Showing posts with label Saman-Saman. Show all posts
Showing posts with label Saman-Saman. Show all posts

Lidah Tidak Bertulang


Sekarang ni memacam isu yang terjadi di negara kita terutamanya hal-hal politik. Sekarang ni tengah hangat dengan kes nak saman Sultan Perak, relevan atau tidak? Fikirkanlah sendiri.. Sana sini perhimpunan, camne nak hidup dengan aman tanpa gangguan? Pentingkan matlamat sendiri atau pentingkan ketenteraman rakyat?
Apakah ingat kita " Lidah tidak bertulang" sebab pulut santan binasa sebab mulut badan binasa.... Sultan tunggak negara, agama dan Bangsa. Ketuanan Melayu, hak keistimewaan orang Melayu. Sosial kontrak rujuk kepada pengakuan Tan Siew Sin berkaitan nya. Kalau kita Bangsa Melayu tulin tidak menderhaka kepada Sultan kerana Sultan adalah pengawal atau penguasa di atas pindaan perlembagaan di atas hak keistemewaan orang Melayu kenapa kita perlu melatah atau membuat andaian yang bukan-bukan.

Masih nak kata orang lain Rasuah mereka sedar banyak kesilapan berlaku dalam pentadbiran bila mereka pindah dituduh rasuah. Apakah dosa, kalau kita tuduh tanpa bukti ingat mereka secara Positif untuk bela Bangsa. Kita Rujuk dulu, PKR ajak orang pindah nak bina Kerajaan Baru. Kalau jadi nak tuduh atau tidak sedangkan tawar menawar nak bagi jadi menteri dan timbalan menteri tapi takpa pasal mereka sokong dia kalau kerajaan itu salah ini salah. Apa nak buat? Kalau bagi kita jadi PM pun mereka akan kata kita pun sama sebab ada kuasa, ada pangkat tapi kalau kita miskin pun sama di hina. Oleh itu cari kehidupan jati diri...taat kepada Allah ,Taat kepada Rasul dan taat kepada Pemerintah.

YA ALLAH SELAMATKAN DYMM RAJA-RAJA MELAYU DAN PEMIMPIN-PEMIMPIN MELAYU YANG TAAT KEPADA DYMM RAJA-RAJA MELAYU DAN HAPUSKAN MEREKA YANG MENKHIANATI KEAMANAN NEGARA. AMIN.....

Sumber dari email..

Terima sahaja perubahan yang dilakukan.. tunggu lagi 5 tahun Pilihan Raya yang akan datang.. Masih ada masa untuk semua perancangan.. Kalau betul hala tuju sesebuah parti maka rakyat tidak akan ragu-ragu untuk memberikan sokongan tetapi kini sedia maklum sana sini berdepan dengan pelbagai masalah dan hal-hal seperti ini terjadi siapa pula yang akan mempercayainya selepas ini?

Nanti satu hari nanti kita akan jadi pemimpin pastikan kita tidak mempunyai keangkuhan. Tentang Pilihan Raya kita tak perlu buat Undian/Pilihan Raya baru kerana Majoriti Mudah lebih satu pun cukup untuk memerintah. Kalau nak meminda/mengubah dasar, kenalah menang 2/3 apa halnya nak buat pilihan raya baru? Bazir duit je... tunggu 5 tahun lagi dan buat pilihan pula kena hati-hati, jangan sampai pisang berbuah dua kali.

p/s: perkara-perkara camni mampu mengugat ketenteraman orang awam secara tidak langsung...

Lagi² pelajar ponteng sekolah.

Salam sejahtera.. Halamak~ Lame tak update berhabuk lak sarang lelabah sana sini. :p

Sekarang ni newspaper dunia heboh sal peperangan Israel vs Palestin dan kesannya ramai yang terbunuh, terjatuh, terjelopok, termuntah & pelbagai lagi 'ter'nya. Namun majoriti melahirkan rasa kesal yang tak berbelah bagi akan kekejam rejim zionis itu. Perasaan kesal, simpati, geram & sebagainya itu tersampai ke kat mangsa-mangsa peperangan itu? Maksud saya, segelintir manusia hanya mampu melahirkan perasaan sedemikian tetapi tidak mahu bertindak melakukan sesuatu untuk membantu mereka yang dizalimi itu. Jadi, ingin saya katakan:

SIMPAN JER RASA KESIAN NKORG TU KALAU XDE HATI NAK BANTU

Haaa~ janganlah kome-kome semua jadik camtuh! Kalau kesian kena ikhtiarkan cara utk bantu mereka. Derma ker & pelbagai lagi yang boleh dilakukan, kalau derma pun hati kena ikhlas. Kalau tak ikhlas tak kesampaian pahala tu. Tu la si biru (Duit kertas seringgit) asek dok cerita kat si hijau ngan merah (RM5 & RM10) yang dia asek dok pergi tabung derma jer. Logik kan? Orang sekarang ni berkira sangat bile nak menderma. Dermalah RM50 ker, RM100 ker, RM23 ker, setakat RM1 amboi, kedekot tol hang ngan dunia neh?! Bagi yang berkenaan jer laa...

