Jalan Berlubang

10 mei 2009... hari yang malang untuk aku kerana terlibat dalam kemalangan motorsikal. Kejadian berlaku ketika aku melalui jalan jalan Pudu untuk pergi Times Square untuk membeli-belah.. hancur musnah harapan aku nk cari kasut bola yang baru bagi menggantikan kasut aku yang dah koyak pada hari tu..

Ape yang membuatkan aku bengang bila melihat motorsikal yang amat aku sayangi ( Yamaha 125Z) terbaring hancur dibahagian sebelah kiri hanya disebabkan kegagalan aku mengelak "JALAN BERLUBANG"..... nasib baik aku hanya cedera ringan kat bahagian siku ngan lutut jer... Aku agak mesti lubang tu dah ade mangsa sebelum aku berdasarkan cakap seorang lalaki cina yang membantu aku.. kenapa masalah yang simple ni leh jadi kt kawasan yang dianggap termaju di Malaysia ni??




Dari ape yang aku perhatikan, lubang tu ade kesan diturap.. tapi kalau diturap tar yang berkualiti, takkan lah lubang tu akan terbentuk balik?? ataupun semasa lubang tu diturap, ade lori atau bas yang lenyek lubang tu smpi ianya terbentuk balik... macam2 benda yang aku pikirkan pasal lubang yang satu ni..

Ape2 sekalipun.. aku haraplah sangat pihak yang berkaitan memantau jalan2 yang ade kat seluruh malaysia ni, janganlah kita menambah stastistik kemalangan yang dah sedia tinggi kat negara yang kita sayangi ni. Aku takut disebabkan masalah2 mcm ni, hospital2 yang dah sedia ade kt negara kita ni tak mampu nak tangggung lagi bilangan pesakit2 akibat kemalangan jalanraya...

p/s : ape ape pun, aku terpakse tangguh kan dulu hajat nk beli kasut baru sebab duit tu aku kene guna untuk repair moto yang amat aku sayangi... salam....

PENGANIAYAAN KANAK-KANAK

Da lame aku perasan benda ne kat k.l..penganiayaan kanak2..mungkin umum sangat ape yg aku ckap ne tp setiap kali aku trun b.bintang tu,kat area sg.wang n dekat2 situ mesti ada budak2 kecik yg merayau2 mintak derma kat org ramai,laki n pempuan..selalunya kat kdai2 makan kat situ ar..rata2 umur diorang ne bawah 10 tahun dari pengamatan aku..hmm..

Aku pun pelik kan tngok diorang ne..dulu jadi isu n kegiatan diorang pun senyap jap tp skang da ada balik kan..tp yg aku pasti diorang ne bukan orang tempatan ar sebab dari gaya ckap n pkaian diorang tu,kemungkinan besar orang Kemboja kot,takpun negara2 yg berdekatan situ ar..diorang ne kbyakkan pkai bju tradisional melayu,kalau budak laki baju melayu ar n yg prempuan pakai baju kurung..hmmm,lgi satu diorang ne di'jaga' oleh mak diorang..agaknye ar sebab mesti ada sorang prempuan dewasa yg bwak diorang n tnggu kat tempat2 yg orang ramai xperasan sangat..cam sindiket lak aku tgok diorang ne..

Yg xbest nye budak2 ne telah digunakn untuk mencari duit/rezki padahal diorang patut ada kat sekolah,belajor untuk masa depan diorang..bukannya merayap2 kat tengah bandar tu...xkisah ar pe jenis bangsa pun diorang tu,pendidikan tu adalah hak individu seorang kanak2..benda tu asas nak hidup dalam dunia ne..mungkin ar kesempitan hidup yg buat diorang camtu tp tu bukan alasan yg sepatutnya...



emantauan dari pihak berkuasa perlu sebab benda ne secara xlangsung mencemarkan pandangan masyarakat dalam dan luar terhadap negara kita yg tengah membangun ne..ye ar,nampak je maju tapi masih ada lagi orang dengan keadaan camtu kat kawasan tumpuan org ramai lak tu..aku bukan nk menghina org2 camtu sebab aku tau keadaan hidup yg buat diorang jadi gitu cume kanak2 tu perlukan pembelaan dan diorang xpatut diperlakukan camtu..betul x?

