Kaya dengan hasil saman

"Huk eleh! Dulu aku biasa dengar artis-artis jer yang kaya dengan saman ni, sekarang ni ahli politik pun kaya dengan saman gak?!", itulah yang didengari oleh saya ketika duduk di warung kopi yang berdekatan dengan pejabat pada pagi ni. Tentang apa? Huh.. letih nak mengulangi cerita yang sama saban hari, apa lagi kalau bukan tentang azan berkumandang di kawasan pembangkang. Apa yang menjadi masalah besarnya ketika azan berkumandang? Menganggu? Ini respon yang saya terima ketika bertanyakan soalan pada orang bukan islam (dipendekkan ceritanya..) "Maafkan saya, boleh saya tahu encik tinggal di kawasan mane?", lancar bibir ku bertanya pada seorang lelaki yang berbangsa cina duduk minum di warung kopi (Terjah jer..) "Ah.. wa tinggal di area tuuttt! kenapa leh?" soalnya kembali. Tersenyum gembira aku menanyakannya lagi, "oh, saya cuma inginkan pandangan encik mengenai laungan azan di kawasan kediaman encik. Adakah encik terganggu dengan laungan azan tersebut selama tinggal di kawasan itu?"

"Uiks? tak ada problem, itu kan biasa punya hal. Itu orang melayu mao sembahyang subuh ma.. Kita mesti kasi respect sama orang Melayu punya agama baru orang respect sama kita punya agama ma.." ujarnya dengan bersungguh-sungguh. Saya cukup setuju dengan pandangan dia, saya mengajukan soalan lagi belum sempat nak menyoal lantas dia menberikan jawapan lagi, "aduh! Sudah aku terkena dengan orang yang suka bercakap" bebelku di dalam hati. "Lu tengok la sendiri, dari datuk nenek moyang kita dahulu kita sudah biasa hidup bersama dengan orang melayu atau mana-mana orang yang beragama islam. Mana ada masalah? Orang sikalang saja yang manyak mikin hal, hal kicik pun boleh jadi hal besar. Kalau orang bukan Islam tidak boleh hidup sama orang Islam, baik dia orang beli tanah sendiri hidup sendiri laa." jawabnya dengan reaksi muka yang agak kecewa sedikit. Memang benar apa yang dikatakan oleh beliau, sepatutnya kita bersyukur masih ada yang menerima baik syiar agama bangsa lain.

Sekarang ni macam-macam pekara yang hendak dilenyapkan, pekara yang tak sepatutnya ditimbulkan pula. Laungan azan dijadikan sebagai isu adalah sesuatu pekara yang tidak patut dipertikaikan oleh mana-mana kaum-kaum yang terdapat di Malaysia. Eh? Memang tak patutlah, why? dari dulu lagi tak pernah ada pun mana-mana pihak yang mengetengahkan hal ini, perpaduan di antara kaum-kaum yang sedia ada di negara kita haruslah di jaga dengan baik. Janganlah kita menimbulkan isu-isu sensitif bebaur perkauman sebab ini sudah pasti akan memecah belahkan masyarakat kita yang berbilang kaum. Bayangkan sahaja kalau Malaysia menjadi huru hara gara-gara dari hal sebegitu? Bila dah menerima kesannya, pada siapa rakyat akan menunding jari??

Institut Jantung Negara Diswastakan?

PANDANGAN RAKYAT PENTING TENTUKAN MASA DEPAN IJN

IJN diswastakan, majoriti rakyat Malaysia membantah sekeras-kerasnya cadangan itu tetapi ada juga yang bersetuju dengan cadangan tersebut. Semalam Siong bertanyalah kepada seseorang individu tentang penswastaan IJN, "IJN? Company ape tu?" katanya. Uerkk?! Masih ada lagi orang yang tidak mengenali IJN. Bila diterangkan tentang IJN barulah beliau faham, dan inilah jawapannya, "aku setuju sangat-sangat IJN diswastakan sebab mungkin lepas ni lebih ramai lagi yang mengenali IJN seperti hospital-hospital swasta yang lain walaupun bayarannya agak mahal tetapi perkhidmatan mereka adalah yang terbaik." jawabnya dengan penuh keyakinan.