Alamak!? Tu bukan cerita asal, tu sampingan jer. Maaf deh~ hahahahaa! :p

Tak nak kupas dulu tentang isu peperangan besi ni, actually nak discuss tentang pelajar sekolah ponteng then pergi dok kat Cyber Cafe. Bace tak paper utusan Malaysia hari ni? Dalam muka surat Berita Dalam Negeri. Isu pelajar lepak/ponteng di 'CC' ni dah lama sebenarnya, masih ingat lagi di sekitar tahun 2002 kalau tak silap, undang-undang menangkap pelajar yang ponteng di Cyber Cafe ini telah pun dijalankan. Sebelum tu, memang ramai gak pelajar yang ponteng pergi dok kat Cyber Cafe, main game Counter Strike, Starcraft, Tiberian Sun, Red Alert & sebagainya. Penggunaan internet takde plak? Jadi golongan remaja ini hanya focus pada gaming sahaja hinggalah ke hari ini.

DARI DULU ASEK GAME JER.. KEMUDIAN...

Setelah undang-undang penangkapan ni dikuatkuasakan, memang lengang seketika premis perniagaan internet diseluruh negara. Tetapi tidak lama selepas tu, pelajar ni kembali mengisi ruang yang ada di Cyber Cafe. Haih?! Sekejap jer undang-undang dikuatkuasakan, ada tarikh luput ker? Barangkali sudah tidak terdaya nak melarang anak-anak muda yang tidak reti nak menghargai & mendengar pesanan ibu bapa mereka. Yang turut menjadi masalah, pengusaha premis perniagaan juga tidak bertanggungjawab terhadap pekara ini. Hanya sekadar mementingkan keuntungan tanpa menghiraukan masa depan anak-anak muda yang boleh dijadikan bakal pemimpin negara pada masa hadapan. Agaknya tokey kedai tu nak anak dia jadi camtu gak kot?

BAGAIKAN CENDAWAN TUMBUH SELEPAS HUJAN

Sekarang ni lagi teruk, Cyber Cafe bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. (Asek cendawan jer) Heee! :p Kini bukan tertumpu pada golongan pelajar sekolah, orang tua, pemuda pemudi yang berusia 25 ke atas turut menjadi sasaran Cyber Cafe yang berlindung disebalik premis seperti restaurant. Di depan Restaurant, dibelakang perjudian dijalankan, mesin-mesin Jackpot dan pelbagai lagi disediakan dalam jumlah yang banyak. Saya pernah termasuk ke Cyber Cafe yang sebegitu rupa, ingatkan nak buat assignment untuk kursus kat Cyber Cafe yang bertempat di kawasan Chow Kit yang berdekatan dengan Kuala Lumpur International Hotel rupa-rupanya pusat perjudian! HISH! BENCI BETOL AKU MENJEJAKI TEMPAT ITU! pihak berkuasa terlepas pandang ke akan tempat sebegini yang begitu terang beroperasi di kawasan Chow Kit? atau pihak berkuasa pun tidak berani?

ORG LAIN BUAT, ORG YG TAK BERSALAH PLAK MENANGGUNG

Letih plak nak ulas pepanjang, cenggini jerlah, disebabkan mahkluk-mahkluk yang suke ponteng ni, Cyber Cafe di klasifikasikan sebagai tempat yang merosakkan minda anak muda. Orang kata, "tu tempat dorang tengok benda-benda lucah.." itu baru orang kata. Kita sendiri kata ape? Perspektif kita pada sesuatu pekara seperti ini sudah tentu lagi negatif. Terkena plak kat remaja yang tidak 'rosak', tak pepasal dorang pun kena gak tempias. Orang lain yang buat, yang tak buatnya menanggung berat tomahan orang. Majoriti mengatakan mereka tidak mampu memiliki komputer peribadi oleh itu Cyber Cafe dijadikan tumpuan utk melakukan segala kerja-kerja yang diberikan.

