Gempa bumi di Malaysia!!!!




    30 November yang lepas.. tepat jam 12.15, telah berlaku kejadian gempa bumi yang melanda Malaysia yang kita sayangi ini. Gempa bumi ini dikesan berlaku di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Jabatan meteorologi menyatakan gempa bumi tersebut berukuran 3.3 skala richter.

    Gempa bumi yang berlaku ini mengejutkan mimpi indah rakyat Malaysia yang beranggapan negara kita ini selamat dari segala bencana alam seperti tsunami, ribut puting beliung dan pelbagai lagi bencana alam yang berskala besar. Walaupun saiz gempa bumi ini berskala kecil dan tidak perlu dibimbang kan, kerajaan perlu mengambil langkah awal mencegah segala kemungkinan yang bakal berlaku.

   Kajian pakar menunjukkan bahawa bangunan tinggi di Malaysia tidak direka untuk kalis gempa dan ini akan menyebabkan malapetaka yang besar akan berlaku sekiranya terjadi gempa yang berskala lebih besar. Gempa ini memberi peringatan kepada pihak berkuasa supaya lebih teliti dalam melaksanakan projek pembangunan pencakar langit di negara kita.

  p/s : Tak tinggal di bangunan tinggi...

salah siapakah ini!!!!!




 Wajarkah perkara ini berlaku?? sewaktu menatap gambar ini, pelbagai perkara bermain di benak pemikiran ku.. mengapakah manusia melakukan perkara yang mana binatang pon tak sanggup nak buat.. dimanakah mereka meletakkan akal yang dikurniakan tuhan kepada mereka?? ini lah antara persoalan yang bermain kepala aku sekarang nih..

 Kejadian pembuangan bayi dewasa ini memang sering dipaparkan didada akhbar, perbuatan tidak bermoral ni semakin kerap dilakukan oleh mereka yang hanya tahu berseronok tanpa memikirkan akibat yang bakal mereka tanggung.. beberapa rakan aku turut menyatakan rasa geram mereka kepada insan durjana yang membunuh bayi comel yang tidak berdosa ni..

 Aku harap sangat pihak berkuasa dapat mengambil tindakan yang tegas kepada mereka yang didapati bersalah dalam kes ni, klu boleh hukum kedua-dua pelaku lelaki dan perempuan dengan seberat-berat hukuman supaya menjadi contoh kepada yang lain agar tidak melakukan perkara yang sama di belakang hari..

  p/s : kalau da rase diri tu tak mampu nak ader anak.. jangan buat perkara yang boleh beri kita anak!!!!!!!


 

Antara 1 Dengan 2

Imbas kembali PRK N31 Bagan Pinang yang lalu. Mungkin pihak sebelah sana sudah atau sedang melakukan post mortem untuk mengenalpasti punca atau sebab-sebab utama kekalahan mereka. Kita yang tidak terlibat secara langsung dalam politik ini mengharapkan agar pihak sebelah sana berlaku adil dalam membuat keputusan. Bukan saja berlaku adil kepada pihak lawan tetapi juga berlaku adil terhadap diri sendiri. Apabila hendak membuat pertimbangan, gunalah dacing yang betul. Kalau tidak gunakan dacing maka susahlah membuat pertimbangan jika setakat main agak-agak saja.

Di PRK lalu, rakyat telah menolah PAS dan PR dengan memberikan kekalahan memalukan kepada calon PAS berkenaan. Jika calon berkenaan masih berhasrat lagi untuk bertanding dalam mana-mana pilihanraya, kita cadangkan supaya beliau membatalkan hasrat itu melainkan beliau menukar kapal. Mungkin beliau tidak ada rezeki jadi YB sebagai calon PAS, jadi bolehlah cuba sebagai calon BN pula atau pun sebagai calon bebas nanti.

Sebelum PRK berkenaan, jelas kelihatan perbezaan diantara calon PAS dan BN, perbezaan parti PAS dan BN juga ketara kerana itu selalu ada pertentangan antara mereka berdua. Pertentangan ini sebenarnya memberikan kerugian kepada bangsa melayu sejak awal lagi namun kerana cita-cita politik masing-masing, pemimpin kedua-dua parti ini tetap meneruskan pertentangan itu. Tidak ada usaha bersungguh-sungguh untuk kearah penyatuan, sebaliknya yang mereka usahakan hanyalan mencari perbezaan antara mereka.

