Info terkini tentang Old Town White Coffee



Assalamualaikum...
Saya dan rakan-rakan sering ke cafe Old Town White Coffee duduk minum dan bincang hal business. Bila melihatkan kemajuan perniagaan mereka ada keinginan utk memulakan perniagaan ala franchise seperti syarikat Old Town White Coffee. Rakan kami telah berhubung dan berjumpa dengan pengusaha Old Town White Coffee untuk mendapatkan peluang franchisee daripada syarikat mereka dengan modal sendiri di rumah kedai yg kami miliki di lokasi strategik. Alangkah terkejutnya kami ialah jawapan dari pihak pengusaha franchise tersebut adalah


"KAMI TIDAK BERI PELUANG INI KEPADA ORANG MELAYU ISLAM UNTUK BERNIAGA"


Walhal yang memenuhkan tempat dan saling berkunjung untuk makam minum di cafe ini rata rata kami lihat adalah orang Melayu Islam kita. Kita sering dengar kesama-rataan peluang yang di berikan oleh pihak kerajaan dan sering di tuntut hak mereka oleh bangsa Cina di Malaysia. Dari apa yang kami alami dapat di buat kesimpulan bahawa apa yang bangsa asing pentingkan adalah perniagaan mereka dan monopoli bidang dan menidakan peluang kepada orang Melayu Islam tetapi menuntut hak sama dan membuat untung dari orang Melayu. Lihat lah pekerja mereka semuanya pekerja asing dari Myanmar yang bukan Islam dan tiada pekerja bangsa Melayu Islam di Old Town White Coffee Nasihat kami wahai orang Melayu Islam dan kami sendiri hindarilah dari berkunjung ke Old Town White Coffee kerana mereka bukan memikirkan kejayaan sama bangsa Malaysia tetepi mereka Anti Islam. Fikir-fikir lah...

p/s: Bedah telah dapat kepastian bahawa OLD TOWN WHITE COFFEE cuma dapat sijil halal untuk coffee nya sahaja. Makanan nya tidak lulus maka itu mereka hanya mampu letak "PORK FREE". Wajib kita lebih peka.

Salam

Sumber dari email..

notakaki: Apa-apa pun y`all tepon PPIM dulu untuk sahihkan hal ni supaya korang lebih percaya setelah mendengar maklumbalas dari pihak Persatuan Pengguna Islam. Entri ini bukan bersifat perkauman tetapi memberikan info kepada orang muslim sejagat.

Misteri Lebuhraya KL - JB


Pada hari isnin 9-3-2009 baru ini saya melalui jalan KL ke JB, setibanya di antara Tangkak dan exit Pagoh KM148 kereta yang saya pandu tiba-tiba hilang kawalan, berpusing dan berhenti selepas seketika berpusing di dalam longkang besar di tepi highway tersebut. Mungkin akan ada suara-suara nakal menyatakan saya memandu laju, memang patut la termasuk dalam longkang tetapi semasa kejadian tersebut saya hanya memandu pada 100KM/J sahaja..

Semasa itu, yang bermain difikiran adakah berlaku mechanical failure? tayar pancit ke? atau tayar tidak mencengkam jalanraya akibat waterpool dibahagian tertentu highway tersebut. Alhamdulilah keluarga saya selamat, anak yang sedang bermain dibelakang, dengan izin Allah side cutain terbuka dan menghalang muka anak saya dari terkena cermin tingkap. (Volvo for Life!) Hehehe!

Seketika selepas mengambil gambar kereta saya dan setelah menghubungi polis serta PLUS sebuah kereta Peugeot berwarna Silver dari lane kiri di depan mata saya juga berpusing. Saya nampak dengan jelas kerana ketika itu saya duduk berhampiran dengan kereta anggaran kelajuan kereta tersebut hanyalah 60-70 km/j jer. Anggaran kerosakan hanyalah sekitar RM2000-Rm3000. Adakah kebetulan mechanical failure atau kecuaian saya dan pemandu kereta kedua ini??

Polis penyiasat trafik dari Balai Polis Tangkak sampai...