NAK RAKYAT CELIK I.T TAPI XDE PUN USAHA NAK BANTU

Betol gak, komputer skg ni mahal + internet lagi dah beratus ringgit nak kena bayar. Camne nak dorong anak muda celik I.T? Kalaulah boleh, turunkan harga sesebuah komputer utk memudahkan golongan remaja memiliki komputer peribadi. Untuk mengelakkan Pelajar sekolah ponteng di Cyber Cafe, pengusaha premis haruslah menghalang mereka memasuki premis ketika waktu persekolahan & kenakan caj yang tinggi pada mereka yang ingin menggunakan internet utk menyekat keinginan mereka melayari web yang tidak elok. Well, duit poket pelajar mak bapak yang bagi, tak mampu tak payahlah surf. Penguatkuasa pulak kena kerja lebih keras lagi, tingkatkan usaha dalam mengesan premis-premis yang menjalankan perniagaan perjudian tanpa lesen ini. Tegaskan undang-undang, naikkan lagi harga saman. RM2000 tak takut la dorg, cuba letak RM150000.00, berani lagi ke dorg buat?? Tak dapat bayar, sumbat dalam jail.

SEBULAT SUARA KITA MAMPU MENGUBAHNYA

Itu antara pendapat dan cadangan saye.. Siapa nak bangkang, dipersilakan sebab bukan hanya saya jer yang wujud di dunia nyata ini. Oleh itu, sile suarakan pandangan anda mengenai isu ini.

Kaya dengan hasil saman

"Huk eleh! Dulu aku biasa dengar artis-artis jer yang kaya dengan saman ni, sekarang ni ahli politik pun kaya dengan saman gak?!", itulah yang didengari oleh saya ketika duduk di warung kopi yang berdekatan dengan pejabat pada pagi ni. Tentang apa? Huh.. letih nak mengulangi cerita yang sama saban hari, apa lagi kalau bukan tentang azan berkumandang di kawasan pembangkang. Apa yang menjadi masalah besarnya ketika azan berkumandang? Menganggu? Ini respon yang saya terima ketika bertanyakan soalan pada orang bukan islam (dipendekkan ceritanya..) "Maafkan saya, boleh saya tahu encik tinggal di kawasan mane?", lancar bibir ku bertanya pada seorang lelaki yang berbangsa cina duduk minum di warung kopi (Terjah jer..) "Ah.. wa tinggal di area tuuttt! kenapa leh?" soalnya kembali. Tersenyum gembira aku menanyakannya lagi, "oh, saya cuma inginkan pandangan encik mengenai laungan azan di kawasan kediaman encik. Adakah encik terganggu dengan laungan azan tersebut selama tinggal di kawasan itu?"

"Uiks? tak ada problem, itu kan biasa punya hal. Itu orang melayu mao sembahyang subuh ma.. Kita mesti kasi respect sama orang Melayu punya agama baru orang respect sama kita punya agama ma.." ujarnya dengan bersungguh-sungguh. Saya cukup setuju dengan pandangan dia, saya mengajukan soalan lagi belum sempat nak menyoal lantas dia menberikan jawapan lagi, "aduh! Sudah aku terkena dengan orang yang suka bercakap" bebelku di dalam hati. "Lu tengok la sendiri, dari datuk nenek moyang kita dahulu kita sudah biasa hidup bersama dengan orang melayu atau mana-mana orang yang beragama islam. Mana ada masalah? Orang sikalang saja yang manyak mikin hal, hal kicik pun boleh jadi hal besar. Kalau orang bukan Islam tidak boleh hidup sama orang Islam, baik dia orang beli tanah sendiri hidup sendiri laa." jawabnya dengan reaksi muka yang agak kecewa sedikit. Memang benar apa yang dikatakan oleh beliau, sepatutnya kita bersyukur masih ada yang menerima baik syiar agama bangsa lain.

Sekarang ni macam-macam pekara yang hendak dilenyapkan, pekara yang tak sepatutnya ditimbulkan pula. Laungan azan dijadikan sebagai isu adalah sesuatu pekara yang tidak patut dipertikaikan oleh mana-mana kaum-kaum yang terdapat di Malaysia. Eh? Memang tak patutlah, why? dari dulu lagi tak pernah ada pun mana-mana pihak yang mengetengahkan hal ini, perpaduan di antara kaum-kaum yang sedia ada di negara kita haruslah di jaga dengan baik. Janganlah kita menimbulkan isu-isu sensitif bebaur perkauman sebab ini sudah pasti akan memecah belahkan masyarakat kita yang berbilang kaum. Bayangkan sahaja kalau Malaysia menjadi huru hara gara-gara dari hal sebegitu? Bila dah menerima kesannya, pada siapa rakyat akan menunding jari??