Eish! Busuk!

Huaa..~ malas ke Siong nak update? :p bukan malas tetapi tiada masa untuk update disebabkan terlalu banyak perkara yang ingin di selesaikan dengan segera tahap F1 guna rim kancil (ade ke?! :p). Sebenarnya banyak yang nak diceritakan, tentang itu ini, hal itu hal ini. Semua berebut-rebut untuk diketengahkan kepada korg semua, unfortunately hasrat terbengkalai rentetan gue banyak homework aite. Baiklah, kali ni kita berdiskusi tentang permasalahan yang tidak pernah 'settle' sejak dari masihi lagi. Hoh! Lame giles! Siong nak ceritakan dalam bahasa 'pasar', agak rimas dan tak kesampaian bila berbicara menggunakan perkataan-perkataan formal. Kan?! Haha! Sekali sekala bolehlah ek? :p


BUANG SAMPAH DEPAN LIFT
Nampak dengan jelaskan gambar di atas? Bayangkan kalau camni la keadaannya di persekitaran kawasan rumah korang, agaknya tahan tak dengan bau busuk sampah-sampah tu? Uii.. Jangankan korang, makhluk-makhluk yang lain pun tak suke berdekatan dengan sampah tu (kecuali binatang yang tertentu termasuklah kucing :p). Kotor giles, ofcos mmg manusia yang menghasilkan sampah tu tapi kalau dah berselerak camtu? Ade ke korang nak kutip & letak elok-elok dalam tong sampah besar yang baunya boleh melekat kat baju? Aku pun tak hingin jangankan korang. Pagi tadi, on the way aku nak gie keje, sampah sarah berlonggokan di kawasan menunggu lift tingkat 9. "Adui.. sapelah yang sengal tahap tak sekolah buang sampah kat sinie?!" getus hatiku. Kurang asam tol manusia yang tidak bertanggungjawab tu, tong sampah ade disediakan, pegi la buang kat dpn lift lak. Hish!

Kenape? Mengape? Sebab dorang malass! Pemalas giles, orang-orang camni harus dihalau keluar dari pangsapuri tue! Siapa yang buat? Melalui kaji selidik aku sendiri, yang buang sampah kat depan lift ni dimulekan dengan wanita remaja (mostly). Kemudian org lain pun ternampak maka dia pun campak sampah kat situ/dia segera gie ambek sampah dlm rumah campak kat situ. Seterusnya, ajak kawan-kawan tingkat lain campak sampah kat situ. Aih? Boleh ajak lak? Hahaha! :p Pendek kate, kejadian seperti ini dimulekan oleh wanita remaja berusia 20'an ke 30'an. Yang lebih 30'an tak terkecuali termasuk jugak kanak-kanak yang nakal. Mak suruh buang sampah dia pi campak kat depan lift. Salah siapa? Ibu bapa mereka yang tidak mendidik dengan sempurna. Lelaki, biasanya main kumpul sampah banyak-banyak sampai beranak pinak anak ulat lalat dalam rumah baru nak gi buang. Buang depan lift xmain, coz lelaki kire kepentingan orang ramai gak. But, tak semua perempuan atau lelaki yang bersifat sedemikian pendapat di atas rite?


SIAPA YANG PATUT DIPERSALAHKAN?
Ok, fokus balik pada gambar atas ni plak. Tengoklah, ade jugak manusia yang sanggup parking kat tepi rumah sampah. Tak tau la deria menghidu orang tu dah xde atau dia suke sangat ngan bau sampah tiada siapa yang tau. Sampah sarap berlonggokan di sekitar, ini memang terjadi kat mane-mane sekali pun terutamanya di kawasan rumah pangsapuri. Orang yang duduk kat pangsapuri ni sememangnya malas turun dari tingkat yang tinggi hanya untuk membuang sampah. Ade juge yang rajin, tapi bile sampai depan tong sampah diorg main campak! BEDEBUSHH! Berteraburlah sampah-sampah tersebut dan menjadi seperti gambar di atas. Geli arh! Dah buang sampah keluar dari rumah dah cukuplah tu, nak ape lagi? Daripada tak buang langsung, kang mengamok lak org dalam rumah.