Ketika saya dan 2 orang adik ipar saya berbual dengan owner kereta yang kedua, sebuah Honda City juga berpusing dan melayang ke arah kami, dalam keadaan yang cemas kami cuba lari dari arah kereta yang datang dan secara spontan terus melompat menyeberang longkang highway tersebut. Keadaan kereta Honda tersebut agak teruk dan casis Honda ringan melayang terus menyeberangi longkang dan melanggar 2 tiang kebun dan diberhentikan oleh pokok-pokok kecil seolah-olah belukar diseberang longkang tersebut. Adik ipar saya cedera akibat terjatuh semasa beliau cuba menyelamatkan diri.

Ketika kami sedang membincangkan perkara-perkara yagn perlu dilakukan selepas kejadian, tiba-tiba sebuah kereta Mercedes Benz juga berpusing dan menghala juga ke arah kami dan sekali lagi nasib menyebelahi kami kerana kereta Merc itu melanggar bahagian belakang kereta Peugeot. 

Pegawai penyiasat trafik terus mengarahkan bomba datang untuk melihat keadaan jalan serta kami diarahkan untuk berdiri jauh dari kawasan kejadian. Jawapan dari pihak bomba, jalan raya tidak berminyak dan mereka terus pergi selepas itu... Camtu jer?

Persoalan yang timbul dipemikiran ialah, adakah betul bahawa jalan tersebut disabotaj oleh tow truck yang cuba mencari keuntungan atau kecuaian dari PLUS yang tidak menyelenggara jalan raya dengan baik atau benarkah dakwaan penduduk Tangkak yang KM 131 - KM 168 mempunyai sesuatu yang aneh? Misteri? Berpenunggu? Entahlah.. apa pun nasihat saya berhati-hatilah bila berada di jalan tersebut.

sumber dari email... (Farhan Haron)

Kertas biru ngan syiling masuk tabung derma kebajikan.. Kertas merah & hijau masuk kat kaunter AF.. Sadisnyer....



Dalam sedar atau tidak, kita banyak berhadapan dengan situasi kehidupan yang mencorak rentak perjalanan hidup kita. Kita mencari rezeki dengan cara masing-masing dengan kelebihan yang diberikan oleh Allah S.W.T, samada kita cukup sifat atau kurang.. terpulang pada diri memasing. Berbeza ngan kehendak & keperluan memasing, kita semua melakukan apa yang perlu untuk meneruskan kehidupan seharian.

Rasa simpati terbit dari lubuk hati aku bile ternampak mereka yang kurang upaya sanggup melakukan kerja yang mungkin tidak pernah kita fikir untuk lakukan.. namun, demi meneruskan kehidupan mereka tanpa rasa segan & malu melakukannya walaupun ada sesetengah orang yang memandang hina & jijik terhadap mereka. Tetapi, bezanya kita dengan orang yang kurang upaya ini mempunyai kekuatan yang tiada tandingannya iaitu satu semangat untuk meneruskan kehidupan yang tiada dalam diri orang yang normal, semangat yang membuatkan mereka bekerja dengan tulus ikhlas demi sesuap nasi & seringkali dijadikan bahan ketawa, hinaan oleh sesetengah individu mengata akan perbuatan orang kurang upaya ini.. 

Ada yang tidak selesa dengan OKU tapi nak buat camne kan? Dah takdir yang menentukan mereka jadi camtu??? Takkan kita nak kutuk-kutuk plak?? Amboi~ Tak sayang mulut tol.. lagi lazer mulut tu dari mulut Azwan! Ade jer yang tak kena di mata orang normal ni bile ternampak OKU nie. Jika OKU ini diberi perhatian, maka satu tindakan yang wajar dapat diambil oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk menangani situasi ini.

Adakalanya perbuatan mereka nampak seperti mengambil kesempatan atas orang lain seperti tiba-tiba datang ke meja makan kita meminta derma dengan bermodalkan tisu tetapi ada yang betul-betul tidak mengganggu ketenteraman kita, jual tisu ke stoking ke kat tepi-tepi jalan contohnya kat area Masjid Jamek. Takpun dorang yang ada bakat tu bermain muzik menghiburkan orang yang lalu-lalang.. Terpulanglah kepada kita samada nak menghulurkan duit atau tak. Tapi adakalanya buat kita confuse tau, ada yang betul-betul OKU & ada plak yang hanya sekadar menyamar jer.. so, nak tolong atau tak terasa serba salah plak. Kang tak bagi lagi serba salah, dah bagi nanti & dapat tau orang tu menyamar jer lagi pasrah. Dan secara automatiknya kita pun dah serik nak menghulurkan bantuan. Tak gitu Raof??


