Hapuskan Sistem Junior Senior!
Institut Jantung Negara Diswastakan?
PANDANGAN RAKYAT PENTING TENTUKAN MASA DEPAN IJN
IJN diswastakan, majoriti rakyat Malaysia membantah sekeras-kerasnya cadangan itu tetapi ada juga yang bersetuju dengan cadangan tersebut. Semalam Siong bertanyalah kepada seseorang individu tentang penswastaan IJN, "IJN? Company ape tu?" katanya. Uerkk?! Masih ada lagi orang yang tidak mengenali IJN. Bila diterangkan tentang IJN barulah beliau faham, dan inilah jawapannya, "aku setuju sangat-sangat IJN diswastakan sebab mungkin lepas ni lebih ramai lagi yang mengenali IJN seperti hospital-hospital swasta yang lain walaupun bayarannya agak mahal tetapi perkhidmatan mereka adalah yang terbaik." jawabnya dengan penuh keyakinan.
Siong bersetuju juga dengan kata-katanya, hospital-hospital swasta ini memang memberikan perkhidmatan yang memuaskan hati pelanggannya. Sambungnya lagi, "Dulu aku selalu gak pegi klinik kerajaan/hospital kerajaan, nak menunggu giliran tu memang lama sangat berbanding dengan swasta aku cume menunggu kurang dari 30 minit jer. Kalau IJN diswastakan dan jaminan khidmat sosial perubatan jantung kepada golongan miskin dikekalkan, aku rasa tiada masalah untuk kita semua" terangnya. Yang membimbangkan orang ramai sekarang apakah benar pihak Sime Darby akan mengekalkan khidmat sosialnya pada golongan miskin?
Kenapa Sime Darby tidak membuat IJNnya sendiri daripada mereka mengambil alih 51% IJN yang sedia ada? Bimbang dengan penjenamaan yang mengambil masa yang lama? Habis tu IJN yang sedia ada ini juga mengambil masa yang lama tapi dapat pula kekal hingga ke hari ini? Apa yang menjadi pemasalahan pada Sime Darby? Kalaulah penswastaan ini benar-benar dilaksanakan adakah kos perkhidmatan, hak keistimewaan penjawat awam di IJN masih dikekalkan? Itulah yang menjadi persoalan disetiap minda rakyat, mereka mengaut keuntungan manakala rakyat menanggung kesengsaraan.
Nampak sahaja yang perlaksanaan ini mudah kerana dipenuhi dengan syarat-syarat pengekalan perkhidmatan yang sedia ada untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan. Andaikan pekara ini dilaksanakan, apa lagi yang golongan kurang berkemampuan ini akan jual? Harta benda sudah pasti dijual, segala barang-barang perhiasan seperti barang kemas mahupun barang keperluan pasti akan digadai demi menyelamatkan nyawa ahli keluarga atau orang tersayang. Kalau sudah tiada apa yang hendak digadaikan, apa lagi yang mereka hendak gadaikan? Organ badan sendiri? Jual maruah diri? dan lain-lain? Satu cadangan perlaksanaan sahaja sudah mampu menimbulkan kesusahan orang ramai jika sesuatu perlaksanaan ini tidak mengambil kira akan kepentingan orang ramai. Kita serulah kepada kerajaan agar tidak melaksanakan cadangan penswastaan Institut Jantung Negara ini..
Bekas Penagih Dadah Di Ambil Berkhidmat Dlm Sektor Awam
Bekas penagih dadah di ambil berkhidmat dalam sektor awam, apakah pandangan anda terhadap pekara ini? CUEPACS campur tangan dalam hal ini, katanya bekas-bekas penagih dadah ini haruslah diberikan syarat-syarat yang ketat sebelum memasuki sektor awam. Katanya lagi bukan tidak bersimpati terhadap bekas-bekas penagih dadah ini tetapi golongan itu perlu dipantau sepanjang masa untuk menggelakkan mereka kembali kepada tabiat yang menjijikan mata masyarakat memandang.
