disebabkan masalah2 mcm ni, hospital2 yang dah sedia ade kt negara kita ni tak mampu nak tangggung lagi bilangan pesakit2 akibat kemalangan jalanraya...
Motosikal di'banned' dari melalui jalan Bukit Bintang

Kejadian Ragut di Seksyen 13 Shah Alam
Article yang orang dah ada..
JOM DERMA ! ! ! !
Article sama jer kan?? rata-rata semua blog sudah pun mengulas mengenai perang di antara Israel dengan Palestin. Sebelum ni khabar angin mengatakan Israel akan berperang ganas dengan Iraq namun Palestin pula yang menjadi sasaran kali ini. Sebab apa? Sendiri sudah tahu, apa-apa pun Israel ni memang kejam tak berperikemanusiaan langsung. Jadi, semalam dalam Bulettin Utama TV3 ada menyiarkan pembangkang mencadangkan gaji kerajaan dipotong RM1.00 atau RM2.00 untuk didermakan kepada rakyat Palestin yang menderita teruk ekoran dari peperangan itu. Ya, setuju dengan cadangan tersebut (eEe.. Bernas juga cadangan pembangkang.. Hehe!) Kenapa setuju? Nak harapkan orang derma? Umph!! dah cakap 2 3 kali pun takde nak hulur, better buat macam tu lagi senang. Tak payah susah-susah, senang cerita jer. RM1/2 tu bukannya banyak, jangan pula ada orang yang mempertikaikan hal ini. Orite?! ;-}
LAGI TENTANG BOIKOT!
Nak ceriterari tentang boikot barangan Israel dan United States of America ni, adalah payah juga nak boikot barangan ini sebab kesannya pada Israel dan U.S.A bukannya seteruk mana pun. Kecil jer kesannya (orang kata, bukan saya kata) contohnya seperti Starbucks, memang kepunyaan Israel tapi Di RUN oleh perniaga di Malaysia. Kalau nak boikot juga, kesannya akan terkena pada Malaysia juga, ada logik kata pengerusi Starbucks ni. Najib kata nak boikot atau tak itu terpulang pada individu. Takde paksaan, buatlah dengan rela hati dan tak sanggup buat tu buatlah macam biasa je.
KATE NAK BOIKOT TAPI BEKERUMUN KAT MACDONALD ETC!
Ni nak cerita sikit, sikit jer tak banyak mane pun. Sana sini orang suruh kita boikot barangan yahudi dan America tapi orang masih juga berkerumun di MacDonald, KFC, Starbucks dan masih lagi menggunakan barangan keluaran 2 negara tersebut. Ni nak perjelaskan camne? camne nak explain? camne nak bantu Palestin? Bukan ke sepatutnya dari dulu lagi rakyat Malaysia memboikot barangan dari Israel sebab sudah diketahui semua yang sesuatu produk itu diperbuat oleh manusia-manusia berbangsa Yahudi itu? Nak kata orang ramai tak bersepakat tak boleh juga. Kecewanyer ...
Bila Remaja Sambut Tahun Baru di Bukit Bintang..
Selamat tahun baru 2009 diucapkan kepada semua pengunjung atau pun pada siapa-siapa sahaja. Apa yang diharapkan, segalanya dipermudahkan dalam tahun 2009 ini di mana kita akan dikejutkan dengan pelbagai kejutan-kejutan dari luar mahupun dalam. Faham maksud saya? Faham-fahamkanlah...
Oklah, kita diskusikan dalam bahasa 'pasar', nak formal sangat letih & berbelit lidah nak mengatakan. Malam 31 Disember dalam jam kol 9pm cenggitu mesti dah ramai orang outing, tak kisah la kat mana-mana sekali pun. Bukit Bintang tidak ketinggalan dari tumpuan org Malaysia sendiri diikuti dengan pelancong asing. Wuihhh! Pelancong asing ade gak? Hihihi! Menjelang tibanya saat mengira detik waktu jam 12 pagi/tengah malam, semua dok kira angka ikut suara majoriti kat situ kot2 kucing dok terngiau-ngiau mengira tahun barunya. Hahaha! Tepat jam 12 AM bukan lagi semua manusia yang dok berjaga malam tu bersorak sakan, "happy new year bro!!"
