Showing posts with label Maut. Show all posts
Showing posts with label Maut. Show all posts

Noordin Mat Top masih hidup..



Sahlah pengganas yang terbunuh dalam drama 17 jam di sebuah rumah di Temanggung, Jawa Tengah baru-baru ini bukan Noordin Mat Top. Polis Jakarta dah sahkan hari ini. Yang terbunuh sebenarnya Ibrohim. Ibrohim dikenal pasti sebagai perancang serangan bom berani mati di Hotel JW Marriot dan Hotel Ritz Carlton di Mega Kuningan, Jakarta Selatan, 17 Julai lalu. Hasil ujian DNA ke atas mayat pengganas itu, 100 peratus sama dengan isteri dan anak Ibrohim.

Misteri Lebuhraya KL - JB


Pada hari isnin 9-3-2009 baru ini saya melalui jalan KL ke JB, setibanya di antara Tangkak dan exit Pagoh KM148 kereta yang saya pandu tiba-tiba hilang kawalan, berpusing dan berhenti selepas seketika berpusing di dalam longkang besar di tepi highway tersebut. Mungkin akan ada suara-suara nakal menyatakan saya memandu laju, memang patut la termasuk dalam longkang tetapi semasa kejadian tersebut saya hanya memandu pada 100KM/J sahaja..

Semasa itu, yang bermain difikiran adakah berlaku mechanical failure? tayar pancit ke? atau tayar tidak mencengkam jalanraya akibat waterpool dibahagian tertentu highway tersebut. Alhamdulilah keluarga saya selamat, anak yang sedang bermain dibelakang, dengan izin Allah side cutain terbuka dan menghalang muka anak saya dari terkena cermin tingkap. (Volvo for Life!) Hehehe!

Seketika selepas mengambil gambar kereta saya dan setelah menghubungi polis serta PLUS sebuah kereta Peugeot berwarna Silver dari lane kiri di depan mata saya juga berpusing. Saya nampak dengan jelas kerana ketika itu saya duduk berhampiran dengan kereta anggaran kelajuan kereta tersebut hanyalah 60-70 km/j jer. Anggaran kerosakan hanyalah sekitar RM2000-Rm3000. Adakah kebetulan mechanical failure atau kecuaian saya dan pemandu kereta kedua ini??

Polis penyiasat trafik dari Balai Polis Tangkak sampai...

Ketika saya dan 2 orang adik ipar saya berbual dengan owner kereta yang kedua, sebuah Honda City juga berpusing dan melayang ke arah kami, dalam keadaan yang cemas kami cuba lari dari arah kereta yang datang dan secara spontan terus melompat menyeberang longkang highway tersebut. Keadaan kereta Honda tersebut agak teruk dan casis Honda ringan melayang terus menyeberangi longkang dan melanggar 2 tiang kebun dan diberhentikan oleh pokok-pokok kecil seolah-olah belukar diseberang longkang tersebut. Adik ipar saya cedera akibat terjatuh semasa beliau cuba menyelamatkan diri.

Ketika kami sedang membincangkan perkara-perkara yagn perlu dilakukan selepas kejadian, tiba-tiba sebuah kereta Mercedes Benz juga berpusing dan menghala juga ke arah kami dan sekali lagi nasib menyebelahi kami kerana kereta Merc itu melanggar bahagian belakang kereta Peugeot. 

Pegawai penyiasat trafik terus mengarahkan bomba datang untuk melihat keadaan jalan serta kami diarahkan untuk berdiri jauh dari kawasan kejadian. Jawapan dari pihak bomba, jalan raya tidak berminyak dan mereka terus pergi selepas itu... Camtu jer?

Persoalan yang timbul dipemikiran ialah, adakah betul bahawa jalan tersebut disabotaj oleh tow truck yang cuba mencari keuntungan atau kecuaian dari PLUS yang tidak menyelenggara jalan raya dengan baik atau benarkah dakwaan penduduk Tangkak yang KM 131 - KM 168 mempunyai sesuatu yang aneh? Misteri? Berpenunggu? Entahlah.. apa pun nasihat saya berhati-hatilah bila berada di jalan tersebut.

sumber dari email... (Farhan Haron)

Motosikal di'banned' dari melalui jalan Bukit Bintang



Apa yang akan berlaku sekiranya pengguna motosikal diharamkan dari memasuki kawasan Bukit Bintang?? Ini adalah antara persoalan yang timbul apabila cadangan ini di utarakan oleh pihak polis kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).Jangan panik.. sebenarnya ia cuma adalah salah satu dari cadangan pihak berkuasa untuk mengekang kegiatan jenayah khususnya ragut yang banyak berlaku di kawasan berkenaan dan ia masih lagi dalam pertimbangan. Disebalik cadangan itu wujud pro dan kontra ke atas kesan yang mungkin terjadi..

