Institut Jantung Negara Diswastakan?

PANDANGAN RAKYAT PENTING TENTUKAN MASA DEPAN IJN

IJN diswastakan, majoriti rakyat Malaysia membantah sekeras-kerasnya cadangan itu tetapi ada juga yang bersetuju dengan cadangan tersebut. Semalam Siong bertanyalah kepada seseorang individu tentang penswastaan IJN, "IJN? Company ape tu?" katanya. Uerkk?! Masih ada lagi orang yang tidak mengenali IJN. Bila diterangkan tentang IJN barulah beliau faham, dan inilah jawapannya, "aku setuju sangat-sangat IJN diswastakan sebab mungkin lepas ni lebih ramai lagi yang mengenali IJN seperti hospital-hospital swasta yang lain walaupun bayarannya agak mahal tetapi perkhidmatan mereka adalah yang terbaik." jawabnya dengan penuh keyakinan.

Siong bersetuju juga dengan kata-katanya, hospital-hospital swasta ini memang memberikan perkhidmatan yang memuaskan hati pelanggannya. Sambungnya lagi, "Dulu aku selalu gak pegi klinik kerajaan/hospital kerajaan, nak menunggu giliran tu memang lama sangat berbanding dengan swasta aku cume menunggu kurang dari 30 minit jer. Kalau IJN diswastakan dan jaminan khidmat sosial perubatan jantung kepada golongan miskin dikekalkan, aku rasa tiada masalah untuk kita semua" terangnya. Yang membimbangkan orang ramai sekarang apakah benar pihak Sime Darby akan mengekalkan khidmat sosialnya pada golongan miskin?

Kenapa Sime Darby tidak membuat IJNnya sendiri daripada mereka mengambil alih 51% IJN yang sedia ada? Bimbang dengan penjenamaan yang mengambil masa yang lama? Habis tu IJN yang sedia ada ini juga mengambil masa yang lama tapi dapat pula kekal hingga ke hari ini? Apa yang menjadi pemasalahan pada Sime Darby? Kalaulah penswastaan ini benar-benar dilaksanakan adakah kos perkhidmatan, hak keistimewaan penjawat awam di IJN masih dikekalkan? Itulah yang menjadi persoalan disetiap minda rakyat, mereka mengaut keuntungan manakala rakyat menanggung kesengsaraan.

Nampak sahaja yang perlaksanaan ini mudah kerana dipenuhi dengan syarat-syarat pengekalan perkhidmatan yang sedia ada untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan. Andaikan pekara ini dilaksanakan, apa lagi yang golongan kurang berkemampuan ini akan jual? Harta benda sudah pasti dijual, segala barang-barang perhiasan seperti barang kemas mahupun barang keperluan pasti akan digadai demi menyelamatkan nyawa ahli keluarga atau orang tersayang. Kalau sudah tiada apa yang hendak digadaikan, apa lagi yang mereka hendak gadaikan? Organ badan sendiri? Jual maruah diri? dan lain-lain? Satu cadangan perlaksanaan sahaja sudah mampu menimbulkan kesusahan orang ramai jika sesuatu perlaksanaan ini tidak mengambil kira akan kepentingan orang ramai. Kita serulah kepada kerajaan agar tidak melaksanakan cadangan penswastaan Institut Jantung Negara ini..

18 maklumbalas:

bozzobattousai said...

harap2 hak keistimewaan pekerja2 kerajaan dikekalkan...harga pon jgn la naik tinggi sgt...

Siong Berantai said...

itupun kalau sime darby setuju dengan syarat2 yang diberikan akan tetapi ianya mampu bertahan sampai bila? itu yang menjadikan persoalan .. jangan suatu masa nanti harga perkhidmatan IJN naik dengan mendadak...

en_me said...

hi bro.. thanx singgah2 jenguk2 komen2 blog me yg ittewww.. salammmz

The Spiral Eyes said...

sila la jadi peminat pasa sanda..lalalal

Faisal Admar said...

IJN tak patut diswastakan.
takkan kerajaan habis terus duit kot?
pembangunan boleh pula?
tapi untuk kesihatan dan kebajikan tak boleh subsidi?
85 billion kutipan cukai tak cukup lagi ke?
kalau semua nak buat swasta, baik general hospital pun takyah buat.
swasta kan semua senang.
bagi orang yang ada duit senang la cakap, macam mana bagi orang yang tak ada duit?
langit tak selalu cerah dan bila kita di bawah, maybe masa tu baru kita sedar :)

theconfused said...

salam kenal juga..... :)

kakitangan IJN antara yg mewah berbanding penjawat awam lain, mungkin kemudahan-kemudahan itu boleh dikelkan oleh S.Darby..

tapi persoalan samada perkhidmatan kepada golongan misking dikekalkan atau tak yang patut kita risaukan. Kos pembiayaan perubatan kardiak antara kos yang tertinggi.. hmm... walaupun kita tak pernah claim kita negara kebajikan yang mengikut dasarnya perlu memberikan perkhidmatan kesihatan secara keseluruhan, tetapi rakyat kita masih ramai yang tak mampu haat nak beli panadol sendiri kat kedai..

tuh pandangan dangkal sayalahh...

