Bekas Penagih Dadah Di Ambil Berkhidmat Dlm Sektor Awam

Bekas penagih dadah di ambil berkhidmat dalam sektor awam, apakah pandangan anda terhadap pekara ini? CUEPACS campur tangan dalam hal ini, katanya bekas-bekas penagih dadah ini haruslah diberikan syarat-syarat yang ketat sebelum memasuki sektor awam. Katanya lagi bukan tidak bersimpati terhadap bekas-bekas penagih dadah ini tetapi golongan itu perlu dipantau sepanjang masa untuk menggelakkan mereka kembali kepada tabiat yang menjijikan mata masyarakat memandang.

Responden masyarakat di sekeliling kita ramai yang mengatakan mereka harus diberikan peluang itu kerana mereka juga adalah manusia yang tidak lari daripada membuat kesilapan. Ada juga yang tidak bersetuju dengan cadangan menteri KDN, berikutan dengan pengganggur-penggangur yang sedia ada memohon jawatan dalam sektor awam haruslah diberikan keutamaan terlebih dahulu dan kerajaan tidak boleh menanggung risiko mengambil bekas penagih dadah berkhidmat dalam sektor awam. Kerajaan boleh membuka peluang lain contohnya seperti menyediakan kursus-kursus keusahawanan untuk mereka pelajari perniagaan berkonsepkan Agro Desa atau tubuhkan unit seperti RELA untuk mereka berkhidmat kepada umum tetapi mendapat elaun dari badan-badan tak berkanun.

Rata-rata yang bersetuju dengan cadangan ini memberikan jawapan yang sama dan bagi yang tidak bersetuju dengan cadangan ini mereka mempunyai alasan yang lebih kukuh lagi akan kenapa cadangan ini berisiko tinggi. Apa pendapat anda?

26 maklumbalas:

bozzobattousai said...

nak amik kerja buleh tapi kena pastikan btol2 tak berpenyakit dabn dah insaflah...klu tak haru...

Gerrard said...

ha! tu la menjadi persoalan masyarakat skg ni.

KADAYAN BANTING said...

Mereka harus diberi peluang supaya mereka tidak merasa tersisih, tetapi harus dipantau. Orang yang pernah bermasalah itu tidak semestinya bermasalah selama-lamanya. Saya yakin ada di antara mereka yang boleh berubah. Klau mereka tak berubah hantar balik ke pusat pemulihan.

Sebenarnya ,watak manusia bukannya "pipih" seperti watak pelakon dalam cerita zaman dahulu yang mana seseorang yang digambarkan jahat pada awalnya maka jahatlah dia hingga ke akhir hayat.

Secara realitinya, watak manusia adalah "bulat", boleh bergolek ke mana-mana, iaitu orang yang jahat pada mulanya boleh menjadi baik pada akhirnya dan begitulah sebaliknya.

Aku Bukan Bidadari said...

tak stuju langsung..
orang yg x isap dadah tp ada penyakit asma pun x leh dpt keja.. tak adil lar kalo bg org isap dadah nih..

saya tak setuju..bangkang bangkang hahahaha

eh..salam kenai.. thank u sudi jengah blog

Gerrard said...

mr kadazan ... memang akan dikenakan syarat yang ketat seperti apa yang ternyata di dada akhbar... tapi ada cakap2 dari orang ramai mereka khuatir golongan seperti ini akan buat hal pabila masuk kerja nanti.. contohnyalah mereka mencuri aset2 pejabat seperti komputer.. printer ke atau apa2 saja yang berharga hanya untuk membeli dadah utk keseronokan nak kenikmatan mereka saja.. Ini pernah berlaku..

tapi kalau dalam ajaran agama pegangan agama.. mana2 manusia yang membuat silap akan adanya peluang utk berubah .. kita pun tak tahu sama ada orang itu berubah sebenar benarnya atau hanya berubah seketika ..

berkenaan dengan cadangan pengambilan bekas penagih dadah ini ke dalam sektor awam siong bersetuju. Tetapi syarat2 yang ketat haruslah dikenakan.. ini utk kebaikan kakitangan yang lain dan juga diri mereka ..

Gerrard said...

haha! Bidadari, tentang penyakit asma itu mungkin berkaitan dengan jawatan yang seseorang individu tu pohon. Kalau jawatan yang tanpa memerlukan kakitangannya membuat kerja berat, biasanya akan mendapat sokongan daripada doktor kecuali yang kritikallah..

ok bidadari. Sama2 =)

sparkystar said...

salam..nice blog,tak salah kalau dia dberi pluang bgitu cuma mgkin ade kbaikan dan kkurangan..sbagai rakyat malaysia yg prihatin kt hdaklah sama2 mmbantu dan mgatasi bukan mencemuh mereka...

Gerrard said...

salam sparky ... thanks ..

kebanyakkan masyarakat sudah pun beranggapan bahawa bekas2 penagih dadah ini akan kembali semula ke tabiat yang tidak elok itu .. pelbagai cara sudah kita bantu mereka dan menjernihkan pandangan masyarakat umum pada golongan ini tetap menjadi satu kesukaran yang amatlah sukar. maklumlah minda orang adalah susah kita nak ubah.

Memang betul kata sparky tu.. harusnya kita semua yang berbilang kaum ini membantu golongan ini utk memajukan diri.. yang lepas haruslah dilupakan .. masing2 pernah melakukan kesilapan2 yang pada masa itu tiada pemikiran yang matang .. Tiada salahnya jika golongan mereka ini diberikan peluang utk berkhidmat dalam sektor kerajaan. yang penting, diri mereka harus membuktikan mereka boleh berubah dan mengubah pandangan masyarakat umum akan bekas2 penagih dadah.