Siong bersetuju juga dengan kata-katanya, hospital-hospital swasta ini memang memberikan perkhidmatan yang memuaskan hati pelanggannya. Sambungnya lagi, "Dulu aku selalu gak pegi klinik kerajaan/hospital kerajaan, nak menunggu giliran tu memang lama sangat berbanding dengan swasta aku cume menunggu kurang dari 30 minit jer. Kalau IJN diswastakan dan jaminan khidmat sosial perubatan jantung kepada golongan miskin dikekalkan, aku rasa tiada masalah untuk kita semua" terangnya. Yang membimbangkan orang ramai sekarang apakah benar pihak Sime Darby akan mengekalkan khidmat sosialnya pada golongan miskin?

Kenapa Sime Darby tidak membuat IJNnya sendiri daripada mereka mengambil alih 51% IJN yang sedia ada? Bimbang dengan penjenamaan yang mengambil masa yang lama? Habis tu IJN yang sedia ada ini juga mengambil masa yang lama tapi dapat pula kekal hingga ke hari ini? Apa yang menjadi pemasalahan pada Sime Darby? Kalaulah penswastaan ini benar-benar dilaksanakan adakah kos perkhidmatan, hak keistimewaan penjawat awam di IJN masih dikekalkan? Itulah yang menjadi persoalan disetiap minda rakyat, mereka mengaut keuntungan manakala rakyat menanggung kesengsaraan.

Nampak sahaja yang perlaksanaan ini mudah kerana dipenuhi dengan syarat-syarat pengekalan perkhidmatan yang sedia ada untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan. Andaikan pekara ini dilaksanakan, apa lagi yang golongan kurang berkemampuan ini akan jual? Harta benda sudah pasti dijual, segala barang-barang perhiasan seperti barang kemas mahupun barang keperluan pasti akan digadai demi menyelamatkan nyawa ahli keluarga atau orang tersayang. Kalau sudah tiada apa yang hendak digadaikan, apa lagi yang mereka hendak gadaikan? Organ badan sendiri? Jual maruah diri? dan lain-lain? Satu cadangan perlaksanaan sahaja sudah mampu menimbulkan kesusahan orang ramai jika sesuatu perlaksanaan ini tidak mengambil kira akan kepentingan orang ramai. Kita serulah kepada kerajaan agar tidak melaksanakan cadangan penswastaan Institut Jantung Negara ini..

Bekas Penagih Dadah Di Ambil Berkhidmat Dlm Sektor Awam

Bekas penagih dadah di ambil berkhidmat dalam sektor awam, apakah pandangan anda terhadap pekara ini? CUEPACS campur tangan dalam hal ini, katanya bekas-bekas penagih dadah ini haruslah diberikan syarat-syarat yang ketat sebelum memasuki sektor awam. Katanya lagi bukan tidak bersimpati terhadap bekas-bekas penagih dadah ini tetapi golongan itu perlu dipantau sepanjang masa untuk menggelakkan mereka kembali kepada tabiat yang menjijikan mata masyarakat memandang.

Responden masyarakat di sekeliling kita ramai yang mengatakan mereka harus diberikan peluang itu kerana mereka juga adalah manusia yang tidak lari daripada membuat kesilapan. Ada juga yang tidak bersetuju dengan cadangan menteri KDN, berikutan dengan pengganggur-penggangur yang sedia ada memohon jawatan dalam sektor awam haruslah diberikan keutamaan terlebih dahulu dan kerajaan tidak boleh menanggung risiko mengambil bekas penagih dadah berkhidmat dalam sektor awam. Kerajaan boleh membuka peluang lain contohnya seperti menyediakan kursus-kursus keusahawanan untuk mereka pelajari perniagaan berkonsepkan Agro Desa atau tubuhkan unit seperti RELA untuk mereka berkhidmat kepada umum tetapi mendapat elaun dari badan-badan tak berkanun.

