Harga Petrol Turun 10 Sen Lagi!

PENURUNAN HARGA PETROL KALI KE TUJUH!

Bercakap sebagai seorang pengguna, penurunan harga petrol ini sememangnya dinanti-nantikan oleh consumer² di seluruh Malaysia. Seperti mana yang kita ketahui, selepas PRU 12 harga petrol naik secara mendadak & kesannya pada rakyat memang terlalu ketara. Harga barang naik, lagi apa yang naik? Kita sebagai pengguna ni pun naik angin juga dengan situasi yang tiba² ini. Tanpa soal selidik, wujudnya segelintir manusia yang merancang mengadakan tunjuk perasaan berikutan dengan kenaikkan harga petrol secara mendadak ini. Ada pula sesetengah parti politik mengatakan kerajaan tidak prihatin akan kesusahan yang di alami oleh rakyat. Ada pula yang mengambil kesempatan untuk memburuk²kan kerajaan dengan berkata di zaman pemerintahannya tidak pernah harga petrol naik lebih dari 3 sen!

Haih? Di dalam keadaan macam ni pun nak raih sokongan rakyat terhadap parti ke? Ish! ish! ish!... Itu zaman mereka, sekarang ni zaman dah berubah, pejam celik pejam celik semua dah bercambah mekar. Penurunan harga minyak ini bukan hendak mengambil hati rakyat, tetapi kerajaan prihatin dengan masalah yang rakyat sedang hadapi. Selaras dengan penurunan harga minyak sedunia, negara kita pun menikmati kesan positifnya. Cuma yang menjadi masalah sedikit, harga barang masih belum turun sepenuhnya. Pembelian stok² lama membuatkan peniaga enggan menurunkan harga. Takut rugi maa.... Hahahaha! Apa² pun bersyukurlah kita di atas apa yang diberikan. Masih ada lagi yang mengambil berat akan masalah kita.

Tiada salahnya kita bersabar terlebih dahulu

8 maklumbalas:

KADAYAN BANTING said...

Dulu minyak naik, barang pubn naik tapi sekarang minyak turun, barang tidak turun. Mana tahan kalau barang naik saja sepanjang masa tidak turun-turun.

Siong Berantai said...

peniaga di malaysia ni nak kire untung jer .. tak dapat nak nasihat dorang ni .. susah gak. Kalau berterusan macam ni, takpe. Kite boikot jer .. cari sumber kat tempat lain. Bukan dia sorang je ada kedai kan??

Raja Di Laut said...

aku rasa ni masalah etika, kat thailand turun jerr....peniaga dia pulak tolong bagitau...dia kata "bukan haga lama lagi bang dah turun". Tu lerr pasal kita kena ajar etika perniagaan dari kecik lagi. Mak bapak lerr patut ajar

Siong Berantai said...

peniaga tak prihatin pada rintihan rakyat.. yg mereka kenal hanya duit dan keuntungan perniagaan mereka.. suatu masa nanti kena boikot baru nak sedar akan kuasa pengguna..

Letting the time pass me by said...

Bro Siong Berantai
Barang dah naik memang susah nak turun... Mungkin masyarakat kita di Malaysia belum mempunyai suatu gerakan pengguna yang benar-benar mantap...

Kita diMalaysia terlampau dikongkong oleh politik, semuanya memerlukan campurtangan politik untuk bergerak...

Kalau kat Thailand, Perdana Menteri pun boleh digulingkan, tapi kat malaysia tak pernah lagi berlaku incident macam tu..

Siong Berantai said...

ya ... nampak sangat rakyat di malaysia terlalu memerlukan politik dalam menangani masalah barang naik .. dan dalam masalah seperti itu ada juga parti2 yang mengambil kesempatan menjadi batu api mengatakan itu tak baik ini tak baik .. haih! payah betol!

Faizal said...

walaupun harga barang belum turun. tapi kerajaan melancarkan usaha supaya harga diturun. cuba bayangkan kalau kita kita ini pun peniaga, tentu kita pun susah nak turunkan harga barang. maka pandai2 la cari kedai yg jual murah.

satu perkara lagi, golongan golongan yang bising sangat masa harga minyak naik sekarang bila harga minyak turun, diam membisu, terima kasih sikit pun takde terhadap kerajaan persekutuan.

Siong Berantai said...

nak cari kedai harga murah? MYDIN ....! hehehehehehe! ;p

ada juga yang berterima kasih pada kerajaan tetapi bukannya dengan 'suara', memasing ada cara tersendiri.. kan?