BLOG KOMEN said...

Kita harus terima bekas penagih itu dalam masyarakat supaya dorang boleh hidup macam kita juga. Kita kena bagi dorang kerja supaya dorang tidak buat kerja yang jahat-jahat lagi.

NANAS said...

Keraja patut bagi kerja sama itu bekas penagih dadah sebab kalau mereka tiada kerja siapa kasi makan.

Gerrard said...

salam blog komen. =) masyarakat adalah orang pertama yang kita perlu ubahkan pandangan mereka terhadap golongan ini rite?! Persoalannya macam mana kita nak ubahkan persepsi masyarakat...

nampaknya ramai yang bersetuju dengan cadangan ini .. bagus2. =)

Gerrard said...

hahaha! thanks nanas.. =) actually kalau kita kerja apa2 sekali pun boleh juga cari makan .. negara kita ini sungguh kaya dengan pelbagai makanan tau. =) cuma skg cadangan yang lain kerajaan harus membukakan peluang pekerjaan yang lain selain daripada sektor awam utk golongan mereka..

kalau nak melentur bulu .. biarlah dari rebungnya.

ita.itu said...

hi salam kenal dan salam ziarah ye

NANAS said...

Betul tu, kita kena bagi peluang pekerjaan kepada penagih, bukan setakat dengan kerajaan tapi semua sektor pekerjaan. Jangan diskriminasi mereka, terima lah mereka ke pangkuan masyarakat. Di ladang nanas pun mereka boleh kerja, betul tak ?

Letting the time pass me by said...

Bro Siong Berantai
Kalau orang tu mmg betul betul jujur dan boleh buat kerja dan sudah betul-betul insaf, tak de masalah... tapi yang takutnya ialah ramai jugak bekas penagih yg kembali menagih ... itu yg menjadi masalah... kalau penagih sudah benar-benar bertaubat, insaf dan sudah pulih dari ketagihan dan mempunyai skill kerja yg bagus, saya rasa tiada masalah..

tetapi yg lebih penting ialah kerajaan mengutamakan "merit" didalam memilih perkerja dan bukan berdasarkan "sentimen"... Bermakna jika ada dua calon seorang graduan Universiti dan seorang bekas penagih, kenalah tengok merit yg mana lebih sesuai untuk bekerja, dan bukan berdasar5kan sentimen..

Apa pun, itu hanya pandangan dan pendapat saya..

Anonymous said...

Kesian orang Melayu..dahlah miskin jahil dan mudah dengar fitnah. Yang paling teruk kaki dadah. Apa nak jadi dah. Saya setuju dengan pandangan anda. http://gatalsokmo2.blogspot.com/

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

salam dari

ramlyotai.blogspot.com

aberamly.wordpress.com

Gerrard said...

salam bro Otai ...

abe ramly? macam pernah ku mendengarnya .. tapi ... lupe2 lak .. bukan pengarah unit GSPI ke? ehehehehheheehe! thanks... =)

Raja Di Laut said...

Pasal penagih nie...bukannya memandai, bak kata ko tadi, siapa yang lari dari buat silap? Tapi ramai lagi yang tak buat silap ambil dadah... adakah kita nak buka peluang samarata org yang buat silap dengan yang tak buat silap?

Gerrard said...

ahaha! ;p betul kata2 encik nanas tu. Tidak semestinya di sektor awam sahaja kan? Bukan kerajaan sahaja yang diwajibkan membantu tetapi mana2 NGO etc sepatutnya membuka peluang pekerjaan yang luas pada golongan seperti ini..

tapi susah juga, pemuda pemudi zaman kini terlalu memilih sangat jenis pekerjaan. Sehinggakan ada yang menganggur pada jangka masa yang lama. silap siapa?

Y u Z z 9071 said...

bagi peluang..manalah tahu kan ada eloknya

Gerrard said...

Saudari Yuzz.. tapi rata2 yang mengatakan "Jangan Ambil Risiko!"

tapi sebagai manusia, kita juga patut memberikan peluang pada mereka yang pernah melakukan kesilapan .. buatnya mereka membuat kesilapan selama2nya kan? =)

Gerrard said...

Raja di laut.. kalau ikutkan pemikiran zaman ini sudah pasti orang akan memilih mereka yang tidak pernah membuat silap.. betul tak? tapi, kalau ini berterusan .. siapa lagi yang dapat membantu golongan ini kalau tidak kita yang memberikan mereka peluang ...

Gerrard said...

Raja Di Laut.. kadang2 mereka yang tidak pernah membuat kesilapan juga memberikan prestasi kerja yang kurang memuaskan dan ada pula yang berkelakuan teruk daripada pada golongan yang kita bincangkan ini.. Apa yang perlu kita lakukan hanya satu, Sama2lah kita mengubah apa yang boleh diubah. Jangan pula kita yang mengikut rentak mereka ..

Gerrard said...

Letting..

antara merit dan sentimen..
sukar juga isu ni ek? Heee!
tapi apa2 pun.. utamakan dahulu yang berkelayakan.. incase seorang bekas penagih dadah itu mempunyai Degree yang meritnya tinggi berbanding dengan seseorang individu yang bukan bekas penagih dadah juga mempunyai meritnya yang kurang sedikit daripada bekas penagih dadah tersebut.. yang mana akan Letting pilih utk bekerja?

Gerrard said...

nak buat macam mana wak sir.. itulah adat dunia .. fitnah di mana2 sahaja...