Petrol turun harga 10 Sen lagi

Penurunan harga petrol untuk kali ke enam

Kerajaan turunkan harga & diesel sebanyak 10 sen berkuatkuasa tengah malam ini ekoran dari penurunan harga bahan api dunia yang ketara akhir-akhir ini. Memang diakui pantas juga penurunan harga bahan api, kali ini dah termasuk kali yang ke-6. Apa pandangan orang? "ala.. kerajaan turunkan harga bahan api saje nak amik hati rakyat". Wah?! Kalau masih ada manusia yang berkata begini memang tak up to date. Harga minyak mentah diturunkan kerana mengikut harga minyak mentah dipasaran dunia.

Tapi apa yang menjadi persoalannya, harga bahan api sudah pun dikurangkan & bila harga barang runcit akan diturunkan? Setiap kali naiknya harga bahan api, harga barang pun cepat naik.. bila harga bahan api turun.. harga barang lambat yang teramat-amatlah lambat nak turun. Siapa yang patut bertanggungjawab?

3 maklumbalas:

peace said...

Best ler!!turun 10 sen lagi.. harge jadi 1.90 perhhh lagi murah dari 1.97 masa mule2 naik ari tuu. Masaelah n probnyer awat harge barang tak reti-reti nak turunnn?? tu ler sebagai pengguna ade kose beli jadi pakat2 jgn beli brg yang harga tinggi.. setuju tak??? setujuuuu (sore rameii)

Gerrard said...

tapi hingga kini masih ada masyarakat yang mengatakan ini hal kerajaan dimana sebaliknya kenaikan harga barang ini ditentukan oleh peniaga..

Gerrard said...

pengguna seharusnya berkerjasama menyuarakan pendapat seperti yang peaca katakan tetapi bukan dengan cara yang tak elok .. kita tentang secara aman ..