Showing posts with label Israel. Show all posts
Showing posts with label Israel. Show all posts

Article yang orang dah ada..

JOM DERMA ! ! ! !

Article sama jer kan?? rata-rata semua blog sudah pun mengulas mengenai perang di antara Israel dengan Palestin. Sebelum ni khabar angin mengatakan Israel akan berperang ganas dengan Iraq namun Palestin pula yang menjadi sasaran kali ini. Sebab apa? Sendiri sudah tahu, apa-apa pun Israel ni memang kejam tak berperikemanusiaan langsung. Jadi, semalam dalam Bulettin Utama TV3 ada menyiarkan pembangkang mencadangkan gaji kerajaan dipotong RM1.00 atau RM2.00 untuk didermakan kepada rakyat Palestin yang menderita teruk ekoran dari peperangan itu. Ya, setuju dengan cadangan tersebut (eEe.. Bernas juga cadangan pembangkang.. Hehe!) Kenapa setuju? Nak harapkan orang derma? Umph!! dah cakap 2 3 kali pun takde nak hulur, better buat macam tu lagi senang. Tak payah susah-susah, senang cerita jer. RM1/2 tu bukannya banyak, jangan pula ada orang yang mempertikaikan hal ini. Orite?! ;-}

LAGI TENTANG BOIKOT!

Nak ceriterari tentang boikot barangan Israel dan United States of America ni, adalah payah juga nak boikot barangan ini sebab kesannya pada Israel dan U.S.A bukannya seteruk mana pun. Kecil jer kesannya (orang kata, bukan saya kata) contohnya seperti Starbucks, memang kepunyaan Israel tapi Di RUN oleh perniaga di Malaysia. Kalau nak boikot juga, kesannya akan terkena pada Malaysia juga, ada logik kata pengerusi Starbucks ni. Najib kata nak boikot atau tak itu terpulang pada individu. Takde paksaan, buatlah dengan rela hati dan tak sanggup buat tu buatlah macam biasa je.

KATE NAK BOIKOT TAPI BEKERUMUN KAT MACDONALD ETC!

Ni nak cerita sikit, sikit jer tak banyak mane pun. Sana sini orang suruh kita boikot barangan yahudi dan America tapi orang masih juga berkerumun di MacDonald, KFC, Starbucks dan masih lagi menggunakan barangan keluaran 2 negara tersebut. Ni nak perjelaskan camne? camne nak explain? camne nak bantu Palestin? Bukan ke sepatutnya dari dulu lagi rakyat Malaysia memboikot barangan dari Israel sebab sudah diketahui semua yang sesuatu produk itu diperbuat oleh manusia-manusia berbangsa Yahudi itu? Nak kata orang ramai tak bersepakat tak boleh juga. Kecewanyer ...

Lagi² pelajar ponteng sekolah.

Salam sejahtera.. Halamak~ Lame tak update berhabuk lak sarang lelabah sana sini. :p

Sekarang ni newspaper dunia heboh sal peperangan Israel vs Palestin dan kesannya ramai yang terbunuh, terjatuh, terjelopok, termuntah & pelbagai lagi 'ter'nya. Namun majoriti melahirkan rasa kesal yang tak berbelah bagi akan kekejam rejim zionis itu. Perasaan kesal, simpati, geram & sebagainya itu tersampai ke kat mangsa-mangsa peperangan itu? Maksud saya, segelintir manusia hanya mampu melahirkan perasaan sedemikian tetapi tidak mahu bertindak melakukan sesuatu untuk membantu mereka yang dizalimi itu. Jadi, ingin saya katakan:

SIMPAN JER RASA KESIAN NKORG TU KALAU XDE HATI NAK BANTU

Haaa~ janganlah kome-kome semua jadik camtuh! Kalau kesian kena ikhtiarkan cara utk bantu mereka. Derma ker & pelbagai lagi yang boleh dilakukan, kalau derma pun hati kena ikhlas. Kalau tak ikhlas tak kesampaian pahala tu. Tu la si biru (Duit kertas seringgit) asek dok cerita kat si hijau ngan merah (RM5 & RM10) yang dia asek dok pergi tabung derma jer. Logik kan? Orang sekarang ni berkira sangat bile nak menderma. Dermalah RM50 ker, RM100 ker, RM23 ker, setakat RM1 amboi, kedekot tol hang ngan dunia neh?! Bagi yang berkenaan jer laa...

Alamak!? Tu bukan cerita asal, tu sampingan jer. Maaf deh~ hahahahaa! :p

Tak nak kupas dulu tentang isu peperangan besi ni, actually nak discuss tentang pelajar sekolah ponteng then pergi dok kat Cyber Cafe. Bace tak paper utusan Malaysia hari ni? Dalam muka surat Berita Dalam Negeri. Isu pelajar lepak/ponteng di 'CC' ni dah lama sebenarnya, masih ingat lagi di sekitar tahun 2002 kalau tak silap, undang-undang menangkap pelajar yang ponteng di Cyber Cafe ini telah pun dijalankan. Sebelum tu, memang ramai gak pelajar yang ponteng pergi dok kat Cyber Cafe, main game Counter Strike, Starcraft, Tiberian Sun, Red Alert & sebagainya. Penggunaan internet takde plak? Jadi golongan remaja ini hanya focus pada gaming sahaja hinggalah ke hari ini.