Disebabkan nila setitik,rosak susu sebelanga..perumpamaan yang paling sesuai untuk menggambarkan senario tersebut. Oleh kerana peragut banyak menggunakan motosikal untuk melakukan aktiviti haram mereka maka pengguna-pengguna motosikal yang lain yang mencari rezeki halal terkena tempiasnya sekali.Kalau difikirkan secara rasional memang tidak logik untuk mengharamkan penggunaan motosikal di kawasan tersebut kerana ramai yang bekerja di kawasan tersebut turut menggunakan motosikal tetapi oleh kerana banyak kes peragut bermotosikal yang menyebabkan kecederaan serius hingga kepada kematian jadi kesannya terasa kepada semua pengguna motosikal.

Dan seperti yang umum ketahui penggunaan motosikal memudahkan pergerakkan seseorang dari satu tempat ke suatu tempat lain kerana jalan-jalan di bandaraya kita ini selalunya sesak dan "jammed". Itu merupakan satu sebab mengapa ramai pekerja yang bekerja di kawasan berkenaan lebih suka untuk menggunakan motosikal ke tempat kerja mereka. Ini secara tidak langsung dapat menjimatkan masa dan tenaga mereka dan seterusnya waktu yang tidak dibazirkan itu dapat digunakan untuk mereka bekerja.



Sekiranya pengguna motosikal di larang dari memasuki kawasan bandaraya,kemungkinan jenayah ragut ini dapat dibanteras dengan berkesan. Tetapi kemungkinan ia berlaku masih ada kerana tidak semua peragut menggunakan motosikal untuk meragut,cuma pada masa sekarang mereka lebih suka untuk menggunakan motosikal untuk melakukan kegiatan tersebut,mungkin lebih mudah bagi mereka untuk melarikan diri selepas meragut mangsa.

Bermacam-macam spekulasi yang kedengaran tentang isu motosikal ini tetapi sebagai rakyat kita mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat berkenaan sesuatu perkara yang melibatkan diri kita. Kesejahteraan dan ketenteraman setempat amat diperlukan oleh kita semua kerana ia menjamin keselamatan kita sebagai rakyat yang memaju dan memakmurkan negara kita..Segala perkara itu perlu pertimbangan yang adil dan saksama untuk keberkesanan langkah yang di ambil tanpa mendatangkan kesusahan kepada semua pihak yang terlibat..

Hapuskan Sistem Junior Senior!

Tengok newspaper tak hari neh? Tak nak tengok xpe, meh baca plak entri ni. =) Hapuskan Sistem Junior Senior! Bila terbaca ayat tersebut, teringat pada zaman persekolahan yang menggunakan sistem seperti ini dimana sepatutnya tidak di amalkan ditempat untuk anak-anak mendapatkan ilmu. Cukuplah hanya sekadar menghormati guru serta rakan-rakan yang lain. Hormat, konteks hormat ialah kita perlu hormat pada orang. Bukan hanya pada orang tua malah orang sebaya ke, orang yang lebih muda dari kita. Jangan ditunggu orang menghormati kita, seharusnya kita sendiri terlebih dahulu perlu menghormati orang disekeliling kita. Antara kesan daripada sistem yang tidak relevan ini, wujudlah jurang di antara pelajar senior & junior. Bukankah sepatutnya sekolah memupuk perpaduan dikalangan pelajar sendiri? Bila terjadinya perkara sebegini, maka tercetusnya pergaduhan di antara pelajar lelaki mahupun perempuan.