Rata-rata yang bersetuju dengan cadangan ini memberikan jawapan yang sama dan bagi yang tidak bersetuju dengan cadangan ini mereka mempunyai alasan yang lebih kukuh lagi akan kenapa cadangan ini berisiko tinggi. Apa pendapat anda?

Harga Petrol Turun 10 Sen Lagi!

PENURUNAN HARGA PETROL KALI KE TUJUH!

Bercakap sebagai seorang pengguna, penurunan harga petrol ini sememangnya dinanti-nantikan oleh consumer² di seluruh Malaysia. Seperti mana yang kita ketahui, selepas PRU 12 harga petrol naik secara mendadak & kesannya pada rakyat memang terlalu ketara. Harga barang naik, lagi apa yang naik? Kita sebagai pengguna ni pun naik angin juga dengan situasi yang tiba² ini. Tanpa soal selidik, wujudnya segelintir manusia yang merancang mengadakan tunjuk perasaan berikutan dengan kenaikkan harga petrol secara mendadak ini. Ada pula sesetengah parti politik mengatakan kerajaan tidak prihatin akan kesusahan yang di alami oleh rakyat. Ada pula yang mengambil kesempatan untuk memburuk²kan kerajaan dengan berkata di zaman pemerintahannya tidak pernah harga petrol naik lebih dari 3 sen!

Haih? Di dalam keadaan macam ni pun nak raih sokongan rakyat terhadap parti ke? Ish! ish! ish!... Itu zaman mereka, sekarang ni zaman dah berubah, pejam celik pejam celik semua dah bercambah mekar. Penurunan harga minyak ini bukan hendak mengambil hati rakyat, tetapi kerajaan prihatin dengan masalah yang rakyat sedang hadapi. Selaras dengan penurunan harga minyak sedunia, negara kita pun menikmati kesan positifnya. Cuma yang menjadi masalah sedikit, harga barang masih belum turun sepenuhnya. Pembelian stok² lama membuatkan peniaga enggan menurunkan harga. Takut rugi maa.... Hahahaha! Apa² pun bersyukurlah kita di atas apa yang diberikan. Masih ada lagi yang mengambil berat akan masalah kita.

Tiada salahnya kita bersabar terlebih dahulu

Cuti Kakitangan Awam dikurangkan 5 hari & Cuti Sakit Palsu

Cuti kakitangan awam dikurangkan 5 hari berkuatkuasa mulai tahun hadapan. Yang asalnya ada 20 hari cuti menjadi 15 hari bercuti, apakah rasionalkah perubahan yang dilaksanakan ini? Kata mereka sebagai perlaksanaan ini dilakukan bagi meningkatkan produktiviti sektor awam sejajar dengan peranan sektor sebagai nadi utama pembangunan negara. Kenapa terjadinya pengurangan cuti kakitangan awam? Bagaimana pula dengan kakitangan awam yang bekerja di seberang? Haruskah mereka menerima perubahan yang tidak rasional ini?

MTUC (Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia) turut melahirkan rasa kesal & menyifatkan tindakan kerajaan mengurangkan cuti kakitangan awam ini adalah tidak rasional & tidak patut dilaksanakan kerana ini dilihatkan akan merugikan kakitangan awam. Kerajaan sepatutnya menjaga serta meningkatkan kebajikan kakitangan awam bukannya mengurangkan kebajikan mereka. GCR (Gantian Cuti Rehat) ditambah 30 hari? Ape perbezaan? Langsung tidak memberikan apa-apa kesan positif.

Bagi pendapat Siong Berantai, adalah tidak wajar cuti kakitangan awam dikurangkan sebanyak 5 hari. Seperti kata MTUC kerajaan sepatutnya menjaga kebajikan kakitangan awamnya. Apakah puncanya? Siapakah yang bertanggungjawab? Daripada apa yang seringkali kita dengar tak kira swasta ataupun awam, ada segelintir kakitangan yang memalsukan cuti sakit mereka sehingga ada yang melampau-lampau & ini telah menimbulkan banyak kesan buruknya pada majikan mereka. Ada juga yang membeli surat cuti sakit daripada klinik-klinik yang tidak bertanggungjawab bernilai RM10.00 untuk sehari. Tergamak sungguh klinik-klinik ini berkomplot melakukan jenayah kecil-kecilan yang tidak seharusnya terjadi ini.

