Tanah Runtuh Di Bukit Antarabangsa

Sumber dari Utusan Malaysia

Awal pagi tadi 4 pagi, satu insiden yang telah meragut 3 nyawa manusia dalam kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur. Berita mengatakan, 14 buah banglo tertimbus ketika penduduk sedang tidur. 3 mayat telah dijumpai dan dipercayai masih ada 7 mangsa masih lagi tertimbus di dalam runtuhan tersebut.

Hairan juga kan? Lepas satu kejadian, ada lagi kejadian lain pada hari seterusnya sehingga hari ini. ini kali ketiga bencana tanah runtuh yang berlaku di dalam negara kita dalam masa terdekat ini. Berikutan dengan kejadian tersebut, Najib (TPM) berkata kerajaan akan mengambil tindakan tegas pada untuk tidal lagi membenarkan pembangunan di kawasan lereng bukit yang berisiko tinggi. Keadaan cuaca lebat atau mungkin terdapat aliran air di bawah tanah yang mungkin menyebabkan tanah runtuh.

Itu kata TPM kita, memang saya bersetuju dengan tindakan beliau untuk menolak segala cadangan pembangunan di kawasan lereng bukit. Tetapi yang menjadi persoalan saya ialah, orang awam tak kira siapa sudah tentu tahu bahawa pembangunan di kawasan lereng bukit sememangnya berisiko tinggi, tetapi pemaju-pemaju seolah-olah tidak menghiraukan masalah yang akan dihadapi oleh penduduk-penduduk di situ pada masa akan datang. Salah siapa? Kenapa mereka tidak mengkaji terlebih dahulu akan kesesuaian tapak pembangunan tersebut sebelum memulakan pembinaan? Kini sudah terjadinya perkara sebegini siapa yang harus bertanggungjawab?? Cuaca? Hujan? Nak salahkan tanah runtuh tu sendiri?

Kejadian tanah runtuh yang berlaku di Bukit Antarabangsa telah meragut 3 nyawa.. Selepas ni apa pula? Renung-renungkanlah.....

4 maklumbalas:

azimask said...

sedih bila melihat perkara pekara begini berlaku.... dah la nak raya kan.. emm apa pun kiter hanya mampu berdoa...

Gerrard said...

ajal n maut ditangan tuhan..
kita hanya merancang tuhan yg menentukan...

seharusnya segala cadangan pembangunan di kawasan lereng bukit tidak harus dilaksanakan walaupun ada pemaju yang mendesak kerajaan meluluskan permohonan mereka ...

sepatutnya tragedi Highland Tower, Hill View, Ulu Yam di jadikan sebagai pengajaran agar tidak lagi membangunkan kawasan lereng bukit hanya utk keuntungan pemaju sehingga mengabaikan keselamatan penduduk.

BurungBelatuk said...

kesian nengok depa...turut bersimpati dengan takdir yg menimpa depa tuh...dugaan yang datang xmengenal siapa,lain orang lain jenis yang datang...

Gerrard said...

tak boleh buat apa.. dah takdir yang menimpa diri mereka ...

alternatifnya kita harus mengambil langkah berjaga2 selepas ini .. =)