Perkara ini bukan setakat di dalam sekolah, seperti drama juga bersambung diluar sekolah pula dan kali ini dibawa pula geng-geng bas sekolah atau geng kampung untuk melanyakkan musuh-musuh mereka di sekolah. Sehingga ada yang menyebabkan pelajar maut di belasah oleh pelajar samseng. Kebanyakan kes-kes seperti ini berlaku pada pelajar-pelajar junior dan senior tetapi ada juga kes yang terjadi disebabkan perkara yang lain. Jika difikirkan secara logik memang punca segala pergaduhan di sekolah adalah disebabkan sistem yang tidak membawa apa-apa faedah ini. Pada zaman persekolahan penulis, pelajar senior hanya suka membuli dan mengambil kesempatan ke atas pelajar junior. Sampai bila harus terjadi? Apakah hanya terjadi di peringkat sekolah sahaja?
Oh Tidak! Tidak sesekali terhenti di zaman persekolahan sahaja. Kata orang, "kalau dah biasa mencuri, sampai ke dewasa tetap akan mencuri juga". Dimana sahaja hala tuju kita mencari nafkah ataupun ilmu, sistem junior senior tetap ada di mana-mana. Pada pandangan penulis sendiri, junior senior memang patut saling hormat menghormati bukannya bermusuh-musuhan sesama sendiri. Tak kiralah sama ada di sekolah atau di tempat kerja, hormat-menghormati ini harus ada pada diri kita tanpa mengenal bangsa dan agama.
Di tempat kita bekerja, sudah pasti ada sistem junior senior. Kekadang jikalau bernasib baik, kita akan ditemukan dengan senior yang baik hati, murah hati, rendah diri.. Jikalau nasib tak baik?Ditemukan dengan senior yang tak hormat pada rakan sejawat, tidak diendahkan apabila ditanyakan soalan tentang cara kerja. Patut ke? Kemudian kerja yang banyak diserahkan kepada junior, pendek kata 'Lepas tangan'. Ada kan? Bila ditanya kenapa berlaku sedemikian pada junior, dijawab senior "tengah mengajar mereka cara buat kerja". Wah! Boleh mati tertekan kalau dibiarkan berterusan. Bila tercetusnya permasalahan seperti ini, mulalah junior yang tidak kuat semangat tersebut berputus asa, tiada mood, tertekan dan yang paling teruknya ada yang mengambil keputusan untuk berhenti kerja.
Ya, ada juga yang kuat semangat dan sehingga ada yang menggunakan istilah sendiri untuk meneruskan kerja. Itu sendiri tahulah kan? :p Baiklah, asyik bercerita tentang senior jer.. Meh cerita tentang junior plak.. masalah seperti yang diceritakan diatas menyebabkan junior tidak ingin menghormati ataupun terus memandang rendah pada mereka yang bergelar senior. Ada juga yang tidak ingin bekerjasama dengan senior mereka disebabkan hal-hal seperti itu dan ini memberikan kesan kepada suasana kerja dipejabat, Suasana kerja yang tidak sihat. Banyak lagi akibat dari perkara ini, kita sendiri sudah dewasa, sudah mampu berfikir sendiri. Perlukah kita diajar untuk tidak berperangai sebegini? Jadi, ingatlah wahai pembaca blog ini.. kemana saja kita pergi.. dimana saja kita berada.. sistem ini sentiasa mengekori kita ke mana-mana.. Fikirkanlah, jika diberikan pilihan, mahukah korang semua memilih untuk menghapuskan sistem ini?

Article yang orang dah ada..

JOM DERMA ! ! ! !

Article sama jer kan?? rata-rata semua blog sudah pun mengulas mengenai perang di antara Israel dengan Palestin. Sebelum ni khabar angin mengatakan Israel akan berperang ganas dengan Iraq namun Palestin pula yang menjadi sasaran kali ini. Sebab apa? Sendiri sudah tahu, apa-apa pun Israel ni memang kejam tak berperikemanusiaan langsung. Jadi, semalam dalam Bulettin Utama TV3 ada menyiarkan pembangkang mencadangkan gaji kerajaan dipotong RM1.00 atau RM2.00 untuk didermakan kepada rakyat Palestin yang menderita teruk ekoran dari peperangan itu. Ya, setuju dengan cadangan tersebut (eEe.. Bernas juga cadangan pembangkang.. Hehe!) Kenapa setuju? Nak harapkan orang derma? Umph!! dah cakap 2 3 kali pun takde nak hulur, better buat macam tu lagi senang. Tak payah susah-susah, senang cerita jer. RM1/2 tu bukannya banyak, jangan pula ada orang yang mempertikaikan hal ini. Orite?! ;-}

LAGI TENTANG BOIKOT!

Nak ceriterari tentang boikot barangan Israel dan United States of America ni, adalah payah juga nak boikot barangan ini sebab kesannya pada Israel dan U.S.A bukannya seteruk mana pun. Kecil jer kesannya (orang kata, bukan saya kata) contohnya seperti Starbucks, memang kepunyaan Israel tapi Di RUN oleh perniaga di Malaysia. Kalau nak boikot juga, kesannya akan terkena pada Malaysia juga, ada logik kata pengerusi Starbucks ni. Najib kata nak boikot atau tak itu terpulang pada individu. Takde paksaan, buatlah dengan rela hati dan tak sanggup buat tu buatlah macam biasa je.

