Cuti Kakitangan Awam dikurangkan 5 hari & Cuti Sakit Palsu

Cuti kakitangan awam dikurangkan 5 hari berkuatkuasa mulai tahun hadapan. Yang asalnya ada 20 hari cuti menjadi 15 hari bercuti, apakah rasionalkah perubahan yang dilaksanakan ini? Kata mereka sebagai perlaksanaan ini dilakukan bagi meningkatkan produktiviti sektor awam sejajar dengan peranan sektor sebagai nadi utama pembangunan negara. Kenapa terjadinya pengurangan cuti kakitangan awam? Bagaimana pula dengan kakitangan awam yang bekerja di seberang? Haruskah mereka menerima perubahan yang tidak rasional ini?

MTUC (Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia) turut melahirkan rasa kesal & menyifatkan tindakan kerajaan mengurangkan cuti kakitangan awam ini adalah tidak rasional & tidak patut dilaksanakan kerana ini dilihatkan akan merugikan kakitangan awam. Kerajaan sepatutnya menjaga serta meningkatkan kebajikan kakitangan awam bukannya mengurangkan kebajikan mereka. GCR (Gantian Cuti Rehat) ditambah 30 hari? Ape perbezaan? Langsung tidak memberikan apa-apa kesan positif.

Bagi pendapat Siong Berantai, adalah tidak wajar cuti kakitangan awam dikurangkan sebanyak 5 hari. Seperti kata MTUC kerajaan sepatutnya menjaga kebajikan kakitangan awamnya. Apakah puncanya? Siapakah yang bertanggungjawab? Daripada apa yang seringkali kita dengar tak kira swasta ataupun awam, ada segelintir kakitangan yang memalsukan cuti sakit mereka sehingga ada yang melampau-lampau & ini telah menimbulkan banyak kesan buruknya pada majikan mereka. Ada juga yang membeli surat cuti sakit daripada klinik-klinik yang tidak bertanggungjawab bernilai RM10.00 untuk sehari. Tergamak sungguh klinik-klinik ini berkomplot melakukan jenayah kecil-kecilan yang tidak seharusnya terjadi ini.

Bukan itu sahaja, ada sesetengah pihak masih lagi membuat aduan kakitangan awam lambat menyiapkan kerja yang sepatutnya diselesaikan dalam masa yang telah ditetapkan kerana ada segelintir kakitangan awam mengambil cuti dalam masa yang agak lama & ini menyukarkan orang lain berurusan dengan sektor tersebut meskipun ada kakitangan awam lain yang mengantikan tempat mereka. Tapi sejauh mana kelancaran pengganti melaksanakan tugas-tugas kakitangan yang bercuti tersebut? Ini melambatkan lagi proses kerja sekaligus menjejaskan produktiviti sektor awam. Mungkin disebabkan masalah-masalah di atas membuatkan pihak berkenaan tiada pilihan dengan mengurangkan kadar cuti tahunan kakitangan awam. Renung-renungkanlah..

"Kerana Nila Setitik, Rosak Susu Sebelanga"

6 maklumbalas:

azimask said...

aiii kurangkan cuti sampai 5 hari???
dah la sapa sapa kerja kat putrajaya dah mmg kurang cuti.. lagik nak kurangkan.. emmm.. bagus betul yea pemerintahan skunk nie.... nampak gaya nyer akan lagik ramai laaa yg membeli surat cuti dari klinik... emmm gcr tambah 30 hari.. thats mean kena kumpul 150 hari la ekk..? emmmm 1 hari pun miE tak nyimpan agik.. sempat ker sampai 150 hari tuh???? haddoihhh.... apa laa nak jadik...

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

bagus...? nanti ramai yg buat kerja overtime.kalau lama kerja...ramai yang kerja slow sebab nak kan overtime bila habis jam 5.30ptg tu... lagi banyak kerajaan kena bayar tu... kumpulan A teruklah...sebab dah cuti ayik dibatalkan dan tak ada banyak masa...overtime tak layak klaim.

tapi ok lah demi negara untuk produktiviti...kumpulan A berkorban lah.

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

siong...demi negara ok la. kerja kuat dan jangan kerja slow eekkh

Gerrard said...

tak boleh buat ape, keputusan mereka kita akurkan sahaja .. kerna yang "teruk" ... yang beprestasi plak kena menanggung. bila yang elok tu kena plak menanggung si 'teruk'.. tak adil ..

azimask said...

tp kan.. benda nie effect pada pekerja baru jer yg sebelum 1 september 200? lupa plak tahunnyer tak terlibat... makna nya.. sesapa lantikan baru mmg cuti kurang la 5 hari tuh.. yg lama still boleh pilih opsyen sehingga 31 disember nie....

Gerrard said...

lantikan baru pada tahun 2009 adalah ditetapkan megambil cuti 15 hari .. kecuali yang 2008 ke bawah ... jadi masih ada peluang sama ada ingin mengekalkan atau memilih opsyen yang baru.. tiada beza sangat rasanya.. Cuma GHS tu jer yang membezakannya.. =)