Bukan itu sahaja, ada sesetengah pihak masih lagi membuat aduan kakitangan awam lambat menyiapkan kerja yang sepatutnya diselesaikan dalam masa yang telah ditetapkan kerana ada segelintir kakitangan awam mengambil cuti dalam masa yang agak lama & ini menyukarkan orang lain berurusan dengan sektor tersebut meskipun ada kakitangan awam lain yang mengantikan tempat mereka. Tapi sejauh mana kelancaran pengganti melaksanakan tugas-tugas kakitangan yang bercuti tersebut? Ini melambatkan lagi proses kerja sekaligus menjejaskan produktiviti sektor awam. Mungkin disebabkan masalah-masalah di atas membuatkan pihak berkenaan tiada pilihan dengan mengurangkan kadar cuti tahunan kakitangan awam. Renung-renungkanlah..

"Kerana Nila Setitik, Rosak Susu Sebelanga"

Tanah Runtuh Di Bukit Antarabangsa

Sumber dari Utusan Malaysia

Awal pagi tadi 4 pagi, satu insiden yang telah meragut 3 nyawa manusia dalam kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur. Berita mengatakan, 14 buah banglo tertimbus ketika penduduk sedang tidur. 3 mayat telah dijumpai dan dipercayai masih ada 7 mangsa masih lagi tertimbus di dalam runtuhan tersebut.

Hairan juga kan? Lepas satu kejadian, ada lagi kejadian lain pada hari seterusnya sehingga hari ini. ini kali ketiga bencana tanah runtuh yang berlaku di dalam negara kita dalam masa terdekat ini. Berikutan dengan kejadian tersebut, Najib (TPM) berkata kerajaan akan mengambil tindakan tegas pada untuk tidal lagi membenarkan pembangunan di kawasan lereng bukit yang berisiko tinggi. Keadaan cuaca lebat atau mungkin terdapat aliran air di bawah tanah yang mungkin menyebabkan tanah runtuh.

Itu kata TPM kita, memang saya bersetuju dengan tindakan beliau untuk menolak segala cadangan pembangunan di kawasan lereng bukit. Tetapi yang menjadi persoalan saya ialah, orang awam tak kira siapa sudah tentu tahu bahawa pembangunan di kawasan lereng bukit sememangnya berisiko tinggi, tetapi pemaju-pemaju seolah-olah tidak menghiraukan masalah yang akan dihadapi oleh penduduk-penduduk di situ pada masa akan datang. Salah siapa? Kenapa mereka tidak mengkaji terlebih dahulu akan kesesuaian tapak pembangunan tersebut sebelum memulakan pembinaan? Kini sudah terjadinya perkara sebegini siapa yang harus bertanggungjawab?? Cuaca? Hujan? Nak salahkan tanah runtuh tu sendiri?

Kejadian tanah runtuh yang berlaku di Bukit Antarabangsa telah meragut 3 nyawa.. Selepas ni apa pula? Renung-renungkanlah.....

Hilangnya sifat murni dalam masyarakat kita?

Public transport seperti monorail, komuter, bas, teksi dan lain-lain seringkali menjadi tumpuan orang awam untuk sampai ke destinasi mereka. Bagi mereka yang tinggal di kota, perkhidmatan monorail seringkali dipenuhi oleh orang awam pada waktu kemuncak sehingga penuhnya setiap sudut monorail. Mereka yang tidak sempat menaiki kemudahan tersebut terpaksa jua menunggu kedatangan train yang seterusnya. Apa yang saya ingin ceritakan di sini berkait rapat dengan sifat-sifat bertimbang rasa dalam diri kita sesama manusia yang lain.

