Salam sejahtera.. Halamak~ Lame tak update berhabuk lak sarang lelabah sana sini. :p
Sekarang ni newspaper dunia heboh sal peperangan Israel vs Palestin dan kesannya ramai yang terbunuh, terjatuh, terjelopok, termuntah & pelbagai lagi 'ter'nya. Namun majoriti melahirkan rasa kesal yang tak berbelah bagi akan kekejam rejim zionis itu. Perasaan kesal, simpati, geram & sebagainya itu tersampai ke kat mangsa-mangsa peperangan itu? Maksud saya, segelintir manusia hanya mampu melahirkan perasaan sedemikian tetapi tidak mahu bertindak melakukan sesuatu untuk membantu mereka yang dizalimi itu. Jadi, ingin saya katakan:
SIMPAN JER RASA KESIAN NKORG TU KALAU XDE HATI NAK BANTU
Haaa~ janganlah kome-kome semua jadik camtuh! Kalau kesian kena ikhtiarkan cara utk bantu mereka. Derma ker & pelbagai lagi yang boleh dilakukan, kalau derma pun hati kena ikhlas. Kalau tak ikhlas tak kesampaian pahala tu. Tu la si biru (Duit kertas seringgit) asek dok cerita kat si hijau ngan merah (RM5 & RM10) yang dia asek dok pergi tabung derma jer. Logik kan? Orang sekarang ni berkira sangat bile nak menderma. Dermalah RM50 ker, RM100 ker, RM23 ker, setakat RM1 amboi, kedekot tol hang ngan dunia neh?! Bagi yang berkenaan jer laa...
Alamak!? Tu bukan cerita asal, tu sampingan jer. Maaf deh~ hahahahaa! :p
Tak nak kupas dulu tentang isu peperangan besi ni, actually nak discuss tentang pelajar sekolah ponteng then pergi dok kat Cyber Cafe. Bace tak paper utusan Malaysia hari ni? Dalam muka surat Berita Dalam Negeri. Isu pelajar lepak/ponteng di 'CC' ni dah lama sebenarnya, masih ingat lagi di sekitar tahun 2002 kalau tak silap, undang-undang menangkap pelajar yang ponteng di Cyber Cafe ini telah pun dijalankan. Sebelum tu, memang ramai gak pelajar yang ponteng pergi dok kat Cyber Cafe, main game Counter Strike, Starcraft, Tiberian Sun, Red Alert & sebagainya. Penggunaan internet takde plak? Jadi golongan remaja ini hanya focus pada gaming sahaja hinggalah ke hari ini.
DARI DULU ASEK GAME JER.. KEMUDIAN...
Setelah undang-undang penangkapan ni dikuatkuasakan, memang lengang seketika premis perniagaan internet diseluruh negara. Tetapi tidak lama selepas tu, pelajar ni kembali mengisi ruang yang ada di Cyber Cafe. Haih?! Sekejap jer undang-undang dikuatkuasakan, ada tarikh luput ker? Barangkali sudah tidak terdaya nak melarang anak-anak muda yang tidak reti nak menghargai & mendengar pesanan ibu bapa mereka. Yang turut menjadi masalah, pengusaha premis perniagaan juga tidak bertanggungjawab terhadap pekara ini. Hanya sekadar mementingkan keuntungan tanpa menghiraukan masa depan anak-anak muda yang boleh dijadikan bakal pemimpin negara pada masa hadapan. Agaknya tokey kedai tu nak anak dia jadi camtu gak kot?