DARI DULU ASEK GAME JER.. KEMUDIAN...

Setelah undang-undang penangkapan ni dikuatkuasakan, memang lengang seketika premis perniagaan internet diseluruh negara. Tetapi tidak lama selepas tu, pelajar ni kembali mengisi ruang yang ada di Cyber Cafe. Haih?! Sekejap jer undang-undang dikuatkuasakan, ada tarikh luput ker? Barangkali sudah tidak terdaya nak melarang anak-anak muda yang tidak reti nak menghargai & mendengar pesanan ibu bapa mereka. Yang turut menjadi masalah, pengusaha premis perniagaan juga tidak bertanggungjawab terhadap pekara ini. Hanya sekadar mementingkan keuntungan tanpa menghiraukan masa depan anak-anak muda yang boleh dijadikan bakal pemimpin negara pada masa hadapan. Agaknya tokey kedai tu nak anak dia jadi camtu gak kot?

BAGAIKAN CENDAWAN TUMBUH SELEPAS HUJAN

Sekarang ni lagi teruk, Cyber Cafe bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. (Asek cendawan jer) Heee! :p Kini bukan tertumpu pada golongan pelajar sekolah, orang tua, pemuda pemudi yang berusia 25 ke atas turut menjadi sasaran Cyber Cafe yang berlindung disebalik premis seperti restaurant. Di depan Restaurant, dibelakang perjudian dijalankan, mesin-mesin Jackpot dan pelbagai lagi disediakan dalam jumlah yang banyak. Saya pernah termasuk ke Cyber Cafe yang sebegitu rupa, ingatkan nak buat assignment untuk kursus kat Cyber Cafe yang bertempat di kawasan Chow Kit yang berdekatan dengan Kuala Lumpur International Hotel rupa-rupanya pusat perjudian! HISH! BENCI BETOL AKU MENJEJAKI TEMPAT ITU! pihak berkuasa terlepas pandang ke akan tempat sebegini yang begitu terang beroperasi di kawasan Chow Kit? atau pihak berkuasa pun tidak berani?

ORG LAIN BUAT, ORG YG TAK BERSALAH PLAK MENANGGUNG

Letih plak nak ulas pepanjang, cenggini jerlah, disebabkan mahkluk-mahkluk yang suke ponteng ni, Cyber Cafe di klasifikasikan sebagai tempat yang merosakkan minda anak muda. Orang kata, "tu tempat dorang tengok benda-benda lucah.." itu baru orang kata. Kita sendiri kata ape? Perspektif kita pada sesuatu pekara seperti ini sudah tentu lagi negatif. Terkena plak kat remaja yang tidak 'rosak', tak pepasal dorang pun kena gak tempias. Orang lain yang buat, yang tak buatnya menanggung berat tomahan orang. Majoriti mengatakan mereka tidak mampu memiliki komputer peribadi oleh itu Cyber Cafe dijadikan tumpuan utk melakukan segala kerja-kerja yang diberikan.

NAK RAKYAT CELIK I.T TAPI XDE PUN USAHA NAK BANTU

Betol gak, komputer skg ni mahal + internet lagi dah beratus ringgit nak kena bayar. Camne nak dorong anak muda celik I.T? Kalaulah boleh, turunkan harga sesebuah komputer utk memudahkan golongan remaja memiliki komputer peribadi. Untuk mengelakkan Pelajar sekolah ponteng di Cyber Cafe, pengusaha premis haruslah menghalang mereka memasuki premis ketika waktu persekolahan & kenakan caj yang tinggi pada mereka yang ingin menggunakan internet utk menyekat keinginan mereka melayari web yang tidak elok. Well, duit poket pelajar mak bapak yang bagi, tak mampu tak payahlah surf. Penguatkuasa pulak kena kerja lebih keras lagi, tingkatkan usaha dalam mengesan premis-premis yang menjalankan perniagaan perjudian tanpa lesen ini. Tegaskan undang-undang, naikkan lagi harga saman. RM2000 tak takut la dorg, cuba letak RM150000.00, berani lagi ke dorg buat?? Tak dapat bayar, sumbat dalam jail.

SEBULAT SUARA KITA MAMPU MENGUBAHNYA

Itu antara pendapat dan cadangan saye.. Siapa nak bangkang, dipersilakan sebab bukan hanya saya jer yang wujud di dunia nyata ini. Oleh itu, sile suarakan pandangan anda mengenai isu ini.