Responden masyarakat di sekeliling kita ramai yang mengatakan mereka harus diberikan peluang itu kerana mereka juga adalah manusia yang tidak lari daripada membuat kesilapan. Ada juga yang tidak bersetuju dengan cadangan menteri KDN, berikutan dengan pengganggur-penggangur yang sedia ada memohon jawatan dalam sektor awam haruslah diberikan keutamaan terlebih dahulu dan kerajaan tidak boleh menanggung risiko mengambil bekas penagih dadah berkhidmat dalam sektor awam. Kerajaan boleh membuka peluang lain contohnya seperti menyediakan kursus-kursus keusahawanan untuk mereka pelajari perniagaan berkonsepkan Agro Desa atau tubuhkan unit seperti RELA untuk mereka berkhidmat kepada umum tetapi mendapat elaun dari badan-badan tak berkanun.
Rata-rata yang bersetuju dengan cadangan ini memberikan jawapan yang sama dan bagi yang tidak bersetuju dengan cadangan ini mereka mempunyai alasan yang lebih kukuh lagi akan kenapa cadangan ini berisiko tinggi. Apa pendapat anda?
Cuti Kakitangan Awam dikurangkan 5 hari & Cuti Sakit Palsu
Cuti kakitangan awam dikurangkan 5 hari berkuatkuasa mulai tahun hadapan. Yang asalnya ada 20 hari cuti menjadi 15 hari bercuti, apakah rasionalkah perubahan yang dilaksanakan ini? Kata mereka sebagai perlaksanaan ini dilakukan bagi meningkatkan produktiviti sektor awam sejajar dengan peranan sektor sebagai nadi utama pembangunan negara. Kenapa terjadinya pengurangan cuti kakitangan awam? Bagaimana pula dengan kakitangan awam yang bekerja di seberang? Haruskah mereka menerima perubahan yang tidak rasional ini?
MTUC (Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia) turut melahirkan rasa kesal & menyifatkan tindakan kerajaan mengurangkan cuti kakitangan awam ini adalah tidak rasional & tidak patut dilaksanakan kerana ini dilihatkan akan merugikan kakitangan awam. Kerajaan sepatutnya menjaga serta meningkatkan kebajikan kakitangan awam bukannya mengurangkan kebajikan mereka. GCR (Gantian Cuti Rehat) ditambah 30 hari? Ape perbezaan? Langsung tidak memberikan apa-apa kesan positif.
Bagi pendapat Siong Berantai, adalah tidak wajar cuti kakitangan awam dikurangkan sebanyak 5 hari. Seperti kata MTUC kerajaan sepatutnya menjaga kebajikan kakitangan awamnya. Apakah puncanya? Siapakah yang bertanggungjawab? Daripada apa yang seringkali kita dengar tak kira swasta ataupun awam, ada segelintir kakitangan yang memalsukan cuti sakit mereka sehingga ada yang melampau-lampau & ini telah menimbulkan banyak kesan buruknya pada majikan mereka. Ada juga yang membeli surat cuti sakit daripada klinik-klinik yang tidak bertanggungjawab bernilai RM10.00 untuk sehari. Tergamak sungguh klinik-klinik ini berkomplot melakukan jenayah kecil-kecilan yang tidak seharusnya terjadi ini.
Bukan itu sahaja, ada sesetengah pihak masih lagi membuat aduan kakitangan awam lambat menyiapkan kerja yang sepatutnya diselesaikan dalam masa yang telah ditetapkan kerana ada segelintir kakitangan awam mengambil cuti dalam masa yang agak lama & ini menyukarkan orang lain berurusan dengan sektor tersebut meskipun ada kakitangan awam lain yang mengantikan tempat mereka. Tapi sejauh mana kelancaran pengganti melaksanakan tugas-tugas kakitangan yang bercuti tersebut? Ini melambatkan lagi proses kerja sekaligus menjejaskan produktiviti sektor awam. Mungkin disebabkan masalah-masalah di atas membuatkan pihak berkenaan tiada pilihan dengan mengurangkan kadar cuti tahunan kakitangan awam. Renung-renungkanlah..
"Kerana Nila Setitik, Rosak Susu Sebelanga"