Dalam program tv contohnya Bersamamu.. hanya membantu orang yang terpilih jer ker?? Habis yang dok tepi jalan tu camne? Terbiar sampai mati kat situ buat kerja yang sama?? Berpanas? Berhujan? Kebajikan dorang terjaga ke? Kalau diorang sakit camne?? Daripada menghulurkan bantuan untuk orang-orang yang terpilih kenapa tidak bantu orang-orang kurang upaya ini dari segi tempat untuk berlindung? Oklah, camni.. kalau berlakunya kekecohan di luar negara, dengan sepantas kilatnya kutipan derma dijalankan oleh pelbagai pihak. Aku dengar orang lain plak kata camni, "oh, kalau orang di negara lain boleh plak dibuat kutipan derma yang mencecah ratusan ribu ringgit atau juta tapi kalau orang kita sendiri yang susah, nak mintak derma setakat RM1.00 punyelah payah giler..!" ujar beliau pada aku yang sekadar meminta pandangan. 


Kembali ke tajuk asal, ade gak pihak yang tidak bertanggungjawab sengaja mempergunakan dorang untuk mengaut keuntungan dengan hanya bermodalkan sekeping kertas yang tertulis bantuan untuk persatuan yang ntah pape gamaknye.. serba salah kita dibuatnya bile memikirkannya. Aku sendiri pun pening tapi dalam masa yang sama aku kesian gak ngan dorang.. kenapa arr ade manusia yang sanggup buat kerja camtu kat dorang.. ape agaknya otak dorang fikirkan? Duit?? Duit tu menghancurkan akhlak manusia dan contohnya seperti dorang yang aku katakan tu la!.. Geram tul bile hal camni terjadi..


Memacam kesimpulan yang kita boleh fikirkan bile melihat keadaan ni & aku pun ada tanggapan aku sendiri.. yang penting pada aku, jangan arr suka-suka ati kita menilai orang, lagi pada mereka yang serba kurang dari diri kita ni.. silap2 rezeki yang diorang dapat tu lebih baik & halal dari apa yang kita kerjakan dan usahakan.. ade otak pikirlah, ade hati nilailah dan kalau ade jiwa maka hargailah dan bersyukurlah atas segala nikmat yang diberi..


Motosikal di'banned' dari melalui jalan Bukit Bintang



Apa yang akan berlaku sekiranya pengguna motosikal diharamkan dari memasuki kawasan Bukit Bintang?? Ini adalah antara persoalan yang timbul apabila cadangan ini di utarakan oleh pihak polis kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).Jangan panik.. sebenarnya ia cuma adalah salah satu dari cadangan pihak berkuasa untuk mengekang kegiatan jenayah khususnya ragut yang banyak berlaku di kawasan berkenaan dan ia masih lagi dalam pertimbangan. Disebalik cadangan itu wujud pro dan kontra ke atas kesan yang mungkin terjadi..

Disebabkan nila setitik,rosak susu sebelanga..perumpamaan yang paling sesuai untuk menggambarkan senario tersebut. Oleh kerana peragut banyak menggunakan motosikal untuk melakukan aktiviti haram mereka maka pengguna-pengguna motosikal yang lain yang mencari rezeki halal terkena tempiasnya sekali.Kalau difikirkan secara rasional memang tidak logik untuk mengharamkan penggunaan motosikal di kawasan tersebut kerana ramai yang bekerja di kawasan tersebut turut menggunakan motosikal tetapi oleh kerana banyak kes peragut bermotosikal yang menyebabkan kecederaan serius hingga kepada kematian jadi kesannya terasa kepada semua pengguna motosikal.

Dan seperti yang umum ketahui penggunaan motosikal memudahkan pergerakkan seseorang dari satu tempat ke suatu tempat lain kerana jalan-jalan di bandaraya kita ini selalunya sesak dan "jammed". Itu merupakan satu sebab mengapa ramai pekerja yang bekerja di kawasan berkenaan lebih suka untuk menggunakan motosikal ke tempat kerja mereka. Ini secara tidak langsung dapat menjimatkan masa dan tenaga mereka dan seterusnya waktu yang tidak dibazirkan itu dapat digunakan untuk mereka bekerja.



