PPSMI bukan penghapusan bahasa ibunda

Gambar dari blog SMK Betong

Kini, negara kita dihujani dengan pelbagai isu-isu yang cuba dibangkitkan oleh pihak pembangkang. Di antaranya ialah PPSMI yang telah di perkenalkan pada zaman Tun Dr. Mahathir. Entah kenapa isu PPSMI ini dipertikaikan, bagi pandangan penulis sendiri PPSMI dilaksanakan sudah lama kenapa baru sekarang nak digembar-gemburkan oleh pihak pembangkang? Tiada idea dah ke? Ketandusan? Masing-masing ada jawapan sendiri, tak habis dengan masalah gambar tersebar, dari jawatan tinggi turun ke langsung tiada jawatan, skandal itu ini. Tak habis-habis dengan masalah itu, PPSMI pula dipertikaikan? Memang ternyata mereka cukup terrer untuk cuba memadamkan kisah yang tengah hangat supaya rakyat beralih ke perkara lain pulak.

Ape yang berlaku? Edaran risalah Perhimpunan Hapuskan PPSMI diedarkan di Masjid Jamek. Dengan kehadiran beberapa ahli PKR mengedarkan risalah pada orang ramai yang lalu lalang kat situ. Penulis hanya mampu mengelengkan kepala, "tak sudah-sudah mereka ni..". Kenapa nak hapuskan PPSMI? Penulis bertanya kepada seseorang pelajar yang juga sedang menunggu kawannya di situ. "Adik, nak tanya, setuju tak dengan perhimpunan bantahan PPSMI ni?" sambil menghulurkan risalah tersebut. Dibaca dengan teliti kemudian dia menjawab, "Tidak setuju sebab PPSMI ni dilaksanakan demi kebaikan negara kita supaya tidak ketinggalan dalam era pembangunan negara yang selaras dengan wawasan 2020. Kalau dihapuskan, bagaimana kita nak berurusan dengan negara asing yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan dunia? Takkan kita berada di takuk yang lama? Bukankah kita semua ingin maju seperti negara lain tetapi adat, agama dan bangsa tetap terpelihara?" ujar pelajar tersebut.

Penulis kagum, penjelasan yang diberikan bukannya dalam nada gurauan tetapi dari segi kematangan individu tersebut. Yang ditanya hanyalah seorang pelajar yang baru berusia 20`an, kenapa individu-individu yang membantah PPSMI ni tak reti-reti nak fikir untuk masa depan? Apakah mereka hanya tahu nak bantah dan buat perhimpunan saja? Tepuk dada, tanya selera. "Seperti mana yang saya tahu, PPSMI di sekolah tidaklah sesukar yang diperkatakan oleh orang ramai. Dalam kertas soalan exam pun ada opsyen dalam bahasa melayu juga bukan hanya sekadar bahasa inggeris. Idea yang dikemuka oleh Tun Dr. Mahathir ini sebenarnya membantu kita untuk membina matlamat dalam diri kita contohnya kita dah tahu yang PPSMI dilaksanakan disekolah dan kita sebagai pelajar perlu berusaha untuk belajar bukannya bermain dalam kelas diwaktu guru tengah mengajar. Inilah masalahnya sekarang, peratusan pelajar yang datang ke sekolah adalah untuk berjumpa dengan kawan-kawan bergurau senda, bermain dan sebagainya. Soal akademi, bukan 100% fokus pun. Saya sendiri sebagai pelajar berasa tercabar dengan PPSMI dan ini membuatkan saya ingin belajar dan lulus dalam exam Sains dan Matematik!" ujarnya dengan penuh bersemangat.

Jelasnya lagi, "Yang mengadu tidak faham dan sewaktu dengannya itu semua alasan, ini kerana mereka tidak mahu berusaha mendalami subjek berkenaan. Saya sendiri tidak faham kenapa ada sesetengah guru yang membantah PPSMI. Bukankah mereka sepatutnya membantu pelajar memahami subjek tersebut dalam bahasa inggeris? Apakah mereka juga tidak fasih dalam bahasa inggeris? Inilah kelemahan orang-orang kita tidak ingin mencuba sesuatu yang baik demi kebaikan diri sendiri dan juga negara kita. Bahasa ibunda iaitu bahasa melayu masih lagi dijaga, bukannya dihapuskan begitu sahaja. Cuma sekarang ni kita nak lebihkan sedikit pembelajaran bahasa inggeris supaya kita juga mampu menguasai bahasa inggeris tetapi dalam masa yang sama bahasa melayu tetap dijaga dan tidak boleh dilupuskan. Kalau bahasa ibunda kita dihapuskan dengan sewenang-wenangnya, saya juga tidak teragak-agak untuk membantah tindakan seperti itu. Sesuatu cadangan yang dikemukakan oleh pihak kerajaan, perlulah kita fikirkan secara mendalam, apa kesannya? baik atau buruk? Kita mesti berfikir diluar kotak, bukan selama-lamanya kita berada di bawah tempurung".

"Adik ni baru umur 20`an dah pandai berfikir macam orang dewasa. Saya kagum" terus terang penulis mengakui kebenaran itu. "Bukan apa bang, melihat tindakan membantah ini membuatkan saya sendiri hanya mampu mengeluh dan kecewa dengan sikap yang ditonjolkan mereka kepada rakyat. Mana yang saya rasa baik, saya terima dan yang buruk saya ketepikan daripada diri saya". Begitulah perbualan penulis dengan pelajar tersebut. Usia baru setahun jagung tetapi berceloteh mengalahkan remaja yang lebih tua daripadanya (bukan penulis. Hehe!) Jadi, kita renungkanlah sendiri apakah wajar PPSMI dihapuskan? Yang terjadi cuba disembunyikan, yang baik di tonjolkan sangat.

2 maklumbalas:

Shitsurei Shimashita said...

bagus semangat pemuda tu, sapa cakap salah belajar Sains & Matematik dlm apa jua bahasa. Namun, dari segi sudut perlaksanaannya dan kesannya tidak dititiberatkan.
Jika benar ingin membantu meningkatkan minat dan mutu BI pelajar, jgn adakan soalan dwibahasa, ini tidak telus dan bagus. Sebenarnya sistem pendidikan kita tidak mengajar para pelajar penghayatan sesuatu ilmu tu.

Gerrard said...

shitsurei .. actually PPSMI ni mmg bagus bagi membantu meningkatkan lagi tahap pendidikan negara kita tapi apakan daya orang ramai yang membantah perlaksanaan PPSMI ini tidak memikirkan sudut positif.. dan malang sekali mereka menyangkakan PPSMI ini bertujuan utk menghapuskan bahasa ibunda kita sedangkan ia sebenarnya membantu pelajar2 utk berjaya dalam apa jua bidang yang melibatkan penggunaan bahasa inggeris.. dan lagi malangnya pihak pembangkang mengambil kesempatan ini meracuni orang ramai bahwa PPSMI ni adalah usaha kerajaan yang ingin menghapuskan bahasa melayu. Begitu teruknya pendekatan yang diambil oleh pembangkang. Soal pendidikan tidak seharusnya di bawa masuk dalam arena politik.