KATE NAK BOIKOT TAPI BEKERUMUN KAT MACDONALD ETC!

Ni nak cerita sikit, sikit jer tak banyak mane pun. Sana sini orang suruh kita boikot barangan yahudi dan America tapi orang masih juga berkerumun di MacDonald, KFC, Starbucks dan masih lagi menggunakan barangan keluaran 2 negara tersebut. Ni nak perjelaskan camne? camne nak explain? camne nak bantu Palestin? Bukan ke sepatutnya dari dulu lagi rakyat Malaysia memboikot barangan dari Israel sebab sudah diketahui semua yang sesuatu produk itu diperbuat oleh manusia-manusia berbangsa Yahudi itu? Nak kata orang ramai tak bersepakat tak boleh juga. Kecewanyer ...

Bekas Penagih Dadah Di Ambil Berkhidmat Dlm Sektor Awam

Bekas penagih dadah di ambil berkhidmat dalam sektor awam, apakah pandangan anda terhadap pekara ini? CUEPACS campur tangan dalam hal ini, katanya bekas-bekas penagih dadah ini haruslah diberikan syarat-syarat yang ketat sebelum memasuki sektor awam. Katanya lagi bukan tidak bersimpati terhadap bekas-bekas penagih dadah ini tetapi golongan itu perlu dipantau sepanjang masa untuk menggelakkan mereka kembali kepada tabiat yang menjijikan mata masyarakat memandang.

Responden masyarakat di sekeliling kita ramai yang mengatakan mereka harus diberikan peluang itu kerana mereka juga adalah manusia yang tidak lari daripada membuat kesilapan. Ada juga yang tidak bersetuju dengan cadangan menteri KDN, berikutan dengan pengganggur-penggangur yang sedia ada memohon jawatan dalam sektor awam haruslah diberikan keutamaan terlebih dahulu dan kerajaan tidak boleh menanggung risiko mengambil bekas penagih dadah berkhidmat dalam sektor awam. Kerajaan boleh membuka peluang lain contohnya seperti menyediakan kursus-kursus keusahawanan untuk mereka pelajari perniagaan berkonsepkan Agro Desa atau tubuhkan unit seperti RELA untuk mereka berkhidmat kepada umum tetapi mendapat elaun dari badan-badan tak berkanun.

Rata-rata yang bersetuju dengan cadangan ini memberikan jawapan yang sama dan bagi yang tidak bersetuju dengan cadangan ini mereka mempunyai alasan yang lebih kukuh lagi akan kenapa cadangan ini berisiko tinggi. Apa pendapat anda?

Tanah Runtuh Di Bukit Antarabangsa

Sumber dari Utusan Malaysia

Awal pagi tadi 4 pagi, satu insiden yang telah meragut 3 nyawa manusia dalam kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur. Berita mengatakan, 14 buah banglo tertimbus ketika penduduk sedang tidur. 3 mayat telah dijumpai dan dipercayai masih ada 7 mangsa masih lagi tertimbus di dalam runtuhan tersebut.

Hairan juga kan? Lepas satu kejadian, ada lagi kejadian lain pada hari seterusnya sehingga hari ini. ini kali ketiga bencana tanah runtuh yang berlaku di dalam negara kita dalam masa terdekat ini. Berikutan dengan kejadian tersebut, Najib (TPM) berkata kerajaan akan mengambil tindakan tegas pada untuk tidal lagi membenarkan pembangunan di kawasan lereng bukit yang berisiko tinggi. Keadaan cuaca lebat atau mungkin terdapat aliran air di bawah tanah yang mungkin menyebabkan tanah runtuh.

Itu kata TPM kita, memang saya bersetuju dengan tindakan beliau untuk menolak segala cadangan pembangunan di kawasan lereng bukit. Tetapi yang menjadi persoalan saya ialah, orang awam tak kira siapa sudah tentu tahu bahawa pembangunan di kawasan lereng bukit sememangnya berisiko tinggi, tetapi pemaju-pemaju seolah-olah tidak menghiraukan masalah yang akan dihadapi oleh penduduk-penduduk di situ pada masa akan datang. Salah siapa? Kenapa mereka tidak mengkaji terlebih dahulu akan kesesuaian tapak pembangunan tersebut sebelum memulakan pembinaan? Kini sudah terjadinya perkara sebegini siapa yang harus bertanggungjawab?? Cuaca? Hujan? Nak salahkan tanah runtuh tu sendiri?

Kejadian tanah runtuh yang berlaku di Bukit Antarabangsa telah meragut 3 nyawa.. Selepas ni apa pula? Renung-renungkanlah.....