Showing posts with label GCR. Show all posts
Showing posts with label GCR. Show all posts

Cuti Kakitangan Awam dikurangkan 5 hari & Cuti Sakit Palsu

Cuti kakitangan awam dikurangkan 5 hari berkuatkuasa mulai tahun hadapan. Yang asalnya ada 20 hari cuti menjadi 15 hari bercuti, apakah rasionalkah perubahan yang dilaksanakan ini? Kata mereka sebagai perlaksanaan ini dilakukan bagi meningkatkan produktiviti sektor awam sejajar dengan peranan sektor sebagai nadi utama pembangunan negara. Kenapa terjadinya pengurangan cuti kakitangan awam? Bagaimana pula dengan kakitangan awam yang bekerja di seberang? Haruskah mereka menerima perubahan yang tidak rasional ini?

MTUC (Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia) turut melahirkan rasa kesal & menyifatkan tindakan kerajaan mengurangkan cuti kakitangan awam ini adalah tidak rasional & tidak patut dilaksanakan kerana ini dilihatkan akan merugikan kakitangan awam. Kerajaan sepatutnya menjaga serta meningkatkan kebajikan kakitangan awam bukannya mengurangkan kebajikan mereka. GCR (Gantian Cuti Rehat) ditambah 30 hari? Ape perbezaan? Langsung tidak memberikan apa-apa kesan positif.

Bagi pendapat Siong Berantai, adalah tidak wajar cuti kakitangan awam dikurangkan sebanyak 5 hari. Seperti kata MTUC kerajaan sepatutnya menjaga kebajikan kakitangan awamnya. Apakah puncanya? Siapakah yang bertanggungjawab? Daripada apa yang seringkali kita dengar tak kira swasta ataupun awam, ada segelintir kakitangan yang memalsukan cuti sakit mereka sehingga ada yang melampau-lampau & ini telah menimbulkan banyak kesan buruknya pada majikan mereka. Ada juga yang membeli surat cuti sakit daripada klinik-klinik yang tidak bertanggungjawab bernilai RM10.00 untuk sehari. Tergamak sungguh klinik-klinik ini berkomplot melakukan jenayah kecil-kecilan yang tidak seharusnya terjadi ini.

Bukan itu sahaja, ada sesetengah pihak masih lagi membuat aduan kakitangan awam lambat menyiapkan kerja yang sepatutnya diselesaikan dalam masa yang telah ditetapkan kerana ada segelintir kakitangan awam mengambil cuti dalam masa yang agak lama & ini menyukarkan orang lain berurusan dengan sektor tersebut meskipun ada kakitangan awam lain yang mengantikan tempat mereka. Tapi sejauh mana kelancaran pengganti melaksanakan tugas-tugas kakitangan yang bercuti tersebut? Ini melambatkan lagi proses kerja sekaligus menjejaskan produktiviti sektor awam. Mungkin disebabkan masalah-masalah di atas membuatkan pihak berkenaan tiada pilihan dengan mengurangkan kadar cuti tahunan kakitangan awam. Renung-renungkanlah..

"Kerana Nila Setitik, Rosak Susu Sebelanga"