Lagi satu, kite sebagai rakyat Malaysia pun patut amik berat hal-hal camni..bukan setakat tengok je pe yg berlaku..kurang-kurangnye kita boleh jadi mata dan telinga pada pihak berkuasa..memang ar tnggugjawab diorang jaga hal2 camni tapi ni pun tangggjawab kita gak sebagai rakyat..sape yg suke tngok budak2 kecik mintak derma dari org awam padahal diorang patut ada kat sekolah belajor,masa depan diorang beb..even diorang bukan org Malaysia ke pe tapi budak-budak ni pun ada hak..

Hmm..gitu ar yg trjadi pada hari ni,budak2 pun disuruh carik rezki..aku pun xtau nk ckap pe tp tu ar yg aku nmpak kat area b.bintang tu..mungkin kat tmpat lain pun ada gak benda camni kan..aku cuma gtau pe yg aku nampak je..lets make this world a better place 2 live especially 4 children coz they are the leaders of tomorrow..peace!!

Info terkini tentang Old Town White Coffee



Assalamualaikum...
Saya dan rakan-rakan sering ke cafe Old Town White Coffee duduk minum dan bincang hal business. Bila melihatkan kemajuan perniagaan mereka ada keinginan utk memulakan perniagaan ala franchise seperti syarikat Old Town White Coffee. Rakan kami telah berhubung dan berjumpa dengan pengusaha Old Town White Coffee untuk mendapatkan peluang franchisee daripada syarikat mereka dengan modal sendiri di rumah kedai yg kami miliki di lokasi strategik. Alangkah terkejutnya kami ialah jawapan dari pihak pengusaha franchise tersebut adalah


"KAMI TIDAK BERI PELUANG INI KEPADA ORANG MELAYU ISLAM UNTUK BERNIAGA"


Walhal yang memenuhkan tempat dan saling berkunjung untuk makam minum di cafe ini rata rata kami lihat adalah orang Melayu Islam kita. Kita sering dengar kesama-rataan peluang yang di berikan oleh pihak kerajaan dan sering di tuntut hak mereka oleh bangsa Cina di Malaysia. Dari apa yang kami alami dapat di buat kesimpulan bahawa apa yang bangsa asing pentingkan adalah perniagaan mereka dan monopoli bidang dan menidakan peluang kepada orang Melayu Islam tetapi menuntut hak sama dan membuat untung dari orang Melayu. Lihat lah pekerja mereka semuanya pekerja asing dari Myanmar yang bukan Islam dan tiada pekerja bangsa Melayu Islam di Old Town White Coffee Nasihat kami wahai orang Melayu Islam dan kami sendiri hindarilah dari berkunjung ke Old Town White Coffee kerana mereka bukan memikirkan kejayaan sama bangsa Malaysia tetepi mereka Anti Islam. Fikir-fikir lah...

p/s: Bedah telah dapat kepastian bahawa OLD TOWN WHITE COFFEE cuma dapat sijil halal untuk coffee nya sahaja. Makanan nya tidak lulus maka itu mereka hanya mampu letak "PORK FREE". Wajib kita lebih peka.

Salam

Sumber dari email..

notakaki: Apa-apa pun y`all tepon PPIM dulu untuk sahihkan hal ni supaya korang lebih percaya setelah mendengar maklumbalas dari pihak Persatuan Pengguna Islam. Entri ini bukan bersifat perkauman tetapi memberikan info kepada orang muslim sejagat.

Misteri Lebuhraya KL - JB


Pada hari isnin 9-3-2009 baru ini saya melalui jalan KL ke JB, setibanya di antara Tangkak dan exit Pagoh KM148 kereta yang saya pandu tiba-tiba hilang kawalan, berpusing dan berhenti selepas seketika berpusing di dalam longkang besar di tepi highway tersebut. Mungkin akan ada suara-suara nakal menyatakan saya memandu laju, memang patut la termasuk dalam longkang tetapi semasa kejadian tersebut saya hanya memandu pada 100KM/J sahaja..

Semasa itu, yang bermain difikiran adakah berlaku mechanical failure? tayar pancit ke? atau tayar tidak mencengkam jalanraya akibat waterpool dibahagian tertentu highway tersebut. Alhamdulilah keluarga saya selamat, anak yang sedang bermain dibelakang, dengan izin Allah side cutain terbuka dan menghalang muka anak saya dari terkena cermin tingkap. (Volvo for Life!) Hehehe!

