30 November yang lepas.. tepat jam 12.15, telah berlaku kejadian gempa bumi yang melanda Malaysia yang kita sayangi ini. Gempa bumi ini dikesan berlaku di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Jabatan meteorologi menyatakan gempa bumi tersebut berukuran 3.3 skala richter.
Gempa bumi yang berlaku ini mengejutkan mimpi indah rakyat Malaysia yang beranggapan negara kita ini selamat dari segala bencana alam seperti tsunami, ribut puting beliung dan pelbagai lagi bencana alam yang berskala besar. Walaupun saiz gempa bumi ini berskala kecil dan tidak perlu dibimbang kan, kerajaan perlu mengambil langkah awal mencegah segala kemungkinan yang bakal berlaku.
Kajian pakar menunjukkan bahawa bangunan tinggi di Malaysia tidak direka untuk kalis gempa dan ini akan menyebabkan malapetaka yang besar akan berlaku sekiranya terjadi gempa yang berskala lebih besar. Gempa ini memberi peringatan kepada pihak berkuasa supaya lebih teliti dalam melaksanakan projek pembangunan pencakar langit di negara kita.
p/s : Tak tinggal di bangunan tinggi...