BAGAIKAN CENDAWAN TUMBUH SELEPAS HUJAN
Sekarang ni lagi teruk, Cyber Cafe bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. (Asek cendawan jer) Heee! :p Kini bukan tertumpu pada golongan pelajar sekolah, orang tua, pemuda pemudi yang berusia 25 ke atas turut menjadi sasaran Cyber Cafe yang berlindung disebalik premis seperti restaurant. Di depan Restaurant, dibelakang perjudian dijalankan, mesin-mesin Jackpot dan pelbagai lagi disediakan dalam jumlah yang banyak. Saya pernah termasuk ke Cyber Cafe yang sebegitu rupa, ingatkan nak buat assignment untuk kursus kat Cyber Cafe yang bertempat di kawasan Chow Kit yang berdekatan dengan Kuala Lumpur International Hotel rupa-rupanya pusat perjudian! HISH! BENCI BETOL AKU MENJEJAKI TEMPAT ITU! pihak berkuasa terlepas pandang ke akan tempat sebegini yang begitu terang beroperasi di kawasan Chow Kit? atau pihak berkuasa pun tidak berani?
ORG LAIN BUAT, ORG YG TAK BERSALAH PLAK MENANGGUNG
Letih plak nak ulas pepanjang, cenggini jerlah, disebabkan mahkluk-mahkluk yang suke ponteng ni, Cyber Cafe di klasifikasikan sebagai tempat yang merosakkan minda anak muda. Orang kata, "tu tempat dorang tengok benda-benda lucah.." itu baru orang kata. Kita sendiri kata ape? Perspektif kita pada sesuatu pekara seperti ini sudah tentu lagi negatif. Terkena plak kat remaja yang tidak 'rosak', tak pepasal dorang pun kena gak tempias. Orang lain yang buat, yang tak buatnya menanggung berat tomahan orang. Majoriti mengatakan mereka tidak mampu memiliki komputer peribadi oleh itu Cyber Cafe dijadikan tumpuan utk melakukan segala kerja-kerja yang diberikan.
NAK RAKYAT CELIK I.T TAPI XDE PUN USAHA NAK BANTU
Betol gak, komputer skg ni mahal + internet lagi dah beratus ringgit nak kena bayar. Camne nak dorong anak muda celik I.T? Kalaulah boleh, turunkan harga sesebuah komputer utk memudahkan golongan remaja memiliki komputer peribadi. Untuk mengelakkan Pelajar sekolah ponteng di Cyber Cafe, pengusaha premis haruslah menghalang mereka memasuki premis ketika waktu persekolahan & kenakan caj yang tinggi pada mereka yang ingin menggunakan internet utk menyekat keinginan mereka melayari web yang tidak elok. Well, duit poket pelajar mak bapak yang bagi, tak mampu tak payahlah surf. Penguatkuasa pulak kena kerja lebih keras lagi, tingkatkan usaha dalam mengesan premis-premis yang menjalankan perniagaan perjudian tanpa lesen ini. Tegaskan undang-undang, naikkan lagi harga saman. RM2000 tak takut la dorg, cuba letak RM150000.00, berani lagi ke dorg buat?? Tak dapat bayar, sumbat dalam jail.
SEBULAT SUARA KITA MAMPU MENGUBAHNYA
Itu antara pendapat dan cadangan saye.. Siapa nak bangkang, dipersilakan sebab bukan hanya saya jer yang wujud di dunia nyata ini. Oleh itu, sile suarakan pandangan anda mengenai isu ini.
15 maklumbalas:
harga komputer murah memang best. tapi rasanya pemantauan dan kerjasama pemilik cc tu amat penting
bozzo pon dulu main game gak masa sekolah sampai ke tua nih pon still main game gak, tapi tak ponteng sekolah...mak bapak kenala main peranan, jgn percaya sgt kat anak2...aku dulu klu tak gi ngaji bapak aku baling ngan kayu api...pas ngaji nak mandi sungai takpe...teringat masa kecik2 dulu...
duit raja sgl tindak-tanduk manusia.. huhu.. keruntuhan moral hal x penting dah...
salam ziarah..
ya, sama sekali tujuan si peniaga itu tersasar jauh..daripada untuk kemanfaatan jadi keuntungan. tapi, tak dipertimbangkan dahulu..remaja pula sememangnya suka berpeleseran..itu hakikat..penguasa pula, hanya hangat untuk seketika..masyarakat pula, hanya tahu membuta..
mR Monkey .. kalaulah Pemilik Premis Cyber Cafe tu rajin membuat pantauan, sudah pasti takkan berlakunya gejala yang tidak elok seperti itu .. tapi WANG mengaburi mata mereka .. tu yang mengecewakan..
dakjaat, sebenarnya memang boleh di sekat mana2 web yang berunsurkan benda2 lucah dan sebagainya.. tapi, bagi mereka jika disekat web2 tersebut, pelanggan tidak akan datang lagi ke premis mereka. Dalam soal ini, pemilik premis cyber cafe rata2nya mementingkan keuntungan sahaja...
