Kaya dengan hasil saman

"Huk eleh! Dulu aku biasa dengar artis-artis jer yang kaya dengan saman ni, sekarang ni ahli politik pun kaya dengan saman gak?!", itulah yang didengari oleh saya ketika duduk di warung kopi yang berdekatan dengan pejabat pada pagi ni. Tentang apa? Huh.. letih nak mengulangi cerita yang sama saban hari, apa lagi kalau bukan tentang azan berkumandang di kawasan pembangkang. Apa yang menjadi masalah besarnya ketika azan berkumandang? Menganggu? Ini respon yang saya terima ketika bertanyakan soalan pada orang bukan islam (dipendekkan ceritanya..) "Maafkan saya, boleh saya tahu encik tinggal di kawasan mane?", lancar bibir ku bertanya pada seorang lelaki yang berbangsa cina duduk minum di warung kopi (Terjah jer..) "Ah.. wa tinggal di area tuuttt! kenapa leh?" soalnya kembali. Tersenyum gembira aku menanyakannya lagi, "oh, saya cuma inginkan pandangan encik mengenai laungan azan di kawasan kediaman encik. Adakah encik terganggu dengan laungan azan tersebut selama tinggal di kawasan itu?"

"Uiks? tak ada problem, itu kan biasa punya hal. Itu orang melayu mao sembahyang subuh ma.. Kita mesti kasi respect sama orang Melayu punya agama baru orang respect sama kita punya agama ma.." ujarnya dengan bersungguh-sungguh. Saya cukup setuju dengan pandangan dia, saya mengajukan soalan lagi belum sempat nak menyoal lantas dia menberikan jawapan lagi, "aduh! Sudah aku terkena dengan orang yang suka bercakap" bebelku di dalam hati. "Lu tengok la sendiri, dari datuk nenek moyang kita dahulu kita sudah biasa hidup bersama dengan orang melayu atau mana-mana orang yang beragama islam. Mana ada masalah? Orang sikalang saja yang manyak mikin hal, hal kicik pun boleh jadi hal besar. Kalau orang bukan Islam tidak boleh hidup sama orang Islam, baik dia orang beli tanah sendiri hidup sendiri laa." jawabnya dengan reaksi muka yang agak kecewa sedikit. Memang benar apa yang dikatakan oleh beliau, sepatutnya kita bersyukur masih ada yang menerima baik syiar agama bangsa lain.

Sekarang ni macam-macam pekara yang hendak dilenyapkan, pekara yang tak sepatutnya ditimbulkan pula. Laungan azan dijadikan sebagai isu adalah sesuatu pekara yang tidak patut dipertikaikan oleh mana-mana kaum-kaum yang terdapat di Malaysia. Eh? Memang tak patutlah, why? dari dulu lagi tak pernah ada pun mana-mana pihak yang mengetengahkan hal ini, perpaduan di antara kaum-kaum yang sedia ada di negara kita haruslah di jaga dengan baik. Janganlah kita menimbulkan isu-isu sensitif bebaur perkauman sebab ini sudah pasti akan memecah belahkan masyarakat kita yang berbilang kaum. Bayangkan sahaja kalau Malaysia menjadi huru hara gara-gara dari hal sebegitu? Bila dah menerima kesannya, pada siapa rakyat akan menunding jari??

9 maklumbalas:

Kapten Luffy said...

manusia lain2... ada yg cerewet ada yg tidak tak kira apa bangsa pun.

so pasal org yg komplen pasal azan tu... mereka tu saja nak cari pasal dan ia bukan mewakili seluruh bangsa diorang

Gerrard said...

ya .. bukan semua yang macam tu kan? .. kecewa gak dengan orang macam tu .. kita semua ni dah hidup dalam keadaan yang aman damai.. janganlah di usik kedamaian yang telah pun terikat pada sekian masa yang amat lama.. susah payah orang mengekalkannya.. hargailah jasa2 orang ... ni tidak .. dengan sewenang-wenangnya nak dihancurkan .. langsung tak dapat di guna pakai la orang macam tu..

Gerrard said...

ade ke aku kata azan sampai 2 jam??!!!!!!!!!! huh!!

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

siong... senanglah hidup kalau jadi peguam. banyak sangat undang2 maka bertambahlah lagi kecohnya. negara tanpa undang2 maka kerajaan senang kontrol.....sini ada orang boleh cari duit dengan dakwa orang dan tuduh orang..... kalau pandai boleh menang dan dapat banyak wang.....ini juga zalim namanya.

kenapa sini banyak rasuah..? sebab banyak undang2 maka ramai yang nak langgarlah...cara nak langgar tu bagi rasuah lah...maka index kita tinggi. thailand dan indon bagi duit depan mata kat imigresen dia di sempadan...tapi tak ada kuatkuasa maka tak dikira rasuah lah....di usa pulak disebut komisyen....bukan rasuah.

en_me said...

hi abang ittewww, salam tahun baru..

funfliffy said...

iye..sayanglah kedamaian ini
terima kasih kerana membicarakannye,,

salam blogger
fliffy

Gerrard said...

komisyen? .. jenayah depan mata pun kata komisyen? ish! ish! biar betol otai ... ?

pape pun .. gejala saman menyaman ni umpama makan duit haram gak laa.. kalau berterusan macam ni .. mmg hancurlah negara kita.. saman sampai berjuta-juta mmg tak patut .. tak kena dan tak padan...

org kata, undang2 dicipta utk dilanggar.. ade plak orang kata macam tu .. orang kata laa.. bukan siong yang kata... kalau semua nak bersifat lepas tangan dan tiada siapa yang menegakkan kebenaran .. mmg tak lama lagi malaysia pun hancur dengan adanya manusia seperti ini..

sungguh pun makan masa yang lama tetapi tak mustahil .. masa inilah rakyat sendiri patut membendung segala pemasalahan seperti ini. Bukan hanya dengan mengharapkan kerajaan sahaja.

Gerrard said...

helo En Me, selamat tahun baru 2009. =)

Gerrard said...

elo fliffy ... =) thanks for the comment...