Sekiranya pengguna motosikal di larang dari memasuki kawasan bandaraya,kemungkinan jenayah ragut ini dapat dibanteras dengan berkesan. Tetapi kemungkinan ia berlaku masih ada kerana tidak semua peragut menggunakan motosikal untuk meragut,cuma pada masa sekarang mereka lebih suka untuk menggunakan motosikal untuk melakukan kegiatan tersebut,mungkin lebih mudah bagi mereka untuk melarikan diri selepas meragut mangsa.

Bermacam-macam spekulasi yang kedengaran tentang isu motosikal ini tetapi sebagai rakyat kita mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat berkenaan sesuatu perkara yang melibatkan diri kita. Kesejahteraan dan ketenteraman setempat amat diperlukan oleh kita semua kerana ia menjamin keselamatan kita sebagai rakyat yang memaju dan memakmurkan negara kita..Segala perkara itu perlu pertimbangan yang adil dan saksama untuk keberkesanan langkah yang di ambil tanpa mendatangkan kesusahan kepada semua pihak yang terlibat..

Kejadian Ragut di Seksyen 13 Shah Alam



Salam semua .........

Pada hari ini, 14 Feb 2009 merupakan tanggal yg amat sukar dilupakan bagi diri saya kerana pertama kalinya saya diragut. Kejadian ini berlaku pada jam lebih kurang 1.30pm di depan restoran Mr.Kaya Kopitiam di seksyen 13 Shah Alam. Kedai makan ini sederet dengan restoran Qaseh, di shop lot belakang Tesco Extra Shah Alam (dahulu Makro.Juga berdekatan dengan Geng cafe & ofis animation Les Copaque.

Kejadian berlaku dgn begitu pantas. Ketika itu saya baru keluar kereta dan ingin melintas jalan utk ke restoran lalu datang sebuah motosikal ditunggang oleh 2 lelaki (disyaki Melayu/Indon) lalu pembonceng tu terus meragut beg saya. Tunang saya cuba merampas balik beg tapi dalam pergelutan itu cuma handphone saya saja jatuh dari beg dan selamat.Kami tak dapat kejar kerana kami cuma berlari dan mereka memecut dengan motor jenama Panther berwarna hitam/merah.

Wang dianggarkan dalam Rm2000 lesap-saya baru dapat wang dari hasil jualan bisnes sampingan saya (menjual wedding gifts. Alhamdulillah saya tak cedera parah,cuma tgn kiri bengkak dan sakit akibat disentap kuat. Tapi ic,lesen,kunci rumah,kunci kereta semua dilarikan. Dah buat laporan polis dan polis bagitau yg di kawasan tu memang selalu berlaku kejadian ragut. Di sini saya nak ingatkan semua supaya berhati2 kerana masalah ekonomi skrg yg tak stabil,mereka2 ini mengambil kesempatan dengan kejam merampas hasil pencarian org lain. Bagi wanita di Shah Alam, jaga2 ketika membawa beg tangan. Hati-hati jika ke kawasan Giant, Tesco Extra seksyen 13. Suspek sekarang sedang mengganas di sekitar kawasan berdekatan stadium shah alam itu.Beringatlah dan berpesan-pesan lah.

Sekian. Wassalam.

Sindiket Pukau

Orang merompak sekarang ni bermacam pesennya..ayah saya baru2 ini kena pukau bila org itu datang ke rumah pura2 untuk sewa tanah di depan rumah kami untuk simpan barang2,konon2 nya dapat kontrak tukar paip seluruh daerah pasir mas. Bila datang the next day, bwk entourage siap dgn pelan tanah dan seorang lelaki berlakon jadi Datuk,masuk kampung pakai suit dan briefcase. Kalau difikirkan mmg terang2 penipu!!tapi ayah saya org kampung, beberapa bulan sblm tu baru dpt duit imbuhan pencen kakitangan kerajaan, memang eager nk buat duit.

Tp nk dijadikan cerita semua lelaki tu hisap rokok di atas rumah kami dan seorang turut menggunakan toilet, cara biasa yg digunakan untuk memukau. ayah saya mulanya sedar yang lelaki2 ini dtg nk duit, dia tipu ckp duit sudah habis tp lama kelamaan dia jd lembut hati dan rasa mcm hendak sangat2 bagi duit kepada mereka. Ayah saya pegi sendiri ke bank drive kereta nya, withdraw 30 ribu dari akaun dan beri kepada lelaki2 durjana tersebut di stesen Caltex pasir mas. Bayangkan nasib ayah saya jika dia dibawa naik kereta lelaki2 tersebut, mungkin sudah dibelasah sampai mati dan dibuang dalam semak.

Di kelantan memang sudah kerap kejadian ini, ada seorang pakcik di gua musang hanya diberi bekal 10 ringgit tambang pulang ke rumah selepas duit simpanannya 60 ribu dikebas geng pukau. Ada seorang rakan sekerja mak saya sudah dimasukkan dlm wad gila kota bharu kerana dipercayai duit imbuhan pencennya ditipu/disamun orang. Ayah saya sudah buat pengecaman rekod polis, lelaki yg datang ke rumah kami adalah seorg lelaki sabah bukan islam, dtg ke rumah memberi salam dengan x malunya. Ada seorang geng mereka sudah ditangkap di johor, juga org sabah. Nasihati ibu bapa anda di kampung terutamanya yg baru dpt duit imbuhan pencen, mereka ini mmg jadi target.


Kejadian yang sama juga berlaku pada pengusaha-pengusaha kenderaan di Kuala Lumpur, Pudu. Terdapat sindiket yang menyamar sebagai wakil dari persatuan atau kelab. Dengan menggunakan letterhead kementerian, mereka cuba mendapatkan derma ataupun tajaan daripada mangsa. Tetapi yang ketara sekali, letterhead yang digunakan tu nampak sangat tipu.. Potong letterhead yang asal then tampal kat new paper.. pastu g print colour. Bijak la sangat padahal orang boleh tahu taktik ntah apa-apa tu. Tapi yang menjadi persoalannya, ada sesetengah penggusaha tu tak check, dorang terus keluar cek then bagi kat orang tu dalam knot yang beribu jugalah.. Senang jer nak buat kerja jahat camtu. Masalahnya bukan sekali jer, dah berkali-kali dan mereka dah merancang untuk menjerat mangsa nie.. Tapi, ada sesetengah orang tu just membiarkan jer, dengan menghalalkan jer.. Kalau dibiarkan, memang berleluasa.. hey.. ape nak jadi ngan dunia masa kini...

PPSMI bukan penghapusan bahasa ibunda

Gambar dari blog SMK Betong

Kini, negara kita dihujani dengan pelbagai isu-isu yang cuba dibangkitkan oleh pihak pembangkang. Di antaranya ialah PPSMI yang telah di perkenalkan pada zaman Tun Dr. Mahathir. Entah kenapa isu PPSMI ini dipertikaikan, bagi pandangan penulis sendiri PPSMI dilaksanakan sudah lama kenapa baru sekarang nak digembar-gemburkan oleh pihak pembangkang? Tiada idea dah ke? Ketandusan? Masing-masing ada jawapan sendiri, tak habis dengan masalah gambar tersebar, dari jawatan tinggi turun ke langsung tiada jawatan, skandal itu ini. Tak habis-habis dengan masalah itu, PPSMI pula dipertikaikan? Memang ternyata mereka cukup terrer untuk cuba memadamkan kisah yang tengah hangat supaya rakyat beralih ke perkara lain pulak.

Ape yang berlaku? Edaran risalah Perhimpunan Hapuskan PPSMI diedarkan di Masjid Jamek. Dengan kehadiran beberapa ahli PKR mengedarkan risalah pada orang ramai yang lalu lalang kat situ. Penulis hanya mampu mengelengkan kepala, "tak sudah-sudah mereka ni..". Kenapa nak hapuskan PPSMI? Penulis bertanya kepada seseorang pelajar yang juga sedang menunggu kawannya di situ. "Adik, nak tanya, setuju tak dengan perhimpunan bantahan PPSMI ni?" sambil menghulurkan risalah tersebut. Dibaca dengan teliti kemudian dia menjawab, "Tidak setuju sebab PPSMI ni dilaksanakan demi kebaikan negara kita supaya tidak ketinggalan dalam era pembangunan negara yang selaras dengan wawasan 2020. Kalau dihapuskan, bagaimana kita nak berurusan dengan negara asing yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan dunia? Takkan kita berada di takuk yang lama? Bukankah kita semua ingin maju seperti negara lain tetapi adat, agama dan bangsa tetap terpelihara?" ujar pelajar tersebut.