Itu pendapat diorg, betul kan? Ok, tapi kepentingan orang lain? Macam mane kalau anjing datang menyelongkar sampah-sampah tue? Gagak sekarang ni pun banyak gak tak kire dimane-mane, habis semua sampah di selongkar. Lagilah teruk kalau sampah tu tak dikutip oleh lori sampah yang mengikut jadual. Bau busuk yang berpanjangan lebih-lebih lagi waktu hujan turun. Haa~ memang menyengat hidung giles la bau busuk tu. Lepas tu salahkan Majlis Bandaraya yang tidak buat keje padahal Majlis Bandaraya (Contractor sampah) berkenaan tidak berkenaan nak kutip sampah kat situ sebab kotor sangat! Haha! :p gelak yer? Tak caye? Boleh cube gie tanye brother yang duduk kat sekitar taman permainan kawasan rumah korang. Orang yang kutip sampah tu pun reti nak jaga kebersihan, inikan plak kita yang tak kutip sampah ni bersifat pemalas yang mengundang penyakit yang tidak diingini. Fikir-fikirlah sendiri.


TAKDE SAMPAH, BUANG BAYI PLAK!?
Ok, last sekali.. sekarang ni gejala kebersihan tidak terjaga semakin berleluasa dimane-mane jer terutamanya bandar-bandar besar seperti korg tau sendiri kan? Kemudahan asas sudah pun diberikan tapi tak juga di manfaatkan dengan sebaik mungkin. Takkan selama-lamanya kita nak mengharap orang 'membersihkan' kawasan kediaman kita? Sehingga bebile pun takkan settle masalah, percayalah dalam dunia yang semakin pesat membangun ni, suatu masa nanti pasti takkan ada lagi perkhidmatan mengutip sampah berjadual yang disediakan oleh Majlis Bandaraya. Mungkin selepas ini semuanya automatik atau mungkin tidak tetapi yang penting jagalah permukaan bumi ini dengan sebaik mungkin, bukannya menghancurkan lagi segala khazanah yang sedia. Kempen bumi hijau sudah pun dijalankan sejak sekian lamenya tapi siapa yang menyertai dan menyebarkan kempen-kempen camtu?
Dari sifat pemalas rakyat Malaysia yang kian meruncing, timbul lak masalah gejala sosial. Tidak cukup dengan membuang sampah merata-rata tempat, buang bayi pun semakin menjadi-jadi. Mane la sifat bertanggungjawab orang-orang camtu? Fikirkan kepentingan sendiri jer..

9 maklumbalas:

Alya Shaka said...

apa yg weird? konpiuss i tau...

:P

Gerrard said...

u dengan axim tu sejak bile? haha! ;p

Kapten Luffy said...

kat tempat aku pun cam tu... letk jer dekat tepi lif. kalau takder pekerja busuk kat situ ler... huk

bozzobattousai said...

kat blok aku nih pon sama...sampah merata...yg peliknya nape bnyk sgt? ada 7 rumah je...takkan sampai bnyk sgt sampah2nyer..

Gerrard said...

uii .. mmg teruk la kalau dah busuk .. nak tunggu lift pun tak senang duduk .. tutup idong la ape la.. kalau tak tahan tu sampai termuntah2.. tambah lagi sisa muntah lagi la takleh blah ..

Gerrard said...

bozo, tu mungkin seseorang penghuni tu menyimpan banyak sangat sampah dan mereka ambil kesempatan utk membuang terus kesemua sampah yang ada di situ ..

atau pun sampah2 tu datang dari tingkat atas/bawah .. hehah! :p seksa camni .. lagi teruk kalau ada ulat yang berkeliaran di sekitar sampah tu .. eiu!

ape nak jadi dengan orang kite ni skg .. buat kerja sikit pun dah malas.. tak patut sangat ..

Sinido Ejat said...

itulah namanye manusia...
degil..
bongkak..
mcm2 lagi la..
nasib baik aku Human being

Gerrard said...

kan sama jer tu sinido? kehkeh! :p manusia ni boleh dibentuk... sama seperti anak2 kecil .. didik mereka dengan cara yang betul .. =)

kalau degil gak .. takpe.. suatu hari nanti Allah akn bagi pengajaran..

Izzatul Azma said...

buang bayi ):

sedihnye tgkkkk