30 November yang lepas.. tepat jam 12.15, telah berlaku kejadian gempa bumi yang melanda Malaysia yang kita sayangi ini. Gempa bumi ini dikesan berlaku di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Jabatan meteorologi menyatakan gempa bumi tersebut berukuran 3.3 skala richter.
Gempa bumi yang berlaku ini mengejutkan mimpi indah rakyat Malaysia yang beranggapan negara kita ini selamat dari segala bencana alam seperti tsunami, ribut puting beliung dan pelbagai lagi bencana alam yang berskala besar. Walaupun saiz gempa bumi ini berskala kecil dan tidak perlu dibimbang kan, kerajaan perlu mengambil langkah awal mencegah segala kemungkinan yang bakal berlaku.
Kajian pakar menunjukkan bahawa bangunan tinggi di Malaysia tidak direka untuk kalis gempa dan ini akan menyebabkan malapetaka yang besar akan berlaku sekiranya terjadi gempa yang berskala lebih besar. Gempa ini memberi peringatan kepada pihak berkuasa supaya lebih teliti dalam melaksanakan projek pembangunan pencakar langit di negara kita.
p/s : Tak tinggal di bangunan tinggi...
2 maklumbalas:
alah kalo bina bangunan yang serap gempa pun nnti runtuh gak....mcm kat Taiwan 101 tu...die belom kene lagi gempa bermagnitud melampau mcm Sumatera ari tu...kalo dh kene tgk lar....kite kene terima takdir yang tanah yang kita pijak ni bergerak sebenarnya...tu sbb jd gempa bawah laut tu yg menghasilkan tsunami...dalam kajian sebuah universiti asing...x ingat nama sori...Semenanjung Malaysia bakal gantikan krdudukan Pulau Sumatera sekarang dalam tempoh tak sampai lima ratus tahun akan datang...ingat je lah tuhan bnyk2...
tak sapa bleh lwn kuasa yg empunye donia nih....ALLAH MAHA BERKUSA....ALLAHUAKHBAR...
Post a Comment