Siong Berantai said...

haa.. sama2 diucapkan mr en_me.. selalu2 ek dtg jenguk. . baling2 komen ke ape.. huks!

Siong Berantai said...

The Spiral Eye.. pasa sanda tu sape? kuikuikui! =P

Siong Berantai said...

penswastaan IJN tidak mendatangkan masalah pada golongan yang berada .. memang betul kata Faisal.. utk pembangunan boleh pula kan? .. sama2 kita semua menyeru kepada kerajaan agar IJN tidak di swastakan ... bantulah rakyat.. ambil keputusan sebulat suara..

Siong Berantai said...

ya .. sudah semestinya kakitangan IJN yang mendapat lebih hak keistimewaan berbanding dengan penjawat awam yang lain.. (biasanyalah..)

seperti apa yang diceritakan di dada akhbar .. sime darby akan mengekalkan hak keistimewaan kepada golongan miskin.. mereka berani menjamin ianya tidak akan sesekali berubah .. tetapi .. selama manakah ianya akan bertahan? kalau selamanya begitu tak apa juga.. kalau dimungkiri? apa kesannya terhadap rakyat?

the confuse..
hal IJN ni buat semua orang confused..

dari dulu lagi .. kita pernah mendengar ada orang yang tidak berkemampuan menjual segala harta benda pusaka utk menanggung perbiayaan ahli keluarga mereka yang sakit.. kalaulah IJN dinaikkan lagi kos perkhidmatannya.. apa lagi yang golongan yang tidak berkemampuan ini nak jual? ..

Jual hati sendiri?
Jual organ badan sendiri?
Jual diri sendiri?

Masy said...

sian kat org keje swasta, ntah mampu ke tak nk masuk IJN klu saket huhuh

miMiE aZim@Sk ^V^ said...

emm apalah nak jadik skarang nie.. swastakan bagus.. tp kesian plak pada golongan yg < pendapatan or pendapatan rendah.... harap walaupun lepas diswastakan.. servis perlulah tip top...

Siong Berantai said...

Masy, orang swasta ada juga yang tak berkemampuan utk memilih IJN sebagai tempat utk berubat kan? Ramai yang tidak setuju dengan cadangan penswastaan ini.. Ramai2 la kita semua menolak baik cadangan penswastaan ini.. =) untuk kebaikan rakyat malaysia jugak.

Siong Berantai said...

ya mimie.. Nak diswastakan pun takde masalah tapi apa yang penting .. janji akan mengekalkan syarat2 yang berikan itu haruskan ditepati.. Jangan hanya sekadar 3 4 5 bulan sahaja.. Service sudah semestinya TIP TOP kalau dah tukar jadi Swasta.. barulah mendapat nama di kalangan rakyat.. Dengan pengekalan hak keistimewaan golongan berpendapatan rendah, tiada masalah utk IJN terus membangun dalam bidang perubatan justeru membantu rakyat yang berpendapatan rendah .. =)

Monkey D Luffy said...

bila diswastakan kan matlamatnya adalah keuntungan.. so untuk kebajikan kurang lah

KADAYAN BANTING said...

Kalaupun diswastakan mesti sediakan kemudahan untuk orang kurang berkemampuan, kalau tidak nanti orang miskin semakin sakit dan orang kaya semakin sihat. Kalau semua milik negara diswastakan, akhirnya negara kita menjadi macam negara kapitalis, macam Amerika. Saya teringat betapa mahalnya kos perubatan kalau kita duduk di Amerika, nak melahirkan anak pun mahal kalau tiada insuran dan apatah lagi kalau sakit jantung. Harap-harap tak lah negara kita sampai menjadi negara kapitalis nanti.

Siong Berantai said...

mr monkey.. itulah yang orang fikirkan .. sime darby ingin mengaut keuntungan .. tapi mungkin juga ada kebaikannya dari segi peningkatan servis... ?

Siong Berantai said...

Ya ... Di Amerika ongkos perubatan yang mereka kenakan .. adalah mahal yang teramat mahal sehingga ada segelintir rakyatnya terpaksa menggunakan identiti palsu dan membuat rawatan di Canada seperti apa yang diceritakan dalam Documentary, mahukah kita menjadi sebegitu?