Suatu ketika dahulu, jam 8 pagi waktu kemuncak di mana seluruh warga kota yang bekerja memenuhi train, apabila sampainya train di lokasi, sukar sekali penumpang di dalam hendak menjejakkan kaki keluar daripada train. Kebanyakan mereka merempuh masuk sehingga ada yang terpijak kaki tanpa mengucapkan kata maaf pada mangsa. Persoalannya kenapa jadi macam ni? Bukankah mereka seharusnya beratur dan memberi ruang pada penumpang yang hendak keluar sebelum memasuki train? Bagi saya, orang-orang seperti ini hanya mementingkan diri tanpa mengira kepentingan orang lain. Inilah yang terjadi apabila kesemuanya nak tergesa-gesa sehingga menyusahkan orang lain.

Sewaktu di bangku sekolah, kita pernah diberikan tunjuk ajar tentang nilai-nilai murni haruslah ditanam dalam diri kita. Tetapi kini, apa yang telah dipelajari itu telah pun lenyap sebegitu sahaja. Kalau dibiarkan berterusan sebegini, pelahan-lahan sifat mementingkan diri ini akan memusnahkan jati diri seseorang individu. Sedarlah bahawa bukan kita sahaja yang hidup di dunia ini. Jangan dah terhantuk baru nak terngadah.

Sekolah Satu Sistem

"Melentur buluh biarlah dari rebungnya"

Heboh di dada akhbar tempatan mengenai penyelarasan sistem pelajaran di sekolah-sekolah kebangsaan. Pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak berkenaan dengan cadangan yang diusulkan oleh ahli parlimen Jerlun, Dato' Mukhriz Mahathir.

Siong Berantai bersependapat dengan cadangan beliau di mana pelaksanaan satu sistem adalah jalan terbaik untuk menghapuskan polarisasi kaum serta mengukuhkan perpaduan justeru merapatkan penyatuan hubungan pelbagai kaum di negara ini. Secara tidak langsung ianya mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu rumpun bangsa di Malaysia.

Pindaan waktu bagi siaran Berita Perdana


Khabar angin mengatakan rancangan berita perdana yang disiarkan melalui saluran RTM 1 dan RTM 2 akan dipinda bagi menaikan 'rating' penonton saluran tersebut. Waktu siaran berita perdana yang ke udara adalah pada jam 8 malam dan kini didalam perancangan untuk dipinda pada jam 9 malam.


KENAPA PERUBAHAN WAKTU INI BERLAKU?


Pada pandangan saya, warga kota mahupun warga di luar bandar sering terlepas berita utama yang disiarkan pada jam 8 malam dan dengan perubahan waktu ini, mereka tidak akan ketinggalan daripada mendapat berita terkini selain dari sumber media massa yang lain.


Dari sudut pandangan yang lain, pada waktu kemuncak (8 malam) kebiasaanya penonton akan beralih berita TV3, dan jika pindaan waktu ini berlaku, pada mereka yang terlepas untuk menyaksikan siaran berita, mereka boleh menonton siaran tersebut di RTM 1 dan RTM 2.

Larangan Sidai Kain Di Pangsapuri

Gambar hanya sekadar hiasan..

Hahaha! Terasa geli hati juga dengan cerita tentang larangan sidai kain di pangsapuri. Ok at first memang agree juga, cacat pemandangan sesebuah pangsapuri jika dilakukan sedemikian. Kekadang tu ada juga yang menyidai kain sehingga penuh satu pangsapuri (based on what i've seen) sememangnya merosakkan pemandangan sesebuah pangsapuri.

Tapi, kalau tak boleh sidai kat luar pangsapuri nak sidai kain kat mana pula? Dalam rumah? atau dengan menggunakan mesin pengering baju yang berharga beratus-ratus ringgit? Tolong comment tentang perkara ini..

