Motosikal di'banned' dari melalui jalan Bukit Bintang



Apa yang akan berlaku sekiranya pengguna motosikal diharamkan dari memasuki kawasan Bukit Bintang?? Ini adalah antara persoalan yang timbul apabila cadangan ini di utarakan oleh pihak polis kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).Jangan panik.. sebenarnya ia cuma adalah salah satu dari cadangan pihak berkuasa untuk mengekang kegiatan jenayah khususnya ragut yang banyak berlaku di kawasan berkenaan dan ia masih lagi dalam pertimbangan. Disebalik cadangan itu wujud pro dan kontra ke atas kesan yang mungkin terjadi..

Disebabkan nila setitik,rosak susu sebelanga..perumpamaan yang paling sesuai untuk menggambarkan senario tersebut. Oleh kerana peragut banyak menggunakan motosikal untuk melakukan aktiviti haram mereka maka pengguna-pengguna motosikal yang lain yang mencari rezeki halal terkena tempiasnya sekali.Kalau difikirkan secara rasional memang tidak logik untuk mengharamkan penggunaan motosikal di kawasan tersebut kerana ramai yang bekerja di kawasan tersebut turut menggunakan motosikal tetapi oleh kerana banyak kes peragut bermotosikal yang menyebabkan kecederaan serius hingga kepada kematian jadi kesannya terasa kepada semua pengguna motosikal.

Dan seperti yang umum ketahui penggunaan motosikal memudahkan pergerakkan seseorang dari satu tempat ke suatu tempat lain kerana jalan-jalan di bandaraya kita ini selalunya sesak dan "jammed". Itu merupakan satu sebab mengapa ramai pekerja yang bekerja di kawasan berkenaan lebih suka untuk menggunakan motosikal ke tempat kerja mereka. Ini secara tidak langsung dapat menjimatkan masa dan tenaga mereka dan seterusnya waktu yang tidak dibazirkan itu dapat digunakan untuk mereka bekerja.



Sekiranya pengguna motosikal di larang dari memasuki kawasan bandaraya,kemungkinan jenayah ragut ini dapat dibanteras dengan berkesan. Tetapi kemungkinan ia berlaku masih ada kerana tidak semua peragut menggunakan motosikal untuk meragut,cuma pada masa sekarang mereka lebih suka untuk menggunakan motosikal untuk melakukan kegiatan tersebut,mungkin lebih mudah bagi mereka untuk melarikan diri selepas meragut mangsa.

Bermacam-macam spekulasi yang kedengaran tentang isu motosikal ini tetapi sebagai rakyat kita mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat berkenaan sesuatu perkara yang melibatkan diri kita. Kesejahteraan dan ketenteraman setempat amat diperlukan oleh kita semua kerana ia menjamin keselamatan kita sebagai rakyat yang memaju dan memakmurkan negara kita..Segala perkara itu perlu pertimbangan yang adil dan saksama untuk keberkesanan langkah yang di ambil tanpa mendatangkan kesusahan kepada semua pihak yang terlibat..

5 maklumbalas:

Kapten Luffy said...

picture tu eksludif ko punya ker ganas sungguh... padan muka

Gerrard said...

picture tu sumber dari email .. aku ingatkan dia mangsa.. tengok2 dia tu peragut sebenarnya .. dah berdarah teruk macam tu mesti dah kena belasah .. hahahaha! padan muke.. ingat rakyat Msia ni tak prihatin ke??

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

sapekah gerangan encik siong ini sebenornye, ye..? hmm..

Gerrard said...

ngehehehehe! tak tau la tu .. hahahaha! ;p

soutulmujahid.com said...

salam...

kenapa dengan mamat muka berdarah tu?? peragut ke? x paham sebab xde penerangan gambar