Antara 1 Dengan 2

Imbas kembali PRK N31 Bagan Pinang yang lalu. Mungkin pihak sebelah sana sudah atau sedang melakukan post mortem untuk mengenalpasti punca atau sebab-sebab utama kekalahan mereka. Kita yang tidak terlibat secara langsung dalam politik ini mengharapkan agar pihak sebelah sana berlaku adil dalam membuat keputusan. Bukan saja berlaku adil kepada pihak lawan tetapi juga berlaku adil terhadap diri sendiri. Apabila hendak membuat pertimbangan, gunalah dacing yang betul. Kalau tidak gunakan dacing maka susahlah membuat pertimbangan jika setakat main agak-agak saja.

Di PRK lalu, rakyat telah menolah PAS dan PR dengan memberikan kekalahan memalukan kepada calon PAS berkenaan. Jika calon berkenaan masih berhasrat lagi untuk bertanding dalam mana-mana pilihanraya, kita cadangkan supaya beliau membatalkan hasrat itu melainkan beliau menukar kapal. Mungkin beliau tidak ada rezeki jadi YB sebagai calon PAS, jadi bolehlah cuba sebagai calon BN pula atau pun sebagai calon bebas nanti.

Sebelum PRK berkenaan, jelas kelihatan perbezaan diantara calon PAS dan BN, perbezaan parti PAS dan BN juga ketara kerana itu selalu ada pertentangan antara mereka berdua. Pertentangan ini sebenarnya memberikan kerugian kepada bangsa melayu sejak awal lagi namun kerana cita-cita politik masing-masing, pemimpin kedua-dua parti ini tetap meneruskan pertentangan itu. Tidak ada usaha bersungguh-sungguh untuk kearah penyatuan, sebaliknya yang mereka usahakan hanyalan mencari perbezaan antara mereka.

Apabila kerajaan dibawah kepimpinan DS Najib melaungkan slogan SATU MALAYSIA, mereka tidak menyahutnya. TS Isa (sebagaimana gambar diatas) memilih satu, maka Zul memilih dua. Mungkin TS Isa maksudkan untuk menjadi orang No. 1 atau meraih undi terbanyak dalam PRK itu tetapi Zul terbayangkan perkara lain, mungkin beliau fikirkan baik memilih dua kerana kouta ada empat.

Walau bagaimanapun post mortem saya bagi PRK N31 Bagan Pinang ini telah menyaksikan bahawa: PAS telah meletakkan calon yang salah, dan Zulkefly Omar juga telah mewakili paeti yang salah. Dalam kata lain, PAS telah meletakkan calon yang tidak langsung berwibawa yang boleh memenangkan PAS. Bagi Zulkefly pula, beliau telah mewakili parti yang salah, parti yang sudah tidak lagi dapat menarik hati rakyat kerana sudah tidak langsung menyakinkan pengundi lagi.

Kalaulah musyidul am PAS itu seorang yang bermaruah sebagai pemimpin yang bertanggungjawab serta sayangkan PAS, belisu sepatutnya memikul tanggungjawab atas kekalahan ini dan berani meletakkan jawatan kerana atas sebab menjaga maruahnya. PAS harus dipimpin oleh orang lain yang lebih berwibawa dan yang masih belum nyanyuk serta masih baik akal dan fikirannya.

DS Anu-ar juga harus meletakkan jawatan kerana kekalahan ini juga petanda bahawa beliau sudah tidak dikehendaki lagi, beliau juga sudah tidak dihormati lagi bahkan khidmatnya sudah tidak diperlukan lagi. Kehadirannya dalam politik dilihat sebagai bebanan kepada pihak pembangkang.

1 maklumbalas:

Bisnis Borneo said...

tahniah untuk sang juara bisnis online