Apabila kerajaan dibawah kepimpinan DS Najib melaungkan slogan SATU MALAYSIA, mereka tidak menyahutnya. TS Isa (sebagaimana gambar diatas) memilih satu, maka Zul memilih dua. Mungkin TS Isa maksudkan untuk menjadi orang No. 1 atau meraih undi terbanyak dalam PRK itu tetapi Zul terbayangkan perkara lain, mungkin beliau fikirkan baik memilih dua kerana kouta ada empat.

Walau bagaimanapun post mortem saya bagi PRK N31 Bagan Pinang ini telah menyaksikan bahawa: PAS telah meletakkan calon yang salah, dan Zulkefly Omar juga telah mewakili paeti yang salah. Dalam kata lain, PAS telah meletakkan calon yang tidak langsung berwibawa yang boleh memenangkan PAS. Bagi Zulkefly pula, beliau telah mewakili parti yang salah, parti yang sudah tidak lagi dapat menarik hati rakyat kerana sudah tidak langsung menyakinkan pengundi lagi.

Kalaulah musyidul am PAS itu seorang yang bermaruah sebagai pemimpin yang bertanggungjawab serta sayangkan PAS, belisu sepatutnya memikul tanggungjawab atas kekalahan ini dan berani meletakkan jawatan kerana atas sebab menjaga maruahnya. PAS harus dipimpin oleh orang lain yang lebih berwibawa dan yang masih belum nyanyuk serta masih baik akal dan fikirannya.

DS Anu-ar juga harus meletakkan jawatan kerana kekalahan ini juga petanda bahawa beliau sudah tidak dikehendaki lagi, beliau juga sudah tidak dihormati lagi bahkan khidmatnya sudah tidak diperlukan lagi. Kehadirannya dalam politik dilihat sebagai bebanan kepada pihak pembangkang.

Monyet PKR Gaduh Dengan Pemuda UMNO



Sewaktu berkempen di PRK Bagan Pinang yang lalu, Penganggur Terhormat dan Menantu Terpilih, Khairy Jamaluddin, telah membuat gesaan meminta polis menyiasat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pemimpin Pakatan Haram, DS Anwar "The Drama King" Ibrahim yang didakwa mempunyai pelbagai sumber kewangan seperti yang didedahkan oleh Bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Abdul Murad Khalid pada tahun 1999.

Menjawab tuduhan itu, Pak Syeih Anwar memberitahu dia sedia disiasat dengan syarat siasatan turut dijalankan terhadap beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) yang memiliki 'kekayaan melampau' termasuk Khairy. Ekoran kenyataan Anwar itu, Khairy juga turut menyatakan kesediaan untuk disiasat dan mengisytiharkan harta miliknya yang mana dalam perkembangan terbaru, Ahli Palimen Rembau itu juga dikatakan antara individu yang turut terlibat dengan skandal projek pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Saya memandang dengan penuh minat isu ini. Hasil dari kesediaan kedua-dua individu tersebut, saya meminta kerajaan melalui satu badan bebas menyiasat harta-harta yang dimiliki Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaludin dan juga Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim. Di atas kesediaan itu juga, saya mencabar Khairy dan Anwar untuk mengisytiharkan harta mereka termasuk pegangan-pegangan secara langsung dan tidak langsung melalui nomini, wang yang disimpan di dalam akaun-akaun di luar negara dan kepentingan-kepentingan di dalam pelbagai perniagaan termasuk yang didaftarkan di atas nama proksi-proksi.
Ibarat pepatah English, "a kettle calling a pot black" beginilah jadinya, kena sangatlah tu. Cerek mengatakan bontot kuali hitam dan kuali pula mengatakan sebaliknya. Sedangkan kita semua tahu kedua-duanya memang mempunyai bontot hitam yang tidak boleh dibersihkan lagi. Bagi saya, saya amat-amat setuju dengan kenyataan keduanya-duanya. Biarlah pihak yang berwajib menyiasat kedua-duanya dan meminta kedua-duanya mengistiharkan harta yang dimiliki.

