Public transport seperti monorail, komuter, bas, teksi dan lain-lain seringkali menjadi tumpuan orang awam untuk sampai ke destinasi mereka. Bagi mereka yang tinggal di kota, perkhidmatan monorail seringkali dipenuhi oleh orang awam pada waktu kemuncak sehingga penuhnya setiap sudut monorail. Mereka yang tidak sempat menaiki kemudahan tersebut terpaksa jua menunggu kedatangan train yang seterusnya. Apa yang saya ingin ceritakan di sini berkait rapat dengan sifat-sifat bertimbang rasa dalam diri kita sesama manusia yang lain.
Suatu ketika dahulu, jam 8 pagi waktu kemuncak di mana seluruh warga kota yang bekerja memenuhi train, apabila sampainya train di lokasi, sukar sekali penumpang di dalam hendak menjejakkan kaki keluar daripada train. Kebanyakan mereka merempuh masuk sehingga ada yang terpijak kaki tanpa mengucapkan kata maaf pada mangsa. Persoalannya kenapa jadi macam ni? Bukankah mereka seharusnya beratur dan memberi ruang pada penumpang yang hendak keluar sebelum memasuki train? Bagi saya, orang-orang seperti ini hanya mementingkan diri tanpa mengira kepentingan orang lain. Inilah yang terjadi apabila kesemuanya nak tergesa-gesa sehingga menyusahkan orang lain.
Sewaktu di bangku sekolah, kita pernah diberikan tunjuk ajar tentang nilai-nilai murni haruslah ditanam dalam diri kita. Tetapi kini, apa yang telah dipelajari itu telah pun lenyap sebegitu sahaja. Kalau dibiarkan berterusan sebegini, pelahan-lahan sifat mementingkan diri ini akan memusnahkan jati diri seseorang individu. Sedarlah bahawa bukan kita sahaja yang hidup di dunia ini. Jangan dah terhantuk baru nak terngadah.
4 maklumbalas:
btol2...btol tuh..bukan kita je yg hidup kat malaysia nih...satu lagi pada pembawa kete tuh tolonglah perati org naik moto kat sbelah..jgn pakai masuk je...
sebagai manusia kita seharusnya bertimbang rasa dan mengambil kira kepentingan orang lain tidak kira dimana sahaja.
"kerna nila setitik, rosak susu sebelanga"
Orang bandar mana ada disiplin, bukan macam orang kampung. Bagi dorang, siapa cepat dia dapatlah. Lagipun, bukan senang mo atur atau susun orang ni, bukan macam susun buku. Sepatutnya kita sedar diri lah, kita hidup ni kena berdisiplin, jangan main hantam saja.
tak boleh juga kata org bandar takde displin .. but segelintir daripada mereka ada yang berdisplin.. Gaya hidup dibandar memang semua perkara nak cepat, kalau lambat ada sahaja kesannya. Memang betul kata En Kadayan, tak boleh main hentam saje tetapi menjadi satu masalah apabila kita cuba membentuk orang lain. Sebaliknya kita harus mulakan dengan membentuk diri kita dan membuatkan orang mencontohi kita. Lambat laun orang akan mengikut yang mana baik.. bukan mengejar keburukan yang tak di ingini...
Post a Comment