Dalam kegembiraan yang entah apa mereka gembirakan itu, ape lak nama barang tu yang dorang gunakan spray sana sini macam salji plak. Paham2 la yer, dalam jumlah yang banyak gak la dorang spray entah apa dorang nak semburkan. Sembur orang ke, sembur member ke ape ke tenuk ke cipan ke lantaklah dorang. Hahaha! :p Lepas beberapa minit kemudian beredarlah anak-anak muda ni ke port lain plak. Aik?! Anak siapa plak yang membuang bekas2 botol spray kat merata-rata tempat nie? Mak ngan Apak dorang tak ajar ke buang sampah kat dalam tong sampah? Secara otomatisnya dorang pun turut menjadi sampah masyarakat. Siapa mereka? Daripada apa yang dilihat kebanyakkannya adalah Mat-mat Remp-It, Dol Pit, Dak Punk dan pelbagai lagi geng2 anak muda sekarang ni.
Bukan itu jer, ada lagi cerita panas tak habis nie. Tak cukup nak kotorkan kawasan Bukit Bintang, budak-budak yang berakal ni plak carik pasal ngan budak-budak yang entah asal geng mane plak. Bertumbok, bergusti (gusti lengan kot?) sampai terguling-guling macam gasing depan khalayak ramai seperti tiadanya kemaluan dalam diri mereka (kuikuikui!). Orang lain dok tengok jer laa, nak tolong watpe? Cari nahas? "Ah! Jangan campur, kang kita plak kena balun sekali" bisik-bisik pada kawan. Apsal la budak-budak tu bergaduh sampai berdarah ek? Kot2 berebut nak masuk tandas awam kot? Ekeke! :p Hairan betul ngan perangai bebudak zaman sekarang ni, langsung takde sifat kemanusian. Depa semua ni berperangai ganas macam orang gasar 'Barbarion' akai tadak!
Dah, itu jer... Ingat tu jer ke? Ade lagi ... Dorang ni takkan stop punye, ade jer kekecohan yang dorang nak buat. Mat-mat Rem-It buat bising la dengan motor dorang, wrennngggggg!!!! bunyi yang amat membingitkan telinga. Malam tahun baru dah pasti ramai pelancong dari negara luar dok mai kat Bukit Bintang yang kecoh ngan manusia-manusia tu. Para Pelancong yang kaya ni pi la amek picture kat situ .. Click sana! Click sini! tup! tuPp! Beg kena ragut... Sepantas kilat (tak pantas pun, kilat lagi pantas) kejadian berlaku sehingga mangsa pun jatuh tersungkur macam nangka buruk. Maka tercederalah beliau, datanglah unit Sabit Merah membantu. Yang pasti beliau akan jadi fobia la nak mai Malaysia lagi, salah siapa?! Adeh.. budak-budak camtu kalau kena tangkap sekali pun bukannya reti nak tobat, tahu nak buat lagi ade laa.. Patut buang jer kat laot. Takyah susah-susah nak dok kat darat.. orang lain kata "buat semak jer.." orang tua kata "padan muko!". Orang zaman dulu kate, "kecik-kecik xnak mampus! dah besor menyusahkan orang!". Seswai la sangat utk dorang.. daaaa~
Institut Jantung Negara Diswastakan?
PANDANGAN RAKYAT PENTING TENTUKAN MASA DEPAN IJN
IJN diswastakan, majoriti rakyat Malaysia membantah sekeras-kerasnya cadangan itu tetapi ada juga yang bersetuju dengan cadangan tersebut. Semalam Siong bertanyalah kepada seseorang individu tentang penswastaan IJN, "IJN? Company ape tu?" katanya. Uerkk?! Masih ada lagi orang yang tidak mengenali IJN. Bila diterangkan tentang IJN barulah beliau faham, dan inilah jawapannya, "aku setuju sangat-sangat IJN diswastakan sebab mungkin lepas ni lebih ramai lagi yang mengenali IJN seperti hospital-hospital swasta yang lain walaupun bayarannya agak mahal tetapi perkhidmatan mereka adalah yang terbaik." jawabnya dengan penuh keyakinan.