Musykil juga saya. Saya bekerja hampir 20 jam sehari dan hampir 20 tahun masih tidak dapat mengumpul harta seperti yang dimiliki oleh seorang Mantan Banduan Salah Guna Kuasa dan seorang lagi Penganggur Terhormat. Pelik "lifestyle of rich and famous" di Malaysia ni ye? Rakyat tidak mahu tahu ke dari mana mereka berdua ini memperolehi harta? Saya tidak mahu mengakhiri tulisan saya dengan peribahasa gajah sama gajah bergaduh kerana mereka berdua ini tidak layak untuk disamakan walau dengan harimau tidak bergigi. Kita gantikan dengan peribahasa baru, ibarat monyet sama monyet bergaduh, kita yang menonton mari bertepuk tangan.

Nak politik, politik juga tetapi akidah kena jaga


Apabila Nik Aziz berkata semalan iaitu anggota UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin. Katanya, terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota UMNO.

“Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga.
( Aku nak tanya PAS , Islam di dalam Pas boleh dibawa ke syurga ke ??sedangkan satu masjid pun tak dibina di Kelantan itu apa PAS buat ?? Apa PAS buat bila arak terus dijual di kawasan majority Islam di Selangor ?? Mana perginya kata-kata orang PAS mahu tutup kilang Carlsberg ?? )

Saya melihat pandangan Nik Aziz mengenai isu masuk syurga ini terus dimainkan oleh PAS d Prmtg Pasir . Jika dahulu mereka berkata UMNO Kafir kerana berkawan dengan MCA dan MIC , kini apa kurangya DAP berkawan dengan PAS. Mana perginya ayat sekerat yang dibacakan oleh Haji Hadi dulu untuk mengkafirkan orang UMNO ??

Malah Tan Sri Harussani juga menegaskan tiada nas dalam Al Quran sertai PAS dijanjikan masuk Syurga .

Tiada nas sertai Pas masuk syurga

PUTRAJAYA 17 Ogos - Tiada nas dalam al-Quran dan hadis mensyaratkan seorang itu perlu menjadi ahli sesebuah parti sebelum dijanjikan masuk syurga.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan, syurga dijanjikan Allah hanya untuk mereka yang beriman dan bertakwa kepada-Nya.

''Syurga itu hak Allah, malah belum tentu lagi mereka yang sembahyang diterima (pahalanya) sebab kena tengok dulu sembahyangnya betul atau tidak.

''Apatah lagi jika ada dakwaan kata masuk parti ini baru dijanjikan syurga, itu lagi tidak betul, jangan kita mendahului Tuhan," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Kenyataan Nik Abdul Aziz itu dipercayai bermotif politik berikutan persaingan Pas dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir 25 Ogos ini.

Kita jangan terkejut dengan pandangan Nik Aziz ini kerana beliau sanggup membuat apa saja untuk politik sehingga sanggup menghalalkan orang bukan Islam iaitu kafir untuk menghina Islam.Dahulu di Kelantan juga beliau pernah bercakap sebegini iaitu orang yang undi PAS sahaja akan masuk syurga . Ketika ini mereka PAS akan berdepan dengan UMNO dalam PRK Prmtg Pasir ,selepas hampir tumbang di Manik Urai ,PAS sedar demi mendapat undi dari kaum Cina berterusan , PAS cuba menjaga hati pengundi Cina walaupun agama Islam kita dihina cukup teruk oleh pemimpin DAP di Selangor dan PP. Kita harap pengundi di Permatang Pasir dapat berfikir semula kata-kata Nik Aziz ini.

Bantahan ISA di Ibu Negara



Tanggal 1 Ogos 2009,Sabtu..satu perarakan bantahan ISA telah berlangsung di ibukota..kemeriahannya amat terasa..panas!! Bantahan yang dianjurkan oleh GMI (Gerakan Mansuh ISA) telah dihadiri oleh penyokong-penyokong mereka..DSAI serta pemimpin pembangkang juga kelihatan bersama penyokong mereka di SOGO..

Kpg Buah Pala tinggal kenangan hari ini?



Beberapa jentolak telah memasuki Kampung Buah Pala untuk meruntuhkan rumah-rumah di atas sekeping tanah yang menjadi pertikaian berlarutan sejak April.Penduduk kampung berkenaan yang membentuk perisai manusia juga bertembung dengan unit pencegah rusuhan LSF dalam beberapa pergelutan.Penduduk mendakwa mereka telah dipukul oleh anggota polis unit berkenaan. Seorang wanita turut jatuh pengsan dalam pergelutan tersebut.Naji lembu dilaporkan disediakan di kawasan tersebut untuk digunakan sebagai ‘senjata’ ke atas pekerja-pekerja syarikat pembinaan.