Penulis kagum, penjelasan yang diberikan bukannya dalam nada gurauan tetapi dari segi kematangan individu tersebut. Yang ditanya hanyalah seorang pelajar yang baru berusia 20`an, kenapa individu-individu yang membantah PPSMI ni tak reti-reti nak fikir untuk masa depan? Apakah mereka hanya tahu nak bantah dan buat perhimpunan saja? Tepuk dada, tanya selera. "Seperti mana yang saya tahu, PPSMI di sekolah tidaklah sesukar yang diperkatakan oleh orang ramai. Dalam kertas soalan exam pun ada opsyen dalam bahasa melayu juga bukan hanya sekadar bahasa inggeris. Idea yang dikemuka oleh Tun Dr. Mahathir ini sebenarnya membantu kita untuk membina matlamat dalam diri kita contohnya kita dah tahu yang PPSMI dilaksanakan disekolah dan kita sebagai pelajar perlu berusaha untuk belajar bukannya bermain dalam kelas diwaktu guru tengah mengajar. Inilah masalahnya sekarang, peratusan pelajar yang datang ke sekolah adalah untuk berjumpa dengan kawan-kawan bergurau senda, bermain dan sebagainya. Soal akademi, bukan 100% fokus pun. Saya sendiri sebagai pelajar berasa tercabar dengan PPSMI dan ini membuatkan saya ingin belajar dan lulus dalam exam Sains dan Matematik!" ujarnya dengan penuh bersemangat.

Jelasnya lagi, "Yang mengadu tidak faham dan sewaktu dengannya itu semua alasan, ini kerana mereka tidak mahu berusaha mendalami subjek berkenaan. Saya sendiri tidak faham kenapa ada sesetengah guru yang membantah PPSMI. Bukankah mereka sepatutnya membantu pelajar memahami subjek tersebut dalam bahasa inggeris? Apakah mereka juga tidak fasih dalam bahasa inggeris? Inilah kelemahan orang-orang kita tidak ingin mencuba sesuatu yang baik demi kebaikan diri sendiri dan juga negara kita. Bahasa ibunda iaitu bahasa melayu masih lagi dijaga, bukannya dihapuskan begitu sahaja. Cuma sekarang ni kita nak lebihkan sedikit pembelajaran bahasa inggeris supaya kita juga mampu menguasai bahasa inggeris tetapi dalam masa yang sama bahasa melayu tetap dijaga dan tidak boleh dilupuskan. Kalau bahasa ibunda kita dihapuskan dengan sewenang-wenangnya, saya juga tidak teragak-agak untuk membantah tindakan seperti itu. Sesuatu cadangan yang dikemukakan oleh pihak kerajaan, perlulah kita fikirkan secara mendalam, apa kesannya? baik atau buruk? Kita mesti berfikir diluar kotak, bukan selama-lamanya kita berada di bawah tempurung".

"Adik ni baru umur 20`an dah pandai berfikir macam orang dewasa. Saya kagum" terus terang penulis mengakui kebenaran itu. "Bukan apa bang, melihat tindakan membantah ini membuatkan saya sendiri hanya mampu mengeluh dan kecewa dengan sikap yang ditonjolkan mereka kepada rakyat. Mana yang saya rasa baik, saya terima dan yang buruk saya ketepikan daripada diri saya". Begitulah perbualan penulis dengan pelajar tersebut. Usia baru setahun jagung tetapi berceloteh mengalahkan remaja yang lebih tua daripadanya (bukan penulis. Hehe!) Jadi, kita renungkanlah sendiri apakah wajar PPSMI dihapuskan? Yang terjadi cuba disembunyikan, yang baik di tonjolkan sangat.

Hapuskan Sistem Junior Senior!