Siong bersetuju juga dengan kata-katanya, hospital-hospital swasta ini memang memberikan perkhidmatan yang memuaskan hati pelanggannya. Sambungnya lagi, "Dulu aku selalu gak pegi klinik kerajaan/hospital kerajaan, nak menunggu giliran tu memang lama sangat berbanding dengan swasta aku cume menunggu kurang dari 30 minit jer. Kalau IJN diswastakan dan jaminan khidmat sosial perubatan jantung kepada golongan miskin dikekalkan, aku rasa tiada masalah untuk kita semua" terangnya. Yang membimbangkan orang ramai sekarang apakah benar pihak Sime Darby akan mengekalkan khidmat sosialnya pada golongan miskin?
Kenapa Sime Darby tidak membuat IJNnya sendiri daripada mereka mengambil alih 51% IJN yang sedia ada? Bimbang dengan penjenamaan yang mengambil masa yang lama? Habis tu IJN yang sedia ada ini juga mengambil masa yang lama tapi dapat pula kekal hingga ke hari ini? Apa yang menjadi pemasalahan pada Sime Darby? Kalaulah penswastaan ini benar-benar dilaksanakan adakah kos perkhidmatan, hak keistimewaan penjawat awam di IJN masih dikekalkan? Itulah yang menjadi persoalan disetiap minda rakyat, mereka mengaut keuntungan manakala rakyat menanggung kesengsaraan.
Nampak sahaja yang perlaksanaan ini mudah kerana dipenuhi dengan syarat-syarat pengekalan perkhidmatan yang sedia ada untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan. Andaikan pekara ini dilaksanakan, apa lagi yang golongan kurang berkemampuan ini akan jual? Harta benda sudah pasti dijual, segala barang-barang perhiasan seperti barang kemas mahupun barang keperluan pasti akan digadai demi menyelamatkan nyawa ahli keluarga atau orang tersayang. Kalau sudah tiada apa yang hendak digadaikan, apa lagi yang mereka hendak gadaikan? Organ badan sendiri? Jual maruah diri? dan lain-lain? Satu cadangan perlaksanaan sahaja sudah mampu menimbulkan kesusahan orang ramai jika sesuatu perlaksanaan ini tidak mengambil kira akan kepentingan orang ramai. Kita serulah kepada kerajaan agar tidak melaksanakan cadangan penswastaan Institut Jantung Negara ini..
Bekas Penagih Dadah Di Ambil Berkhidmat Dlm Sektor Awam
Bekas penagih dadah di ambil berkhidmat dalam sektor awam, apakah pandangan anda terhadap pekara ini? CUEPACS campur tangan dalam hal ini, katanya bekas-bekas penagih dadah ini haruslah diberikan syarat-syarat yang ketat sebelum memasuki sektor awam. Katanya lagi bukan tidak bersimpati terhadap bekas-bekas penagih dadah ini tetapi golongan itu perlu dipantau sepanjang masa untuk menggelakkan mereka kembali kepada tabiat yang menjijikan mata masyarakat memandang.
Responden masyarakat di sekeliling kita ramai yang mengatakan mereka harus diberikan peluang itu kerana mereka juga adalah manusia yang tidak lari daripada membuat kesilapan. Ada juga yang tidak bersetuju dengan cadangan menteri KDN, berikutan dengan pengganggur-penggangur yang sedia ada memohon jawatan dalam sektor awam haruslah diberikan keutamaan terlebih dahulu dan kerajaan tidak boleh menanggung risiko mengambil bekas penagih dadah berkhidmat dalam sektor awam. Kerajaan boleh membuka peluang lain contohnya seperti menyediakan kursus-kursus keusahawanan untuk mereka pelajari perniagaan berkonsepkan Agro Desa atau tubuhkan unit seperti RELA untuk mereka berkhidmat kepada umum tetapi mendapat elaun dari badan-badan tak berkanun.
Rata-rata yang bersetuju dengan cadangan ini memberikan jawapan yang sama dan bagi yang tidak bersetuju dengan cadangan ini mereka mempunyai alasan yang lebih kukuh lagi akan kenapa cadangan ini berisiko tinggi. Apa pendapat anda?