Petrol turun harga 10 Sen lagi

Penurunan harga petrol untuk kali ke enam

Kerajaan turunkan harga & diesel sebanyak 10 sen berkuatkuasa tengah malam ini ekoran dari penurunan harga bahan api dunia yang ketara akhir-akhir ini. Memang diakui pantas juga penurunan harga bahan api, kali ini dah termasuk kali yang ke-6. Apa pandangan orang? "ala.. kerajaan turunkan harga bahan api saje nak amik hati rakyat". Wah?! Kalau masih ada manusia yang berkata begini memang tak up to date. Harga minyak mentah diturunkan kerana mengikut harga minyak mentah dipasaran dunia.

Tapi apa yang menjadi persoalannya, harga bahan api sudah pun dikurangkan & bila harga barang runcit akan diturunkan? Setiap kali naiknya harga bahan api, harga barang pun cepat naik.. bila harga bahan api turun.. harga barang lambat yang teramat-amatlah lambat nak turun. Siapa yang patut bertanggungjawab?

Kekecohan Negara Siam

sumber dari Utusan Malaysia

2/12/2008

Pada hari ini, Siong terdetik di fikiran untuk menulis artikel berkaitan dengan isu perpaduan dikalangan rakyat Malaysia. Lihat sahaja di negara jiran kita yang kini sedang bergolak dengan perbalahan fahaman politik sehingga boleh menjejaskan kredibiliti dan integriti negara tersebut.

Adakah negara kita akan menuju ke arah masalah yang sama? Wajarkah dengan melumpuhkan kerajaan dapat menyelesaikan semua permasalahan?

Hubungi Kami

Sebarang komen dan pandangan kami amat alu-alukan. Tidak kira apa jua masalah anda, kemukakan saja kepada kami dan kami akan cuba mencari jawapan untuk persoalan dan permasalahan anda atau hantarkan ke email kami di whit3starz@gmail.com. Terima kasih kerana sudi melayari laman kami ini.

Soi Lek hiris hati Melayu

Oleh JAAFAR AHMAD

BATU PAHAT 30 Nov. – Pucuk pimpinan Barisan Nasinal (BN) diminta bertindak tegas terhadap Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berhubung kenyataannya menolak konsep ketuanan Melayu.

Ketua UMNO Bahagian Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz berkata, ini kerana kenyataan tersebut telah menghiris hati masyarakat Melayu terutama ahli UMNO yang selama ini menjadi rakan baik MCA.

Menurutnya, walaupun kenyataan itu merupakan pandangan peribadi Soi Lek, namun ia lahir daripada seorang pemimpin yang sepatutnya menjadi sahabat dalam komponen BN.

‘‘Kenyataan ini sangat menyinggung dan menghiris hati masyarakat Melayu,” katanya selepas merasmikan Sambutan Kesenian Islam Kemas Peringkat Negeri Johor di Universiti Tun Hussein Onn, di sini semalam.

Beliau mengulas kenyataan Soi Lek baru-baru ini bahawa konsep ketuanan Melayu di negara ini tidak lagi relevan dan ditolak rakyat pelbagai kaum.

Mohamad berkata, Soi Lek tidak seharusnya membuat kenyataan tersebut kerana ketuanan Melayu tidak bermaksud menghambakan orang bukan Melayu di negara ini.

“Ia sebenarnya bermaksud negara ini bertuankan Raja-Raja Melayu yang diamalkan sejak dahulu lagi,” katanya.

Menurutnya, walaupun negara ini dipertuankan oleh Melayu, namun masyarakat Melayu tidak pernah memusuhi malah sentiasa bertolak-ansur dengan kaum lain.

‘‘Sebagai rakan, pemimpin MCA sepatutnya menjaga sensitiviti orang Melayu tetapi apa yang berlaku mereka bersikap lebih daripada parti DAP,” katanya.

Beliau berkata, MCA perlu bertanggungjawab terhadap kenyataan yang dikeluarkan itu dan seterusnya mengambil tindakan terhadap Soi Lek.

Menurutnya, kenyataan tersebut sangat perkauman dan boleh merosakkan perpaduan.


-sumber utusan Malaysia 1 Disember 2008-