Seketika selepas mengambil gambar kereta saya dan setelah menghubungi polis serta PLUS sebuah kereta Peugeot berwarna Silver dari lane kiri di depan mata saya juga berpusing. Saya nampak dengan jelas kerana ketika itu saya duduk berhampiran dengan kereta anggaran kelajuan kereta tersebut hanyalah 60-70 km/j jer. Anggaran kerosakan hanyalah sekitar RM2000-Rm3000. Adakah kebetulan mechanical failure atau kecuaian saya dan pemandu kereta kedua ini??

Polis penyiasat trafik dari Balai Polis Tangkak sampai...

Ketika saya dan 2 orang adik ipar saya berbual dengan owner kereta yang kedua, sebuah Honda City juga berpusing dan melayang ke arah kami, dalam keadaan yang cemas kami cuba lari dari arah kereta yang datang dan secara spontan terus melompat menyeberang longkang highway tersebut. Keadaan kereta Honda tersebut agak teruk dan casis Honda ringan melayang terus menyeberangi longkang dan melanggar 2 tiang kebun dan diberhentikan oleh pokok-pokok kecil seolah-olah belukar diseberang longkang tersebut. Adik ipar saya cedera akibat terjatuh semasa beliau cuba menyelamatkan diri.

Ketika kami sedang membincangkan perkara-perkara yagn perlu dilakukan selepas kejadian, tiba-tiba sebuah kereta Mercedes Benz juga berpusing dan menghala juga ke arah kami dan sekali lagi nasib menyebelahi kami kerana kereta Merc itu melanggar bahagian belakang kereta Peugeot. 

Pegawai penyiasat trafik terus mengarahkan bomba datang untuk melihat keadaan jalan serta kami diarahkan untuk berdiri jauh dari kawasan kejadian. Jawapan dari pihak bomba, jalan raya tidak berminyak dan mereka terus pergi selepas itu... Camtu jer?

Persoalan yang timbul dipemikiran ialah, adakah betul bahawa jalan tersebut disabotaj oleh tow truck yang cuba mencari keuntungan atau kecuaian dari PLUS yang tidak menyelenggara jalan raya dengan baik atau benarkah dakwaan penduduk Tangkak yang KM 131 - KM 168 mempunyai sesuatu yang aneh? Misteri? Berpenunggu? Entahlah.. apa pun nasihat saya berhati-hatilah bila berada di jalan tersebut.

sumber dari email... (Farhan Haron)

Kertas biru ngan syiling masuk tabung derma kebajikan.. Kertas merah & hijau masuk kat kaunter AF.. Sadisnyer....



Dalam sedar atau tidak, kita banyak berhadapan dengan situasi kehidupan yang mencorak rentak perjalanan hidup kita. Kita mencari rezeki dengan cara masing-masing dengan kelebihan yang diberikan oleh Allah S.W.T, samada kita cukup sifat atau kurang.. terpulang pada diri memasing. Berbeza ngan kehendak & keperluan memasing, kita semua melakukan apa yang perlu untuk meneruskan kehidupan seharian.

Rasa simpati terbit dari lubuk hati aku bile ternampak mereka yang kurang upaya sanggup melakukan kerja yang mungkin tidak pernah kita fikir untuk lakukan.. namun, demi meneruskan kehidupan mereka tanpa rasa segan & malu melakukannya walaupun ada sesetengah orang yang memandang hina & jijik terhadap mereka. Tetapi, bezanya kita dengan orang yang kurang upaya ini mempunyai kekuatan yang tiada tandingannya iaitu satu semangat untuk meneruskan kehidupan yang tiada dalam diri orang yang normal, semangat yang membuatkan mereka bekerja dengan tulus ikhlas demi sesuap nasi & seringkali dijadikan bahan ketawa, hinaan oleh sesetengah individu mengata akan perbuatan orang kurang upaya ini.. 

Ada yang tidak selesa dengan OKU tapi nak buat camne kan? Dah takdir yang menentukan mereka jadi camtu??? Takkan kita nak kutuk-kutuk plak?? Amboi~ Tak sayang mulut tol.. lagi lazer mulut tu dari mulut Azwan! Ade jer yang tak kena di mata orang normal ni bile ternampak OKU nie. Jika OKU ini diberi perhatian, maka satu tindakan yang wajar dapat diambil oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk menangani situasi ini.