Hahaa! bukan tak boleh menaruh kepercayaan pada anak, ibu bapa sepatutnya mendidik anak mereka dengan cara yang betul, bukannya mementingkan kerjaya sehingga mengabaikan kasih sayang pada anak2 mereka.. Bile terjadinya perkara yang tidak diingini barulah mereka menyesal tak sudah2... biasanya manusia memang macam tu .. takkan berfikir ketika melakukan suatu pekara sehingga ianya mengundang bala pada diri sendiri ..
wang sekarang semakin merosakkan akhlak manusia, benar kata Jard. Soal keruntuhan moral tidak lagi penting, wang adalah penting daripada segala2nya bagi mereka yang tidak mengetahui kesan dari 'cinta' kepada wang yang menghancurkan pendirian manusia.. Sayang sekali, tak ramai yang menyedari hal ini.
setuju sangat2 dengan kenyataan eleeyana .. =) remaja skg ni takde yang nak duduk kat rumah, rata2 mereka keluar bergaul melepak dengan kawan2 sebaya sehingga ada yang terpengaruh melakukan jenayah. Pihak penguasa pulak, hanya hangat pada masa isu dilaporkan, pabila tiada yang mengadu pihak penguasa terus senyap. Kenapa tidak dijalankan terus tugas2 sedemikian? Mungkin dijalankan tetapi hanya segelintir sahaja yang melakukannya.Masyarakat hanya tahu mengatakan "ala.. budak2 biasa la tu"
Sekurang2nya merasa kasihan dan simpati adalah sifat yang terpuji dari buat dont know aje.
Klu diberi mahu juga join Hammas tu.
Klu teller atau pekedai yang kuang ajar pun kita marah sampai kuar ayat "g mampos" ni kan pula saudara sendiri mati dibunuh.. x pe islam pasti akan menang!
pemilik cc tu tak halang sebab tu keuntungan diorang.
budak2 masuk c2 bukan free pun.
haruslah diorang suka2 keriangan bila org nk untungkan cc tu.
tp yang i pelik lg tu.
ada comp kat umah pon (dgn internet),
still nak berjalan kat cc.
ntah pape.
tu lah namanya budak2 skolah.
eh oh ya :)
sorry ya lambat buat kunjungan balas hehe
Salamng. Rindu lak kawang ngan blogger-blogger wilayah. Apa khabar semua? Le ning dak cukup tido deh..Hok penting lawang mehti lawang..Hidup Be Eng!!!!!
http://ganukitedehguanogok.blogspot.com
civic!! komen tentang ape tu? hoh! :P
hello ganukitedeh .. :-}
Yonna, ada pc di rumah tapi adanya pengawasan daripada ibu bapa itu yang membuatkan anak mereka terasa tidak bebas dengan kawal sebegitu lantas membuatkan anak2 mereka mencari suatu tempat yang lain dimana kebebasan mereka melayari internet tidak di halang sepenuhnya iaitu CC ..
pabila sampai di CC .. maka dorang buka la web itu ini tanpa had dan pemantauan daripada pemilik CC tersebut dimana seperti kata Yonna yang pemilik CC hanya mementingkan keuntungan pada masa ini. Ya .. nilai moraliti manusia kini sudah tidak penting lagi .. apa yang penting skg adalah wang dan wang itu yang membuatkan manusia2 yang tidak tahu kesan keburukan dari wang itu boleh membinasakan minda anak2 kecil yang sepatutnya memimpin negara kita pada masa akan datang hancur camtu jer .. tak bertanggungjawab langsung perbuatan mereka..
Post a Comment