Diabaikan oleh media..

TERABAI PULAK DAH...

Jom kita diskusi sikit tentang media, sukan & peranan kementerian dalam membantu semua persatuan sukan yang ada di Malaysia ini. Kita citer ler tentang sukan bola keranjang ni, sedia maklum kita semua selalu mengklasifikasikan bahawa sukan bola keranjang ini hanya untuk anak-anak muda cina jer. Betul tak? Kalau tak betul, rasanya yang bacenyer pun tak betul. :p dari apa yang kita perhatikan, ni ada buat research sikit la.. kita lihat dari tanda-tanda yang ketara di mata kasar iaitu media. Tiap-tiap masa, kalau kita belek-belek jer last page iaitu info tentang sukan mesti dok cerita tentang sukan yang paling popular buat masa ni.

SUKAN APA YANG POPULAR?

Sukan ape lagi kalau tak Bola Sepak yang berada di ranking pertama di dada akhbar kan? :p yes! Saye betul kali ni. Hahaha! Abaikan, dituruti dengan sukan-sukan yang lain seperti badminton la yang paling hot sekarang ni dan isu pelapis permain badminton negara dipertikaikan pulak dah. Ok, cukuplah review tentang sukan-sukan popular tuh. Sedar tak yang sukan Bola Keranjang ni amatlah jarang mendapat perhatian media (kecuali media cina) seperti Utusan Malaysia, Kosmo, Berita Harian, Metro dan pelbagai tabloid yang ada di negara ni. Sorry ya, bukan nak komplain cuma tergerak hati nak mengulas mengenai isu ini yang menjadi satu permasalah kepada persatuan MABA. Segala salah silap terlanjur kata saya memohon maaf terlebih dahulu..

KURANGNYA PENDEDAHAN

Media tu kita ketepikan seketika, kita lihat pulak kat sekolah rendah.. siapakah yang menguasai sukan ini? Pelajar-pelajar cina juga kan? Pelajar-pelajar yang berbangsa India, Melayu dan sebagainya mungkin tidak meminati sukan ini tetapi apabile mereka sudah menjejakkan kaki ke alam sekolah menengah baru nak sertai kelab bola keranjang dan jika dibandingkan dengan pelajar-pelajar cina yang sudah pun berlatih semenjak sekolah rendah lagi prestasi siapa yang lagi better? Sudah semestinya otai yang lagi terrer kan? Jadi .. kat sini timbulnya satu permasalahan di mana kurangnya pendedahan dan galakan tentang sukan ini pada pelajar-pelajar bukan cina.

TERLEPAS PANDANGKAH KBS DENGAN MEDIA?

2 permasalahan sudah diketengahkan.. kini masalah yang dihadapi oleh persatuan bola keranjang malaysia. Setiap sukan ada jer persatuannya tersendiri, dimana setiap persatuan itu akan berada di bawah pemantauan KBS iaitu Kementerian Belia & Sukan. KBS juga menyediakan peruntukkan untuk membantu sesebuah persatuan itu termasuk la MABA. MABA yang berpusat Jalan Hang Jebat mempunyai segala kelengkapan untuk melatih remaja-remaja yang berbakat dalam sukan bola keranjang dimana penetapan disediakan, elaun dan subsidi juga diberikan. Tempat training pun best dan sebagainya, tetapi masalah yang dihadapi adalah MABA adalah kesukaran untuk mereka mengekalkan atlit-atlit yang sudah mencapai umur dewasa berikutan dengan gaji yang diberikan tidak mencukupi perbelanjaan yang mereka gunakan.

MEDIA HANYA MEMAPARKAN SUKAN TERNAMA?

Dan apabila ini terjadi, secara tidak langsung atlit-atlit yang sudah di gilap sejak sekian lama akan meninggalkan MABA macam tu jer dan ini merugikan MABA dan juga KBS. Media pula hanya menumpukan pada berita-berita sukan yang top jer, macam mana nak bangunkan sukan yang lain kalau berterusan seperti ini? Nak harapkan akhbar cina memaparkan segala aktiviti persatuan itu? Takkan tak ada satu pun ruang dalam akhbar yang lain? Takkan negara ini hanya mementingkan bolasepak, bowling, badminton, dan yang hanya akan mendapat perhatian orang ramai? Untuk pengetahuan semua, team bola keranjang wanita kita adalah juara bagi benua asia manakala kumpulan lelaki pula berada di tempat ketiga di antara Asia. Persoalannya kenapa tak nak gilapkan lagi untuk sukan ini dah juga untuk permain-permain bola keranjang membina kerjaya mereka dalam sukan ini? Apakah KBS terlepas pandang dan masyarakat hanya ingin mengecop sukan ini tidak sesuai utk orang melayu, india dan yang lain? Hanya cina sahaja yang diharap?

6 maklumbalas:

BurungBelatuk said...

Payah nak cakap hal ni...selalunya mende yg kecik digembar-gemburkan pihak media menjadi segar-bugar...anyway, aku dah kembali. Sudi2 la singgah kat blog aku k...

pRincESs_N said...

dlm byk2 sukan..N sukerr sukan aerobik...

lalalallala

SaifulBashrie said...

wah kupasan yg menarik...mmg basketball majoriti dimonopoli student chinese, my brother addict dgn NBA pun sbb dia study kat US..smua org reti main itu je..my cousin pun main basket sbb dia dari skolah jenis cina....mmg pendedahan media kurang..

Masy said...

zaman2 skolah dulu, bola keranjang ni mmg dikonker dek bdk2 cina. mebi sbb dorang tinggi2. bdk2 melayu pon ade tp sorang dua je. huhu

Kapten Luffy said...

bola keranjang satu contoh... banyak lagi yg diabaikan.

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

SIONG...

HARAP SIONG MAINKAN PERANAN LEBIH HEBAT BILA KE TEMPAT BARUUUUU