Adakalanya perbuatan mereka nampak seperti mengambil kesempatan atas orang lain seperti tiba-tiba datang ke meja makan kita meminta derma dengan bermodalkan tisu tetapi ada yang betul-betul tidak mengganggu ketenteraman kita, jual tisu ke stoking ke kat tepi-tepi jalan contohnya kat area Masjid Jamek. Takpun dorang yang ada bakat tu bermain muzik menghiburkan orang yang lalu-lalang.. Terpulanglah kepada kita samada nak menghulurkan duit atau tak. Tapi adakalanya buat kita confuse tau, ada yang betul-betul OKU & ada plak yang hanya sekadar menyamar jer.. so, nak tolong atau tak terasa serba salah plak. Kang tak bagi lagi serba salah, dah bagi nanti & dapat tau orang tu menyamar jer lagi pasrah. Dan secara automatiknya kita pun dah serik nak menghulurkan bantuan. Tak gitu Raof??


Dalam program tv contohnya Bersamamu.. hanya membantu orang yang terpilih jer ker?? Habis yang dok tepi jalan tu camne? Terbiar sampai mati kat situ buat kerja yang sama?? Berpanas? Berhujan? Kebajikan dorang terjaga ke? Kalau diorang sakit camne?? Daripada menghulurkan bantuan untuk orang-orang yang terpilih kenapa tidak bantu orang-orang kurang upaya ini dari segi tempat untuk berlindung? Oklah, camni.. kalau berlakunya kekecohan di luar negara, dengan sepantas kilatnya kutipan derma dijalankan oleh pelbagai pihak. Aku dengar orang lain plak kata camni, "oh, kalau orang di negara lain boleh plak dibuat kutipan derma yang mencecah ratusan ribu ringgit atau juta tapi kalau orang kita sendiri yang susah, nak mintak derma setakat RM1.00 punyelah payah giler..!" ujar beliau pada aku yang sekadar meminta pandangan. 


Kembali ke tajuk asal, ade gak pihak yang tidak bertanggungjawab sengaja mempergunakan dorang untuk mengaut keuntungan dengan hanya bermodalkan sekeping kertas yang tertulis bantuan untuk persatuan yang ntah pape gamaknye.. serba salah kita dibuatnya bile memikirkannya. Aku sendiri pun pening tapi dalam masa yang sama aku kesian gak ngan dorang.. kenapa arr ade manusia yang sanggup buat kerja camtu kat dorang.. ape agaknya otak dorang fikirkan? Duit?? Duit tu menghancurkan akhlak manusia dan contohnya seperti dorang yang aku katakan tu la!.. Geram tul bile hal camni terjadi..


Memacam kesimpulan yang kita boleh fikirkan bile melihat keadaan ni & aku pun ada tanggapan aku sendiri.. yang penting pada aku, jangan arr suka-suka ati kita menilai orang, lagi pada mereka yang serba kurang dari diri kita ni.. silap2 rezeki yang diorang dapat tu lebih baik & halal dari apa yang kita kerjakan dan usahakan.. ade otak pikirlah, ade hati nilailah dan kalau ade jiwa maka hargailah dan bersyukurlah atas segala nikmat yang diberi..


Motosikal di'banned' dari melalui jalan Bukit Bintang



Apa yang akan berlaku sekiranya pengguna motosikal diharamkan dari memasuki kawasan Bukit Bintang?? Ini adalah antara persoalan yang timbul apabila cadangan ini di utarakan oleh pihak polis kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).Jangan panik.. sebenarnya ia cuma adalah salah satu dari cadangan pihak berkuasa untuk mengekang kegiatan jenayah khususnya ragut yang banyak berlaku di kawasan berkenaan dan ia masih lagi dalam pertimbangan. Disebalik cadangan itu wujud pro dan kontra ke atas kesan yang mungkin terjadi..