Tengok newspaper tak hari neh? Tak nak tengok xpe, meh baca plak entri ni. =) Hapuskan Sistem Junior Senior! Bila terbaca ayat tersebut, teringat pada zaman persekolahan yang menggunakan sistem seperti ini dimana sepatutnya tidak di amalkan ditempat untuk anak-anak mendapatkan ilmu. Cukuplah hanya sekadar menghormati guru serta rakan-rakan yang lain. Hormat, konteks hormat ialah kita perlu hormat pada orang. Bukan hanya pada orang tua malah orang sebaya ke, orang yang lebih muda dari kita. Jangan ditunggu orang menghormati kita, seharusnya kita sendiri terlebih dahulu perlu menghormati orang disekeliling kita. Antara kesan daripada sistem yang tidak relevan ini, wujudlah jurang di antara pelajar senior & junior. Bukankah sepatutnya sekolah memupuk perpaduan dikalangan pelajar sendiri? Bila terjadinya perkara sebegini, maka tercetusnya pergaduhan di antara pelajar lelaki mahupun perempuan.

Perkara ini bukan setakat di dalam sekolah, seperti drama juga bersambung diluar sekolah pula dan kali ini dibawa pula geng-geng bas sekolah atau geng kampung untuk melanyakkan musuh-musuh mereka di sekolah. Sehingga ada yang menyebabkan pelajar maut di belasah oleh pelajar samseng. Kebanyakan kes-kes seperti ini berlaku pada pelajar-pelajar junior dan senior tetapi ada juga kes yang terjadi disebabkan perkara yang lain. Jika difikirkan secara logik memang punca segala pergaduhan di sekolah adalah disebabkan sistem yang tidak membawa apa-apa faedah ini. Pada zaman persekolahan penulis, pelajar senior hanya suka membuli dan mengambil kesempatan ke atas pelajar junior. Sampai bila harus terjadi? Apakah hanya terjadi di peringkat sekolah sahaja?
Oh Tidak! Tidak sesekali terhenti di zaman persekolahan sahaja. Kata orang, "kalau dah biasa mencuri, sampai ke dewasa tetap akan mencuri juga". Dimana sahaja hala tuju kita mencari nafkah ataupun ilmu, sistem junior senior tetap ada di mana-mana. Pada pandangan penulis sendiri, junior senior memang patut saling hormat menghormati bukannya bermusuh-musuhan sesama sendiri. Tak kiralah sama ada di sekolah atau di tempat kerja, hormat-menghormati ini harus ada pada diri kita tanpa mengenal bangsa dan agama.
Di tempat kita bekerja, sudah pasti ada sistem junior senior. Kekadang jikalau bernasib baik, kita akan ditemukan dengan senior yang baik hati, murah hati, rendah diri.. Jikalau nasib tak baik?Ditemukan dengan senior yang tak hormat pada rakan sejawat, tidak diendahkan apabila ditanyakan soalan tentang cara kerja. Patut ke? Kemudian kerja yang banyak diserahkan kepada junior, pendek kata 'Lepas tangan'. Ada kan? Bila ditanya kenapa berlaku sedemikian pada junior, dijawab senior "tengah mengajar mereka cara buat kerja". Wah! Boleh mati tertekan kalau dibiarkan berterusan. Bila tercetusnya permasalahan seperti ini, mulalah junior yang tidak kuat semangat tersebut berputus asa, tiada mood, tertekan dan yang paling teruknya ada yang mengambil keputusan untuk berhenti kerja.
Ya, ada juga yang kuat semangat dan sehingga ada yang menggunakan istilah sendiri untuk meneruskan kerja. Itu sendiri tahulah kan? :p Baiklah, asyik bercerita tentang senior jer.. Meh cerita tentang junior plak.. masalah seperti yang diceritakan diatas menyebabkan junior tidak ingin menghormati ataupun terus memandang rendah pada mereka yang bergelar senior. Ada juga yang tidak ingin bekerjasama dengan senior mereka disebabkan hal-hal seperti itu dan ini memberikan kesan kepada suasana kerja dipejabat, Suasana kerja yang tidak sihat. Banyak lagi akibat dari perkara ini, kita sendiri sudah dewasa, sudah mampu berfikir sendiri. Perlukah kita diajar untuk tidak berperangai sebegini? Jadi, ingatlah wahai pembaca blog ini.. kemana saja kita pergi.. dimana saja kita berada.. sistem ini sentiasa mengekori kita ke mana-mana.. Fikirkanlah, jika diberikan pilihan, mahukah korang semua memilih untuk menghapuskan sistem ini?