Salam semua .........
Pada hari ini, 14 Feb 2009 merupakan tanggal yg amat sukar dilupakan bagi diri saya kerana pertama kalinya saya diragut. Kejadian ini berlaku pada jam lebih kurang 1.30pm di depan restoran Mr.Kaya Kopitiam di seksyen 13 Shah Alam. Kedai makan ini sederet dengan restoran Qaseh, di shop lot belakang Tesco Extra Shah Alam (dahulu Makro.Juga berdekatan dengan Geng cafe & ofis animation Les Copaque.
Kejadian berlaku dgn begitu pantas. Ketika itu saya baru keluar kereta dan ingin melintas jalan utk ke restoran lalu datang sebuah motosikal ditunggang oleh 2 lelaki (disyaki Melayu/Indon) lalu pembonceng tu terus meragut beg saya. Tunang saya cuba merampas balik beg tapi dalam pergelutan itu cuma handphone saya saja jatuh dari beg dan selamat.Kami tak dapat kejar kerana kami cuma berlari dan mereka memecut dengan motor jenama Panther berwarna hitam/merah.
Wang dianggarkan dalam Rm2000 lesap-saya baru dapat wang dari hasil jualan bisnes sampingan saya (menjual wedding gifts. Alhamdulillah saya tak cedera parah,cuma tgn kiri bengkak dan sakit akibat disentap kuat. Tapi ic,lesen,kunci rumah,kunci kereta semua dilarikan. Dah buat laporan polis dan polis bagitau yg di kawasan tu memang selalu berlaku kejadian ragut. Di sini saya nak ingatkan semua supaya berhati2 kerana masalah ekonomi skrg yg tak stabil,mereka2 ini mengambil kesempatan dengan kejam merampas hasil pencarian org lain. Bagi wanita di Shah Alam, jaga2 ketika membawa beg tangan. Hati-hati jika ke kawasan Giant, Tesco Extra seksyen 13. Suspek sekarang sedang mengganas di sekitar kawasan berdekatan stadium shah alam itu.Beringatlah dan berpesan-pesan lah.
Sekian. Wassalam.
5 maklumbalas:
malaysia semakin bahaya... aku pun kena... :(
takotnyee..
lenkali kepit beg kuat2 taw
ko pun kena luffy?? ko kan lelaki?? bawa handbag gak ke??? wahahahahaha! tapi pesan2 la kepada kawan2 ko .. bek beli mende yang ada kejutan elektrik tu .. biar tak berleluasa kejadian macam ni .. kesian kaum2 hawa diperlakukan camtu ..
izzatul .. lenkali bawa beg besar jer... macam beg sekolah tu .. mesti susah dorang nak ragut.. nak berstyle atau nak selamat? pilih mana2 yang seswai
Isu ragut ni sbnrnye da lama.... takan la xdr kesedaran ni...terutama bg glongan wanita tu..pastikan berhati2 bile kuar..
Post a Comment