Disebabkan nila setitik,rosak susu sebelanga..perumpamaan yang paling sesuai untuk menggambarkan senario tersebut. Oleh kerana peragut banyak menggunakan motosikal untuk melakukan aktiviti haram mereka maka pengguna-pengguna motosikal yang lain yang mencari rezeki halal terkena tempiasnya sekali.Kalau difikirkan secara rasional memang tidak logik untuk mengharamkan penggunaan motosikal di kawasan tersebut kerana ramai yang bekerja di kawasan tersebut turut menggunakan motosikal tetapi oleh kerana banyak kes peragut bermotosikal yang menyebabkan kecederaan serius hingga kepada kematian jadi kesannya terasa kepada semua pengguna motosikal.

Dan seperti yang umum ketahui penggunaan motosikal memudahkan pergerakkan seseorang dari satu tempat ke suatu tempat lain kerana jalan-jalan di bandaraya kita ini selalunya sesak dan "jammed". Itu merupakan satu sebab mengapa ramai pekerja yang bekerja di kawasan berkenaan lebih suka untuk menggunakan motosikal ke tempat kerja mereka. Ini secara tidak langsung dapat menjimatkan masa dan tenaga mereka dan seterusnya waktu yang tidak dibazirkan itu dapat digunakan untuk mereka bekerja.



Sekiranya pengguna motosikal di larang dari memasuki kawasan bandaraya,kemungkinan jenayah ragut ini dapat dibanteras dengan berkesan. Tetapi kemungkinan ia berlaku masih ada kerana tidak semua peragut menggunakan motosikal untuk meragut,cuma pada masa sekarang mereka lebih suka untuk menggunakan motosikal untuk melakukan kegiatan tersebut,mungkin lebih mudah bagi mereka untuk melarikan diri selepas meragut mangsa.

Bermacam-macam spekulasi yang kedengaran tentang isu motosikal ini tetapi sebagai rakyat kita mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat berkenaan sesuatu perkara yang melibatkan diri kita. Kesejahteraan dan ketenteraman setempat amat diperlukan oleh kita semua kerana ia menjamin keselamatan kita sebagai rakyat yang memaju dan memakmurkan negara kita..Segala perkara itu perlu pertimbangan yang adil dan saksama untuk keberkesanan langkah yang di ambil tanpa mendatangkan kesusahan kepada semua pihak yang terlibat..

Kejadian Ragut di Seksyen 13 Shah Alam



Salam semua .........

Pada hari ini, 14 Feb 2009 merupakan tanggal yg amat sukar dilupakan bagi diri saya kerana pertama kalinya saya diragut. Kejadian ini berlaku pada jam lebih kurang 1.30pm di depan restoran Mr.Kaya Kopitiam di seksyen 13 Shah Alam. Kedai makan ini sederet dengan restoran Qaseh, di shop lot belakang Tesco Extra Shah Alam (dahulu Makro.Juga berdekatan dengan Geng cafe & ofis animation Les Copaque.

Kejadian berlaku dgn begitu pantas. Ketika itu saya baru keluar kereta dan ingin melintas jalan utk ke restoran lalu datang sebuah motosikal ditunggang oleh 2 lelaki (disyaki Melayu/Indon) lalu pembonceng tu terus meragut beg saya. Tunang saya cuba merampas balik beg tapi dalam pergelutan itu cuma handphone saya saja jatuh dari beg dan selamat.Kami tak dapat kejar kerana kami cuma berlari dan mereka memecut dengan motor jenama Panther berwarna hitam/merah.

Wang dianggarkan dalam Rm2000 lesap-saya baru dapat wang dari hasil jualan bisnes sampingan saya (menjual wedding gifts. Alhamdulillah saya tak cedera parah,cuma tgn kiri bengkak dan sakit akibat disentap kuat. Tapi ic,lesen,kunci rumah,kunci kereta semua dilarikan. Dah buat laporan polis dan polis bagitau yg di kawasan tu memang selalu berlaku kejadian ragut. Di sini saya nak ingatkan semua supaya berhati2 kerana masalah ekonomi skrg yg tak stabil,mereka2 ini mengambil kesempatan dengan kejam merampas hasil pencarian org lain. Bagi wanita di Shah Alam, jaga2 ketika membawa beg tangan. Hati-hati jika ke kawasan Giant, Tesco Extra seksyen 13. Suspek sekarang sedang mengganas di sekitar kawasan berdekatan stadium shah alam itu.Beringatlah dan berpesan-pesan lah.

Sekian. Wassalam.