Monyet PKR Gaduh Dengan Pemuda UMNO



Sewaktu berkempen di PRK Bagan Pinang yang lalu, Penganggur Terhormat dan Menantu Terpilih, Khairy Jamaluddin, telah membuat gesaan meminta polis menyiasat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pemimpin Pakatan Haram, DS Anwar "The Drama King" Ibrahim yang didakwa mempunyai pelbagai sumber kewangan seperti yang didedahkan oleh Bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Abdul Murad Khalid pada tahun 1999.

Menjawab tuduhan itu, Pak Syeih Anwar memberitahu dia sedia disiasat dengan syarat siasatan turut dijalankan terhadap beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) yang memiliki 'kekayaan melampau' termasuk Khairy. Ekoran kenyataan Anwar itu, Khairy juga turut menyatakan kesediaan untuk disiasat dan mengisytiharkan harta miliknya yang mana dalam perkembangan terbaru, Ahli Palimen Rembau itu juga dikatakan antara individu yang turut terlibat dengan skandal projek pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Saya memandang dengan penuh minat isu ini. Hasil dari kesediaan kedua-dua individu tersebut, saya meminta kerajaan melalui satu badan bebas menyiasat harta-harta yang dimiliki Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaludin dan juga Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim. Di atas kesediaan itu juga, saya mencabar Khairy dan Anwar untuk mengisytiharkan harta mereka termasuk pegangan-pegangan secara langsung dan tidak langsung melalui nomini, wang yang disimpan di dalam akaun-akaun di luar negara dan kepentingan-kepentingan di dalam pelbagai perniagaan termasuk yang didaftarkan di atas nama proksi-proksi.
Ibarat pepatah English, "a kettle calling a pot black" beginilah jadinya, kena sangatlah tu. Cerek mengatakan bontot kuali hitam dan kuali pula mengatakan sebaliknya. Sedangkan kita semua tahu kedua-duanya memang mempunyai bontot hitam yang tidak boleh dibersihkan lagi. Bagi saya, saya amat-amat setuju dengan kenyataan keduanya-duanya. Biarlah pihak yang berwajib menyiasat kedua-duanya dan meminta kedua-duanya mengistiharkan harta yang dimiliki.

Musykil juga saya. Saya bekerja hampir 20 jam sehari dan hampir 20 tahun masih tidak dapat mengumpul harta seperti yang dimiliki oleh seorang Mantan Banduan Salah Guna Kuasa dan seorang lagi Penganggur Terhormat. Pelik "lifestyle of rich and famous" di Malaysia ni ye? Rakyat tidak mahu tahu ke dari mana mereka berdua ini memperolehi harta? Saya tidak mahu mengakhiri tulisan saya dengan peribahasa gajah sama gajah bergaduh kerana mereka berdua ini tidak layak untuk disamakan walau dengan harimau tidak bergigi. Kita gantikan dengan peribahasa baru, ibarat monyet sama monyet bergaduh, kita yang menonton mari bertepuk tangan.

0 maklumbalas: