Showing posts with label Swasta. Show all posts
Showing posts with label Swasta. Show all posts

Institut Jantung Negara Diswastakan?

PANDANGAN RAKYAT PENTING TENTUKAN MASA DEPAN IJN

IJN diswastakan, majoriti rakyat Malaysia membantah sekeras-kerasnya cadangan itu tetapi ada juga yang bersetuju dengan cadangan tersebut. Semalam Siong bertanyalah kepada seseorang individu tentang penswastaan IJN, "IJN? Company ape tu?" katanya. Uerkk?! Masih ada lagi orang yang tidak mengenali IJN. Bila diterangkan tentang IJN barulah beliau faham, dan inilah jawapannya, "aku setuju sangat-sangat IJN diswastakan sebab mungkin lepas ni lebih ramai lagi yang mengenali IJN seperti hospital-hospital swasta yang lain walaupun bayarannya agak mahal tetapi perkhidmatan mereka adalah yang terbaik." jawabnya dengan penuh keyakinan.

Siong bersetuju juga dengan kata-katanya, hospital-hospital swasta ini memang memberikan perkhidmatan yang memuaskan hati pelanggannya. Sambungnya lagi, "Dulu aku selalu gak pegi klinik kerajaan/hospital kerajaan, nak menunggu giliran tu memang lama sangat berbanding dengan swasta aku cume menunggu kurang dari 30 minit jer. Kalau IJN diswastakan dan jaminan khidmat sosial perubatan jantung kepada golongan miskin dikekalkan, aku rasa tiada masalah untuk kita semua" terangnya. Yang membimbangkan orang ramai sekarang apakah benar pihak Sime Darby akan mengekalkan khidmat sosialnya pada golongan miskin?

Kenapa Sime Darby tidak membuat IJNnya sendiri daripada mereka mengambil alih 51% IJN yang sedia ada? Bimbang dengan penjenamaan yang mengambil masa yang lama? Habis tu IJN yang sedia ada ini juga mengambil masa yang lama tapi dapat pula kekal hingga ke hari ini? Apa yang menjadi pemasalahan pada Sime Darby? Kalaulah penswastaan ini benar-benar dilaksanakan adakah kos perkhidmatan, hak keistimewaan penjawat awam di IJN masih dikekalkan? Itulah yang menjadi persoalan disetiap minda rakyat, mereka mengaut keuntungan manakala rakyat menanggung kesengsaraan.

Nampak sahaja yang perlaksanaan ini mudah kerana dipenuhi dengan syarat-syarat pengekalan perkhidmatan yang sedia ada untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan. Andaikan pekara ini dilaksanakan, apa lagi yang golongan kurang berkemampuan ini akan jual? Harta benda sudah pasti dijual, segala barang-barang perhiasan seperti barang kemas mahupun barang keperluan pasti akan digadai demi menyelamatkan nyawa ahli keluarga atau orang tersayang. Kalau sudah tiada apa yang hendak digadaikan, apa lagi yang mereka hendak gadaikan? Organ badan sendiri? Jual maruah diri? dan lain-lain? Satu cadangan perlaksanaan sahaja sudah mampu menimbulkan kesusahan orang ramai jika sesuatu perlaksanaan ini tidak mengambil kira akan kepentingan orang ramai. Kita serulah kepada kerajaan agar tidak melaksanakan cadangan penswastaan Institut Jantung Negara ini..